Tuesday 31 January 2012

Surat Cinta Sang Kekasih


daya magnet seorang lelaki dan perempuan memang luar biasa.
ia bisa menjadi malapetaka yang mengerikan bagi manusia jia ketertarikan itu bebas menerpa sekehendak hati dan bebas pula dilabuhkan sekeinginan hasrat..

karena itulah Allah memerintahkan manusia agar mnentramkan hatinya dan memenuhi hasratnya melalui ikatan tali suci pernikahan

Wanita Bukan Seperti Bola


~>♥ Wanita bukan seperti bola. Bila belum dapat dikejar. Bila dah dapat disepak.  Muslimah solehah bukan seperti menonton filem dahulu kala yang tiada warna. Bila tengok anggap kuno dan tidak up to date. Tetapi Muslimah Solehah ibarat Permata dan mutiara yang berada di dalam kaca. Sukar disentuh. Susah didekati. Dan susah untuk mendapatkannya. Bila dah dapat akan dijaga sebaik mungkin.
Wallahu 'alam.

Monday 30 January 2012

Duhai para perempuan.


Jangan biarkan umpan rahwana melenakanmu. Tetaplah waspada akan tipu daya. Jangan biarkan mekar segarmu segera layu, pada musim yang tak semestinya. Ada cinta di sana yang kan menjagamu. Dan kau harus sampai padanya dengan tepat waktu. Biarkan Tuhan memapahmu, seiring ikhtiar dan keyakinanmu.

Duhai para perempuan. Untukmu yang baik lelaki baik. Percayalah itu. Maka jaga dirimu, jaga hatimu. Pasrahkan dirimu kelak pada mata yang tertunduk saat dia belum berhak. Pasrahkan pada tangan yang berusaha tak meraba sebelum waktunya. Pasrahkan pada lelaki yang bisa menjagamu, menjaga kehormatanmu dan mampu membawamu ke surga.

♥ :: Alkisah sebuah percintaan antara HATI & IMAN :: ♥


~ Kadang-kadang HATI kering tanpa sinar hidayah daripada-NYA. 

Oh IMAN, janganlah tinggalkan HATI. 

HATI sayang IMAN. Andai IMAN pergi tinggalkan HATI, pasti HATI terluka. 

IMANlah penawar HATI. Keranamu IMAN, 

HATI mengenal Sang Pencipta Yang MAHA PENGASIH. Yang telah mengurniakan IMAN pada HATI. 

HATI perlukan IMAN.

Ya ALLAH, peliharalah IMANku ini Ya ALLAH. IMANlah sebaik-sebaik teman yang indah skali buat HATI ~

Sunday 29 January 2012

Cinta Dan Fitrahnya


♥ Cinta itu sememangnya FITRAH cuma jangan sampai cinta itu bertukar menjadi FITNAH ~ ! Lihat sahaja pasangan COUPLE yang ada di sekeliling kita. Aku tidak mahu menjadi salah seorang daripada mereka! Akanku kekalkan penampilanku sebegini, biar nampak sederhana asalkan sempurna , insyaallah ~ ! Dekatkan diri pada Allah, sentiasa berdoa. Insyaallah, jodoh pasti tiba suatu hari nanti. Yang HALAL itu INDAH ! ♥

TIDAK MEMANDANG DAN DI PANDANG..~


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya mampu menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang mampu dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.


Muslimah dan mukminah solehah insyaAllah..Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen...~
 

Saturday 28 January 2012

KERANA CINTA MANUSIA..~


Mungkin anda akan bertanya perlukah cinta manusia, CINTA perkataan yang sering disalahertikan terutamanya kepada golongan muda mudi, cinta adalah buta, dan sering membuatkan orang yang mengalaminya menjadi buta. Mudah melakukan maksiat, mudah terlalai dan sebagainya. Kepada mereka yang ingin bercinta kutitipkan beberapa pesanan, mudah-mudahan kita semua mendapat kebaikan..

