Saturday 31 December 2011

Solat Sunat Istikharah


Semua orang pasti selalu dengar tentang solat istikharah, terutamanya untuk pasangan yang ingin berkahwin. Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik.


Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.


Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah, tunduk kepadaNYA. Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah. Iaitu tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.


Istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan. Ada yang memahami, petunjuk istikharah paling tepat adalah melalui mimpi. Mimpi bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan. Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat.

Perbincangan, penelitian  serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara  seseorang itu memohon istikhrah dari Allah. Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita perolehi adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.


Dalam sesetengah hal, kite perlu melakukan istikharah. Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang. Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.

Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadaNYA.

Mahfum Hadis (Imam Bhukari) : Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Kenapa Allh menyuruh kita melakukan solat terlebih dahulu sebelum berdoa? Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya. Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud. Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya. Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu. Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum. Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.


Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan. Sumber petunjuk Allah.


LELAKI PELINDUNG WANITA..~


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..."(surah al-Nisa', 4:34).

Jika kita sama-sama RENUNG ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita. 

Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai PEMIMPIN dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang DIPIMPIN? 

Tujuan enti bukan untuk menyalahkan lelaki atau perempuan, namun untuk kita merenung kembali fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah tentang peranan lelaki dan perempuan. Allah mengurniakan lelaki sifat yang gagah, rasional dan bersifat suka pada penyelesaian. Sebaliknya perempuan dikurniakan sifat lemah lembut, beremosi dan sukakan sesuatu yang bersifar proses. Nah, lihat! Maha Bijaksana Allah mencipta lelaki dan perempuan dengan satu sifat yang saling melengkapi, bukan untuk menunjuk-nunjuk siapa yang lebih dominan, tapi untuk berganding bahu memainkan peranan supaya tidak pincang kehidupan ini.

Lelaki itu sepatutnya pemimpin, BUKAN diktator!
Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap sebetulnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. 

Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah;

Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
Menjadi teladan yang baik. 
Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka. 

"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.. (At-Tahrim, 66:6)

Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang "benih" yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.

Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin? adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita. Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau cadangan. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

"Lelaki yang PALING BAIK adalah lelaki yang paling baik terhadap isteri dan keluarga".

Sesungguhnya, wanita itu satu AMANAH dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- Araf:189).

Wallahu'alam..

p/s: Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain.



 Rajin-rajinkanlah membersihkan hati..~
 — 

Friday 30 December 2011

Kelebihan Seorang Wanita


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang  akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Begitu sayangnya Allah kepada wanita. Tetapi kenapa wanita tidak langsung berterima kasih di atas anugerah Allah kepada wanita? Malah kita langsung tidak memandang anugerah Allah tersebut. Kenapa wanita seperti itu? wanita abaikan suruhan Allah, malah wanita tanpa segan silu melakukan kesalahan dan berbangga dengan kelakuan tersebut. Begitu riaknya wanita kepada Allah. Wahai kaum Hawa, marilah muhasabah diri, kembali kepada fitrah asal wanita. Tidak perlulah  ingin melawan arus merubah fitrah kejadian wanita. Marilah menuju kepadaNya, tanamkanlah rasa syukur dengan kejadian dan keistimewaan anugerah Allah kepada wanita. Hargailah diri sebagai seorang WANITA

Wanita

Wanita,

Wanita dicipta dengan kemuliaan syahadah.

Kerana benih seorang lelaki,

Wanita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu
menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki,
Wanita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai,
sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.


Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta,

wanita diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,
tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki,
tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, Wanita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang,
Wanita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi,
maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Wanita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya.
Wanita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga Wanita tua, rapuh dan mati.
Tetapi Wanita bahagia dalam dakapannya.





Thursday 29 December 2011

January 2012 Post


01/01/2012
Resepi Nasi Tomato
Panduan HIdup Berpasangan

02/01/2012
DAKU TIDAKLAH SESEMPURNA ITU..~
Jangan Kau Tangisi

03/01/2012
KHASIAT PELUK..~
Wanita Teladan dan Isteri Solehah

04/01/2012
Rama-Rama vs Wanita
MUHASABAH DIRI KEMBALI..~

05/01/2012
Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi...
BUAT HAWA YANG MENCARI CINTA..~

06/01/2012
Wahai Muslimah, Jadilah Kamu Seperti Epal Yang Tinggi..
hati yang TIDAK akan pernah sepi

07/01/2012
Aurat Saya Maruah Saya
SEBUAH BINGKISAN HATI SEORANG IKHWAN..~

08/01/2012
Laut dan Gelas
Jiwaku.......

09/01/2012
Antibiotik oh Antibiotik
Dakwah Bukan Jalan Mudah

10/01/2012
Kesan Zikir Terhadap Otak
Wahai Tuhan...

