Friday, 3 February 2012

Cinta Hanya Selepas Akad Nikah


♥~♥~❤ Wahai dikau yang beriman disana..



Jika memang kau tahu hati wanita itu rapuh, maka jangan pernah ucapkan 



cinta sebelum kau siap menikahinya!♥~♥~❤ 


♥~♥~❤ wahai dikau y b'iman disana...



jika kau tahu hati lelaki itU keras dn jahat jgn kau cubA mendekatinya sbl0m kau siap dilamarnya!♥~♥~❤


katakan CINTA HANYA slps AKAD...


''Dan minta tolonglah kamu kepada Allah denganjalan sabar dan solat. 



Dan


sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi mereka yang khusyuk.''
(Al-Baqarah: 45) (◕‿◕)

Makna bacaan dalam solat ..


Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi 
tak tahu makne…..
Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina
Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. 
Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan 
Nya.
Adakah kita Tidak mengenang Budi , 
Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya.
 Doa Iftitah                                                                
 Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.              
 Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.                                 
 Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,             
 dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang   musyrik.                                                                   
 Sesungguhnya solatku,                                                      
 Ibadatku,                                                                  
 hidupku,                                                                   
 matiku                                                                     
 adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.                                    
 Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak            
 menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.  

Al-Fatihah                                                                 
 Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.                 
 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.                                
 Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.                                   
 Yang menguasai hari pembalasan.                                            
 Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami 
 mohon  pertolongan.                                                               
 Tunjukilah kami jalan yang lurus.                                          
 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, 
 jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat


Bacaan ketika rukuk                                                        
 Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk                                            
 Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal                                                      
 Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.    
Bacaan ketika sujud                                                        
 Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.     
 
 Bacaan ketika duduk di antara dua sujud                                
 Ya Allah, ampunilah daku,                                                  
 Rahmatilah daku,                                                           
 kayakan daku,                                                              
 angkatlah darjatku,                                                        
 rezekikan daku,                                                            
 berilah aku hidayah,                                                       
 sihatkanlah daku dan                                                       
 maafkanlah akan daku.                                                      
                                                                            
 Bacaan ketika Tahiyat Awal                                                 
 Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.        
 Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta                    
 keberkatannya.                                                             
 Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.              
 Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi       
 bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.                             
 Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.                        
                                                                            
 Bacaan ketika Tahiyat Akhir                                                
 Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.        
 Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.     
 Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.              
 Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi       
 bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.                             
 Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas             
 keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas 
 keluarga Ibrahim.   
 Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau    berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.       
 Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.                          
                                                                            
 Doa Qunut                                                                  
 Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau    sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau 
 pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan     padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau            tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan        tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada                Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.  Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat       Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.         
 Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang    telah Engkau tetapkan.                                                           
 Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.                           
 Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas         keluarganya dan sahabat-sahabatnya.                                        
                                               
"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...
namun tak pula aku sangup keNerakamu....
kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu .
"ya
allah"
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .
kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun 
yang telah meninggal




Thursday, 2 February 2012

Fatimah Az Zahrah


Fatimah Az Zahrah, ratu wanita syurga yang sewajarnya menjadi tauladan. 



Hayati kehidupannya agar nanti kita mampu mengharungi kehidupan dan menempuh jalan yang membawa kita pulang dengan selamat.


1- Mencari Keredhaan Ibu Ayah


2- Mementingkan orang lain dari diri sendiri


3- Menghormati suami dan Redha dalam kehidupan


4- Ikhlas beribadat kepada Allah.
 —

Masalah Mental = GILA?


Siapa rasa dirinya sihat fizikal dan mental 100%? Alhamdulillah.. Kalau tak sihat mesti sukar nak membaca atau membuka PC kan? 

Biasanya, kita menganggap orang yang menghadapi masalah mental adalah orang yang ditahan di pusat-pusat pemulihan mental seperti di rumah sakit jiwa.

Ramai di kalangan kita yang menganggap diri bebas daripada belengu masalah mental. Namun berdasarkan kajian oleh NHS, satu daripada empat orang mengalami masalah mental, samada disedari ataupun tidak. Salah satu tanda seseorang mengalami masalah mental adalah seperti mengalami tekanan dan kemurungan. Penyakit mental melibatkan gangguan fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. 
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif/ intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)  

Ini pula adalah definisi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyaraka.

Ciri-ciri pesakit yang mengalami masalah mental :
~Perasaan rendah diri.
~Tekanan dalam hidup.
~Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
~Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
~Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
~Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak/ pasangan, pembuli jalanraya, pembuli sekolah)   
Kebanyakan daripada kita sedikit sebanyak pasti mengalami masalah ini. Peningkatan taraf hidup dan pembangunan yang pesat negara, kadang-kala telah menyebabkan masalah kepada golongan tertentu yang menyebabkan tekanan atau stres daripada rutin kehidupan harian sama ada berpunca dari kerja, persekitaran atau individu lain. Masalah ini tidak sewajarnya dipandang mudah dan memendamkannya sehingga boleh mengganggu emosi dan rohani sehinggakan boleh menyebabkan mengalami masalah mental yang kronik.