Jika anda ingin bercinta,
Ingatlah pesanku ini,
Bercintalah dengan niat ingin berkahwin
Bercintalah bukan untuk memuas nafsu
Bercintalah untuk masa depanmu yang cerah
Bercintalah dengan orang-orang yang terpilih
pilihlah yang mencintai, bukan dicintai
Bercintalah seperti orang yang waras
Waras membezakan antara yang baik dan buruk
Aku bukan pendorong cinta
Tetapi hanya pengingat
Andai tidak dapat engkau penuhi sarananku ini
Maka bersabarlah
Kerana Jodohmu sudah ditentu Tuhan..

Ya Allah...Masih adakah lagi insan yang seperti mereka..
Sanggup pertaruhkan kesenangan dunia... 
Yang cukup mudah melafazkannya
tapi sukar untuk dikota...?♥~

Namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku


Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita..Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn solehmu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri 'Wanita yg baik untuk Lelaki yg baik...'~♥
 — 

Friday 27 January 2012

Mujahidah Buat Mujahid


"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang TDIAK MEMANDANG dan DIPANDANG"

"Maka JANGANlah kamu melemah lembutkan SUARA dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..

Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana.

Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya...♥

Kelak kehadiranmu dalam hidupku


Kelak kehadiranmu dalam hidupku menggantikan TANGGUNGJAWAB ayahandaku dalam memimpinku. Engkau umpama PAKAIAN bagiku dan aku pakaian untukmu. Pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia. Dan pendampingmu di akhirat kelak..

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" 



(Surah An-Nur 24:32)

pesanku padamu,


~aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..♥
 

Thursday 26 January 2012

SEBUAH PESAN BUAT KALIAN..~♥~


Ku tuju khas bait2 kata ini buat jiwa2 mereka yg aku rindu kerana Allah.. yg aku cinta kerana Allah.. dan yg aku sayangi kerana Allah...

sebuah pesan buat kalian..

jaga iman dan amal selalu.. perbaharuilah niat dalam setiap amal dan langkahmu menuju sesuatu.. moga2 redha dan rahmat Allah terletak di situ... (:

ku titipkan pesan ini..

pesan yg telah aku kutip dari secebis pesan dari seseorang buat diri ini.. dan insyaAllah buat kalian juga..


Sahabatku,
Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri
Terasalah oleh kita bahawa kehidupan ini begitu sempit dan pendek
Hanya bermula dengan kelahiran kita, dan berakhir dengan kematian
Berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi, dan kemudian kembali ke bumi lagi.

Tetapi sahabatku,
Jika hidup kita untuk aqidah dan untuk orang lain
Maka terasalah hidup ini begitu luas dan panjang
Ia lahir bersama kemanusiaan, dan tidak akan mati
Walau setelah ruh terlepas dari jasad ini, walau berpisah dengan bumi.

Kita akan merasa bahagia dan puas!
Hakikat umur kita berlipat ganda jauh melebihi jumlah angkanya
Walaupun pada hitungan tahun, usia kita kecil sahaja
Itulah kebahagiaan hakiki
Bukan kebahagiaan fantasi.

Dalam kehidupan seperti itu
Tergambarlah keuntungan yang kita peroleh sejak awal kelahiran kita
Dari hari ke hari
Dari masa ke masa
Dan seluruh umur kita
Keuntungan itu terasa dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita.

Terasa betul bahawa hidup ini
Bukan sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita
Bukan sekadar berapa banyak jumlah angka umur kita
Tapi hidup ini diukur dan dinilai dari kepuasan rohani yang dapat kita rasakan!

Inilah kenyataan yang dinamakan Realiti.
Bukan seperti imaginasinya kaum yang materialistik itu
Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka perkatakan.
(petikan surat As-Syahid Syed Qutb dari dalam penjara, kepada adiknya, Hamidah Qutb)

moga Allah tsabatkan (tetapkan) hati2 kita di jalan dakwah dan tarbiyah ini..

"Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." [at-taubah, 9:105]

DAKU TIDAK SESEMPURNA ITU..~♥~


daku tidaklah sesempurna itu...

dan tidaklah aku utk mgharapkan kesempurnaan serupa..hanya manusia biasa. tidak berupa, tidak juga berharta..malah itu yg sangat aku takuti jika mndekatinya..

mengertikah dirimu.. seandainya hidup ini aku diberi pilihan.. antara yg sempurna dan yg seadanya.. akn aku pilih yg seadanya.. krn itu lebih menyenangkn hatiku berbanding kesempurnaan yg pada akhirnya mengharapkan kesempurnaan yg sama..yg mgkin aku tidak akn pernah mampu utk memenuhinya..

mengertikah dirimu..bahawa segala sesuatu itu bkn milik kita sepenuhnya?..sememangnya bkn milik kita..dan hati ini bukanlah milik ku..dan hati mu..juga bkn milik mu..

krn itulah.. hati sntiasa berubah2..memenuhi kehendak saat itu..apabila telah puas, ia akan memudar..perlahan-lahan melupakan..krn telah jemu..

dan..ketika itu, bnyk hati yg luka tertoreh.. aku, kamu..dan mereka..

~♥aku mencintaimu dalam diam, dengan isyarat yg takkan pernah tertangkap oleh indera, aku tahu memiliki rasa ini adalah sebuah kesalahan, namun...aku dibuat tak berdaya oleh rasa ini, DIAM..menjdi caraku untuk mencintaimu...♥~

maafkan aku..♥~
 

Wednesday 25 January 2012

PERGILAH MENJAUH..~♥~


Di antara ufuk senja yang memancarkan cahaya merah saga,
aku mendongakkan wajahku jauh ke langit lepas,
menguntai segala lelah yang terbuku di dada sesak ini,
mengungkap bait-bait kata tanda mengah,
melihat wajah-wajah yang menghampiri sepenuh cinta,
yang mungkin tidak pernah menyakiti tangisan hati...

Namun hatiku tertanya-tanya,
mengapa dia menghampiriku sepenuh cinta?
sedangkan dari balik lembaran hatiku,
aku tidak pernah bersedia sedikit pun,
malah tidak pernah menginginkan itu...

Duhai dia yang selalu hadir dibayangan jiwa,
pergilah menjauh..
aku tidak ingin melihatmu lagi,
walau seinci pandangan mata,
walau seinci tebaran kata,
aku ingin menjadi aku yang sendiri,
melangkah di dunia sepi fana ini,
mengharap penuh pada Dia,
terus mengharap,
tidak berhenti,
walau senja menutupi diri..

sesungguhnya..di setiap satu kesusahan itu, pasti ada dua kemudahan buat kita..Allah lebih mengetahui..jauh lebih xterjangkau oleh akal fikiran kita..jadilah kamu org yg sabar.. kerana org yg sabar adalah org yg kay

Duhai hati


ketika aku mendengarkannya sekali lagi..ketika aku cuba sedaya upaya utk memahaminya..aduh, hatiku sayu..hatiku tepu..dan air mata mengalir juga..
perlukah utk aku menyesali akan waktu2 yg lalu..? tidak! malah ia telah menjadi PELAJARAN yang amat berharga di saat aku mencari2 jalan menuju Allah ini..

Duhai hati,
Tuhan itu tidak pernah menzalimi,
Malah Dia sangat mengerti segala sesuatu,
Tapi mengapa kita harus menzalimi diri sendiri??
Sedangkan hidup itu terlalu banyak pilihan..
Yang tidak terjangka oleh akal fikiran..perlu KUAT..

aku masih bertahan, moga Kau sentiasa memberikan aku kekuatan tiada henti.. diri ini terasa sangat lemah, suara ini tiada terdengar lagi..ampunilah aku atas segala keluhan tiada pinta ini..~

Tuesday 24 January 2012

MENASIHATI kamu Aku Bukan Yang Terbaik


"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah 


yang TEBAIK dikalangan kamu...


Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, 


kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri...


Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila 


dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah..


Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN...

" - Imam Hasan al-Basri"

Dirimu atau nyawaku


~♥Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup 

Monday 23 January 2012

DIPERSIMPANGAN SYAHADAH..~


Di persinggahan inilah aku berdiri. Masa berlalu, aku masih berdiri kekeliruan disitu. Hanya melihat persimpangan di penghujung jalan ini. Disitu aku terdiam membisu berteka-teki sendiri. Apakah aku patut terus melangkah ke satu persimpangan yang mulia dengan membawa dua harapan yang berbeza dasarnya?. Sungguh, aku keliru… Disitu aku sendiri menyepi. Termenung dalam keresahan yang tidak bertepi. Umpama mencari ketenangan dalam kerisauan. Membiarkan batas waktu akhir hidupku mengejarku tanpa sedikit kerisauan.

Ya Allah, Ingin sekali aku menangis menyesali diri akan segala yang terjadi kini. Kurniakanlah ku sebahagian daripada titisan rahmatMu buat penyubur akar keimananku. Engkau segarkanlah kembali daun-daun kerinduan padaMu. Moga pohon keIslaman ku ini mampu membuahkan amal yang isinya semanis kurma biarpun ia tumbuh di tengah gurun jahiliyyah. Sungguh, itulah lebih berharga daripada keindahan setiap ciptaanMu di dunia yang hanya menggembirakan hatiku hanya seketika cuma.

Dalam pergolakan hati yang membunuh ketenangan, ada terselit satu kebenaran yang pasti. Namun sinarannya malap ditimbuni sampah jahiliyah. Sudah lama aku berjalan bersama bekalan dunia yang bahagia. Kau cakapkan sahaja. Daripada sekecil-kecil nikmat kelalaian dunia sehinggalah sebesar-besar kemungkaran yang mengundang kemurkaan penciptaKu telah ku perbuat dengan tanganku sendiri. Semua itu telah lama menghiasi laman kenangan kehidupanku. Tiada satu pun yang tidak membahagiakanku. Namun entah mengapa di persimpangan ini lahir satu perasaan yang aneh.

Semuanya bermula tatkala kisah akhir hidup manusia terhinggap di telingaku. Anehnya, perasaan itu sungguh menyentuh hatiku yang telah lama bersarangkan jahiliyyah. Tika itu, titisan genangan air mata yang terkumpul tidak mampu lagi ku tahan. Lalu, turunlah ia membasahi pipi yang ketika itu terketar-ketar menahan sebak di dada. Tanpa diduga, esak tangisan yang tulus dari sudut hati yang terbunggar meruntuhkan ego seorang lelaki yang dulunya tidak menyangka yang dia hidup bertuhan. Inilah hidayah. Sentuhan agung daripada penciptaKu kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Bermula dari sujud tundukku di hamparan usang sejadah yang lama terbiar disudut kamar mewahku, sehinggalah kepada tangisan di sepertiga malam pada hari-hariku yang berbaki. Entah mengapa dalam kelipan mata yang dulu, sapaan Al-Haq ini tidak pernah lagi kubiarkan ia pergi. Sapaan yang menyentuh hati yang keliru kusambut sehingga kini, malah jauh sekali membiarkan aku melepaskannya kembali. Seandainya hidayah itu pergi, izinkan aku pergi dahulu. Kerana hati yang dibasahi rahmatMu ini tidak mahu lagi terbiar kontang tandus tanpa kebahagian dariMu. Engkau biarkanlah lapangan hatiku ini, terhias indah dengan pohon keislaman yang berakarkan keimanan yang teguh. Amal ibadahku (Solatku, puasaku, zakat dan hajiku mahupun amal kebaikan) yang tidak seberapa ini ku yakin tidak mampu membeli keindahan syurgaMu, lalu dengan tunduk aku bergerak d iatas muka bumiMu menunaikan syahadahku kepadaMu. Kerana ku takut hujahku padaMu menuju syurga Allah tersangkal dek kerana kealpaanku. Lalu dengan mudah aku tersungkur dipintu mahligai syurgaMu.