Masih ramai rakyat Malaysia yang enggan mendapatkan kaunseling apabila menghadapi tekanan. Akhirnya ada yang mengambil keputusan drastik; dan paling membimbangkan ialah membunuh diri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang lelaki berusia 25 tahun terjun bangunan Wisma Persekutuan (Terengganu) daripada tingkat 5 dan dijangka terjun dengan sengaja dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Jangan memandang enteng dengan masalah mental, andai terasa diri mengalami masalah, tertekan, rasa rendah diri.. jangan sesekali biarkan diri hanyut sebaliknya cuba dapatkan nasihat daripada kaunselor. Andai malu, cukuplah sekadar meluahkannya pada teman-teman yang boleh dipercayai, menulis di blog, berblogwalking,  melakukan aktiviti fizikal, dan melibatkan aktiviti bermasyarakat secara aktif. Elakkan diri daripada menyendiri dan menyalahkan diri sendiri. Di bawah ini merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan kesihatan mental yang baik.
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
  • Menerima kenyataan diri secara realistik.
  • Mengendali masa dengan baik (time management)
  • Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
  • Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
  • Menjaga kesihatan fizikal.
  • Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
  • Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
  • Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
  • Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
  • Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu. 
Pegangan agama penting. Dengan melakukan ibadah atau meditasi boleh mengurangkan stres. Dengan meletakkan tubuh badan dalam keadaan tenang, stres dapat dikurangkan. Berdoa, beribadah atau bermeditasi adalah latihan kerohanian yang boleh dilakukan di rumah dengan bersyukur kepada Tuhan atas segala kebaikan dan rahmat yang anda perolehi.  Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, pasti masalah mental dapat diatasi.




Wednesday, 1 February 2012

MANUSIA BODOH SOMBONG+

http://tomatomamak.blogspot.com/2011/11/cintakasihsayang.html


· · · · 2 hours ago

    • Muhamad Yusof tak payah post pasal blog awak kat group ni lah.Group ni untuk org cari jodoh bukan nak baca blog awak
      2 hours ago ·

    • Mohamed Hassan Habibu Rahiman rasanya bnyak agi post2 yang tidak berkaitand engan CARI JODOH DI POSTKAN.....AWAK TAK DE HAK KATA "TAK PAYAH"
      about an hour ago ·

    • Muhamad Yusof ye ker bro.Saya jarang post kat group ni.Sebab tu lah saya tanya.Keep it up.Post lah pasal blog saudara banyak banyak.
      about an hour ago ·

    • Mohamed Hassan Habibu Rahiman DAH TAU JARANG, DUDUK DIAM2 YEA..........JGN NK CIBUK JE......
      about an hour ago ·

    • Muhamad Yusof insyaallah saya akan ikut nasihat bro selapas ini.
      about an hour ago ·

    • Mohamed Hassan Habibu Rahiman KEMARIN PANDAI PULAK PM SAYA "YesterdaySent from ChatMuhamad Yusofsaya tak ada niat apa 2 bro
      kalau bro tersinggung saya minta maaf
      .."

      about an hour ago ·

    • Mohamed Hassan Habibu Rahiman Arini post coment pulak, rasanya BRO NI ADA MASALAH PERIBADI DENGAN SAYA KOT..BAWAK2 MEGUCAP YAE..BRO X KENAI SAYA AND SAYA PUN X KENAI BRO, BE MATURED LA YEA....IF PANDAI PM, PM LA, SYA SIMPAN AGI POST BRO PASAU NYAMUK 2.....
      about an hour ago ·

    • Mohamed Hassan Habibu Rahiman BYE BRO "BUDAK2" NK AIS CRIM BG TAU YEA....JGN CEPAT MELATAH YEA IF X BERSEDIA...IF BRO REPLY COMENT NI, TANDA BRO MELATAHA R 2>>>BAWAK2 MEGUCAP YEA
      about an hour ago ·

Say No To Couple, Yes To Nikah


Jangan mendahuluiNya dengan menetapkan seseorang itu adalah 



JODOHmu, sebelum IJAB KABUL kerana dia BUKAN sesiapapun bagimu yang belum HALAL untukmu..(。◕‿◕。)❤


Andai dialah jodohmu yang tertulis di Lauh Mahfuzh, 



Allah pasti akan menanamkn rasa KASIH dalam hatimu & hatinya, itu JANJI Allah..(。◕‿◕。)❤ 


Akan tetapi, selagi tidak diikat oleh IKATAN yang HALAL..selama itulah jangan membazirkan perasaanmu..(。◕‿◕。)❤


Juga jangan melampaui BATAS yang telah Allah tetapkan..(。◕‿◕。)❤
 — 

Insha Allah

InsyaAllah,
Setiap kesulitan pasti disertakan dengan kemudahan..
Yakinlah dengan janji-janji Allah..
Dia tidak akan sesekali berikan ujian tanpa jalan penyelesaian,
Dia tidak berikan penyakit tanpa penawarnya,
Dia tidak berikan kekurangan tanpa ada kelebihan lain yang menyusul..





Tuesday, 31 January 2012

Surat Cinta Sang Kekasih


daya magnet seorang lelaki dan perempuan memang luar biasa.
ia bisa menjadi malapetaka yang mengerikan bagi manusia jia ketertarikan itu bebas menerpa sekehendak hati dan bebas pula dilabuhkan sekeinginan hasrat..

karena itulah Allah memerintahkan manusia agar mnentramkan hatinya dan memenuhi hasratnya melalui ikatan tali suci pernikahan