Akulah saksi kebenaran itu. Saksi dicelah kebutaan mata manusia sekeliling yang ada. Inilah persimpangan yang kumaksudkan dahulu. Samada ingin berdiam atau terus membenarkan kebenaran ini. Saat itu sudah berlalu. Mengajar hati yang tidak bermata untuk melihat kebenaran pasti tidak semudah kita mengajarnya melihat dan membenarkan kejahilan. Tidak percaya?… Maka izinkan hatimu merasai kesakitan kekeliruan dipersimpangan. Namun, kerana kemanisan hidup bertuhan aku membiarkan hatiku larut dalam kekeliruan. Membiarkan masa untuk mentafsirkan untukku kebahagiaan yang sebenar. Lalu, hadirlah aku kini, penyambung mata rantai perjuangan kekasihMu Muhammad.

Ketika saat langkah diatur ke persimpngan berduri, aku berkata pada diriku.

Cukuplah disini kusimpan segalanya. Biarkan ku hidup dengan nafas yang baru. Kerana tidak mampu lagi kukendong dua harapan yang berbeza akhirnya. Ku tinggalkan jahiliyyah ku di persimpangan ini. Dan ku tidak mampu berdiri selamanya dipersimpangan ini. Kerna ku yakin adanya batas waktu hidupku. Aku hanyalah insan kerdil hamba kepada Tuhan. Dalam kenangan segala kesedihan yang telah berlalu.

Disaat ku melangkah, telahku teguhkan bahtera diriku kerana kutahu lautan yang bakal ku lalui sungguh dalam dan pastinya gelora badainya mampu memecahkan dinding setiap bahtera yang rapuh. Kukayakan bekalanku kerana kutahu yang perjalananku sangat jauh. Dan telahku ringankan belakangku kerana kutahu akan ada tempat kudaki teramat curam bagiku. Lalu, dengan tenang aku lepaskan jahiliyyah itu pergi dari diriku. Terakhir bagiku ialah keikhlasan amalku hanyalah untukMu Ya Allah… Sungguh, inilah pesanan Rasulku Muhammad pada setiap ummatnya dalam menempuh perjalanan di atas muka bumi ini.

Maka dengan lafaz bismillah, aku melangkah ke persimpangan Dakwah dan Tarbiyyah.

Semoga persimpangan ini memberikan pencerahan yang baru dalam diri hidupku yang masih berbaki. Juga kepada mereka yang membaca post ini, perubahan ini tidak susah dengan bantuanNya. Maka kepadaNya jua kita berdoa dan bertawakkal..kerana Allah lah yang memegang hati-hati manusia itu dan Allah sahajalah yang berhak memberikan hidayahNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Jalan Dakwah


Jalan DAKWAH yang diyakini ini tiada siapa yang tahu kesempurnannya. Manusia merancang malah ALLAH jua yang menentukan. Tatkala hati telah thabat dijalan ini, sedarlah bahawa ijtihad kita terhadap sesuatu fiqrah itu mungkin tiada akan kekal lama kerana masa yang mendatang tiada siapa yang tahu. Sesungguhnya ALLAH jua yang lebih mengetahui. Maka usahalah lengkapi skop penglihatanmu untuk menerima islam hanya terhadap apa yang kamu yakini. Sesungguhnya islam itu INDAH dan LUAS. Bergeraklah atas apa yang kamu yakini selagi ia tiada melampaui apa yang diajarkan oleh rasulmu melalui mukjizat al-quran dan as-sunnah. Janganlah kamu duduk bersendirian menafikan jalan yang dipilih oleh insan disekelilingmu. Sesungguhnya itu lebih BURUK balasannya malah merugikan agamamu sendiri. Usia muda ini tiada kekal lama malah tidak pula mampu diganti. Gunakanlah ia sebaik-baiknya..~

Sunday 22 January 2012

Gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni


♥Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah..♥

APABILA MATA HATIKU MELIHAT..~


MALU untuk ku akui keimanan didalam hati ini tatkala alam yang luas ini tidak mampu membuatkan aku sentiasa INGAT padaMU. Sungguh, diri ini telah alpa seketika. Hati ini yang harus kubawa pulang kembali pada tujuan asalnya. Harus ku bawa PULANG untuk kembali berkenalan dengan Sang PenciptaNya. Harus ku bawa pulang untuk kembali tunduk dan sujud pada ALLAH Yang Maha Agung. Nafsu itu telah membutakan mata yang melihat. Aku alpa yang hidupnya aku ini hanyalah sebagai hamba kepadaMu.

“…(yaitu) Orang-orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri ataupun duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata)” Ya tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”(Surah Al Baqarah, ayat 191)

Biarpun MASA TUA itu pasti jua kan hadir menggantikan MASA MUDA, masih ramai yang ALPA seumpama menafikan akan adanya hari KEMATIAN. Tatkala jasad mulai diusung pergi meninggalkan semua yang ada dibumi, tiada lagi gunanya penyesalan taubat mencari keampunan diri sebelum bertemuMu Ya Allah di mahkamahMu nanti. Lalu, ayuh duduk sebentar meratapi masa yang telah pergi membuahkan dosa itu. BerMUHASABAHlah seketika tatkala nafsu mula merajai akal yang tunduk padaNYA. Kerana hidup kekal kita semuanya di sana...disini hanya sementara..~

Saturday 21 January 2012

SANNGUPKAH DIKAU MENJADI SUAMIKU?~


Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..

Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah, aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..

Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..

Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…

Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalanNya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya~

Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~

BIDADARI SYURG & Bidadari Dunia


♥ Tidak aku gadaikan tawaran menjadi calon ~BIDADARI SYURGA~ semata-mata ingin menjadi ~Bidadari Dunia~ yang akan PUDAR kecantikannya ♥
 — 

Friday 20 January 2012

SENDU SEORANG INSAN..~


sungguh!!ujian Allah sangat unik..PUJUKAN Allah juga sangat menarik!!bila reda datang bertandang, bila hati hanya fikir yang terbaik dari Allah, bila air mata menitis kerana Allah..ianya sangat mengharukan hidop seorang insan yang kerdil hina dina..:)

semalam mungkin hati menidakkan..semalam mungkin hati bebal tak dengar kata..semalam mungkin nafsu tak mahu kalah..semalam jugak mungkin otak penuh dengan agenda manusia semata..

namun, bila tenang datang..bila fikiran berpusing dengan betol..bila hati sudah tahu mana yang seharusnya..bila Allah betol mahu dengar suara esak tanges rayu pohon rintih hambaNya ini..semuanya bagaikan debu di udara..semuanya terasa macam yakin merenggut hati..

ungkapan kata hanya secebis ekspresi dari sang hamba..untaian kata hanya sedikit ruang untuk muhasabah lagi..picisan tulisan hanya untuk beritahu diri agar teros bersama Allah..sesungguhnya, rahsia perasaan ini hanya milik hamba dan Penciptanya..kerana ia antara hamba dan Tuannya..

maaf, semalam sayer lemah..semalam sayer ikot perasaan..semalam sayer hanya nampak warna hitam kelam gelap gelita..maaf jugak semalam sayer memaksa..semalam sayer sahaja yang betol..semalam sayer bukan orang yang nak cuba memahami..semalam sayer hanyalah seorang insan penat lelah dan stress dengan ujian tanda kasihnya Dia..semalam jugak sayer alpa dengan sedikit hiburan Allah..

maaf lagi sebab sayer tak pandai menilai..sayer tak pandai memahami..sayer tak pandai mengerti..sayer mementingkan diri..maaf jugak sebab sayer merimaskan..maaf lagi untuk semua sikap yang sayer zahirkan tanpa sedar..sungguh, sayer hanyalah seorang sayer..

terima kasih untuk pengajaran..terima kasih untuk kesedaran..terima kasih untuk penghayatan..terima kasih untuk meminjamkan..terima kasih jugak untuk pemberian..

buat haslinda sang hamba,
terima kasih sebab kenal Allah..terima kasih sebab usaha untuk cinta Allah..terima kasih sebab sayang Allah..terima kasih sebab tahu Allah maha Pengasih..terima kasih sebab terima pujukan Allah..

buat hati yang merah,
jom buang dot hitam..jom jadi neutral dengan cinta Allah..jom kenal lagi dengan pencipta sekalian alam..jom jadi hamba yang baek!!jom jadi hati yang kental..jom jadi daging merah yang berharga!!

buat mutiara jernih,
jangan tumpahkan lagi pada benda yang merapu..jaga acuannya agar tumpah ke tempat yang betol..cari tempat yang sistematik agar tidak berlaku pembaziran..jadi mutiara yang paling cantek di dunia..jadi mutiara yang boleh selamatkan farihah sang hamba kelak..jernihkan ia sejernih cintanya rasulullah kepada ummat!!

sekali lagi buat haslinda berimpian ratu Allah,
jangan leka lagi..jom bangon sama-sama dengan hati yang merah, mutiara jernih agar impian yang tersemat akan tercapai..jom jadi bijak selesai masalah..jom jadi seorang yang tegohkan cinta pada Allah..jom jadi mayat kerinduan Allah!!jom rindukan diri bertemu Al-Khalik!!

penyatuan hati jiwa dan raga,
terima kasih Allah..ujian ini tanda rindu-Mu..ujian ini tanda sayang-Mu..ujian ini tanda jiwa ini masih perlu diisi..ujian ini tanda aku belom sebetolnya berusaha merintih hiba pada-Mu..ujian ini tanda pilihan di antara persimpangan burok dan baik..bimbing jangan tinggal hamba!!

*mungkin tandanya ada sesuatu yang lebih baek!!
*setulusnya motivasi dan luahan hati seorang insan ingin berubah..:)
*semoga kita semua sentiasa dalam pujukan Allah..:DD
*Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di jalan-Mu!!

Yang SEMPURNA BUKANlah Yang TERBAIK..~


Kadang-kadang yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK
Yang SEMPURNA tak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN
Namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN 
menjadi KELEBIHAN, itulah KESEMPURNAAN.
Tiada manusia yang hidup BERBAHAGIA sepanjang masa.
Tetapi...Ianya bukan alasan untuk hidup SENGSARA...
hati PILU mendambakan SESUATU..~

ya ALLAH..kuatkanlah HATI ini...

Thursday 19 January 2012

Jenis-Jenis Fobia


Pasti kita fobiakan sesuatu, setiap individu mempunyai takut pada sesuatu yang berbeza. Tahap ketakutan pulak pasti berbeza. 


Ni antara fobia yang biasa kita hadapi :



Ablutophobia- Takut mandi 
Achluophobia- Takut kepada kegelapan.
Acrophobia- Takut kepada ketinggian.
Aeroacrophobia- Takut kepada tempat terbuka yang tinggi. 
Agoraphobia- Takut kepada tempat terbuka,tempat yang terdapat ramai orang. Takut meninggalkan tempat selamat.
Aichmophobia- Takut kepada jarum atau benda tajam.
Ailurophobia- Takut akan kucing.
Anablephobia- Takut untuk memandang keatas.
Aphenphosmphobia- Takut kepada sentuhan. (Haphephobia)
Arachnephobia atau Arachnophobia- Takut kepada labah-labah.
Arrhenphobia- Takut kepada lelaki.
Arsonphobia- Takut akan api. 
Astraphobia or Astrapophobia- Takut akan guruh dan petir.(Ceraunophobia, Keraunophobia)
Autophobia- Takut akan keseorangan atau dibiar berseorangan.

Batrachophobia- Takut kepada haiwan amfibia, seperti katak, sesumpah, salamanders,.
Brontophobia- Takut kepada petir dan guruh.
Bufonophobia- Takut kepada katak dan kodok.
Caligynephobia- Takut kepada perempuan cantik.
Catoptrophobia- Takut dengan cermin.
Ceraunophobia or Keraunophobia- Takut kepada petir dan guruh.(Astraphobia, Astrapophobia)
Climacophobia- Takut dengan tangga, mendaki tangga, atau jatuh tangga.
Clinophobia- Takut untuk tidur.
Dentophobia- Takut dengan doktor gigi.
Eisoptrophobia- Takut dengan cermin atau melihat diri dalam cermin.
Erotophobia- Takut dengan cinta seksual atau persoalan seksual.
Gamophobia- Takut dengan perkahwinan.
Genophobia- Takut akan seks.
Gerascophobia- Takut untuk menjadi tua.
Glossophobia- Takut untuk bercakap di tempat awam atau memulakan percakapan.
Hemophobia or Hemaphobia or Hematophobia- Takut dengan darah.
Heterophobia- Takut dengan jantina lain. (Sexophobia)
Hippopotomonstrosesquippedaliophobia- Takut dengan perkataan yang panjang. (Nama pun dah gerun)
Islamophobia - Takut dengan agama Islam.
Lachanophobia- Takut dengan sayuran.
Lygophobia- Takut dengan kegelapan.
Mastigophobia- Takut dengan balasan atau denda.
Menophobia- Takut akan kedatangan haid.
Neophobia- Takut dengan sebarang benda baru.
Numerophobia- Takut dengan nombor.
Obesophobia- Takut berat badan meningkat.(Pocrescophobia)
Optophobia- Takut untuk membuka mata.
Philophobia- Takut jatuh cinta atau dicintai.
Pyrophobia- Takutkan api.
Ranidaphobia- Takut dengan katak.
Sciophobia Sciaphobia- Takut dengan bayang-bayang.



Ada banyak lagi jenis fobia ni..



DUNIA TELAH TUA..~


Kiamat adalah merupakan hari pengakhiran bagi semua makluk yg Allah jadikan,iaitu hari semua makluk akan di himpunkan dari Nabi Adam dan hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali Allah jadikan . Dan matikan oleh Allah SWT.

Marilah kita renung sejenak benarkah hari pembalasan ini akan tiba?

Tanda tandanya :
-Penaklukan Baitulmaqdis
-Zina berleluasa- manusia yg hina melakukan tanpa segan silu seperti binatang
-Alat alat muzik menjadi kebanggan dan di gilai,sabda Nabi "Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi bunyian) dan ramainya peyanyi wanita"Riwayat Ibnu Majah
-Menghias masjid dan membanggakanya
-Munculnya kekejian,memutuskan persaudaraan dan bersikap buruk dengan jiran
-Ramai orang soleh meninggal dunia
-Orang yang hina mendapat kedudukan dan terhormat.
-Mengucapkan salam pada orang yang di kenali sahaja
-Ramai wanita berpakaian tetapi hakikatnya telajang
-Bulan sabit kelihatan besar
-Banyak dusta dan tidak tepat dalam meyampaikan berita
-Banyak saksi palsu dan meyimpan kesaksian yang benar
-Negara Arab menjadi padang jarak padang terkukur

Inilah antara tannda tanda kiamat yg banyak tertulis dalam kitab kitab.Tanda tanda ini sedang berlaku dan seharusnya kita meneliti apakah kita termasuk dalam golongan yang tercatit di atas.

Jika kita mampu dan berilmu marilah kita mendakwahkan orang orang yang banyak buat kemunkaran dan kita janganlah pula menjadi golongan yang tersebut diatas juga. 

~Dunia ini umpama lautan yg luas, kita adalah kapal yang belayar. Telah banyak kapal yang karam di dalamnya..Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini..~