11/01/2012
Kesan Merokok Kepada Ubat
KAU TELAH MEMIKATKU DENGAN AGAMMU..~

12/01/2012
Kencing oh Kencing
WAHAI KAMU YANG TELAH MELUMPUHKAN HATIKU..~

13/01/2012
Broken Heart
PILIHAN & PENETAPAN

14/01/2012
Lalat oh Lalat
DAKWAH BUKAN MILIK KITA..~

15/01/2012
Doa Pendekat Jodoh 
DOA RUQYAH JIBRIL..~

16/01/2012
Kudis Tekanan atau Back Sores
DOA dan KASIH SAYANG…~

17/01/2012
Muhasabah Diri Melalui Azan
Perjalanan Hidup

18/01/2012
Rahmat Allah
PERINGATAN BUAT MUJAHID..~

19/01/2012
Jenis-Jenis Fobia
DUNIA TELAH TUA..~

20/01/2012
Yang SEMPURNA BUKANlah Yang TERBAIK..~
SENDU SEORANG INSAN..~

21/01/2012
BIDADARI SYURG & Bidadari Dunia
SANNGUPKAH DIKAU MENJADI SUAMIKU?~

22/01/2012
Gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni
APABILA MATA HATIKU MELIHAT..~

23/01/2012
Jalan Dakwah
DIPERSIMPANGAN SYAHADAH..~

24/01/2012
Dirimu atau nyawaku
MENASIHATI kamu an Bukan Yang Terbaik

25/01/2012
Duhai hati
PERGILAH MENJAUH..~♥~

26/01/2012
SEBUAH PESAN BUAT KALIAN..~♥~
DAKU TIDAK SESEMPURNA ITU..~♥~

27/01/2012
Kelak kehadiranmu dalam hidupku 
Mujahidah Buat Mujahid

28/01/2012
Namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku
KERANA CINTA MANUSIA..~

29/01/2012
TIDAK MEMANDANG DAN DI PANDANG..~
Cinta Dan Fitrahnya

30/01/2012
:: Alkisah sebuah percintaan antara HATI & IMAN :: ♥
Duhai para perempuan. 

31/01/2012 
Wanita Bukan Seperti Bola
Surat Cinta Sang Kekasih

Petua Menangani Stress


Setiap orang yang bergelar manusia normal sudah tentu biasa mengalami stress. Tidak kira mereka  pekerja profesional, guru, kerani biasa, buruh, ataupun suri rumah. Masing-masing pernah mengalami stress, tahap keseriusannya bergantung kepada bagaimana kita mampu mengawal mental untuk berhadapan dengan situasi-situasi yang tidak dijangkakan kehadirannya. Bagi yang telah biasa mengalami stress kemungkinan besar telah mampu menangani pergelodakan emosi dengan jayanya. 


Stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap perfectionist, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk, tidak redha dengan apa yang berlaku padanya dan berdendam. Untuk menghindarkan diri daripada fenomena ini, kita perlu menangani stres dengan bijak. Jika stres tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, ia boleh dikawal. 

Stress menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri.  

Senyum
Kebiasaannya orang yang menghadapi masalah/ tekanan akan membuat memek muka yang penuh dengan kejelekan, ketensionan sehinggakan sesiapa yang memandang pasti turut mengalami stress. Apa taknye, mereka pasti memandang kite dengan penuh kebencian seolah-olah kita yang bersalah. Apalah salahnya kalau kita tersenyum, lagipun takkan kerana nak marahkan sesuatu semua orang turut sama terasa bahangnya. Kalau kita senyum, sekurang-kurangnya sedikit stress akan hilang kerana orang sekeliling akan tersenyum kepada kita. Bukankah faktor sekeliling mempengaruhi mood seseorang.
Menyendiri 
Untuk menangani perasaan stress tu, terlebih dahulu kita perlu kita perlu tenangkan fikiran. Kalau perlu, cuba menyendiri seketika dan cari tempat untuk berehat dan bersantai seketika seperti di pantai. Elakkan tempat-tempat yang sesak dan bising di mana tempat-tempat sebegini boleh menyebabkan stress kita boleh menjadi bertambah teruk. 
Bertenang
Sikap yang paling baik adalah bertenang terlebih dahulu. Jangan terburu-buru bertindak kerana pada waktu itu sebarang keputusan dipengaruhi oleh emosi. Dan kebanyakan apabila membuat keputusan dalam keadaan hormon yang tidak stabil bakal mengundang masalah yang lebih rumit dan payah untuk diselesaikan, tidak kurang juga yang akan menyesal apabila keputusan telah dibuat. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, kita tidak mampu untuk berfikir dan membezakan antara yang baik dan buruk dan sukar untuk mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya. Langkah bijak adalah bertenang dan cuba kontrol emosi diri dengan menyusun nafas dengan teratur, tarik nafas perlahan-lahan dan hembuskan. 
Sentiasa berbuat baik dan berpandangan positif 
Kalau boleh, sementara keadaan dapat dijernihkan, cuba sentiasa berfikiran positif terhadap apa yang telah berlaku. Kalau ternampak sesuatu atau seseorang yang boleh meningkatkan stress kita, cuba elakkan diri berjumpa atau bercakap dengan dia terlebih dahulu. Kalau berkait dengan pasangan kita, atau orang yang kita rapat seperti adik beradik ataupun kawan baik, lebih baik cuba pergi di tempat-tempat yang dia tak boleh pergi seperti dalam bilik air, dalam bilik. Jangan melarikan diri dari rumah, kita kene fikir masalah tidak akan selesai jika kita melarikan diri, malah bertambah rumit. Cuma elakkan diri sahaja, bukan melarikan diri terus menerus. Lebih baik kalau mengambil wudhu' terlebih dahulu dan berzikir kepada Alalh untuk menenangkan jiwa.
Memaafkan
Cuba maafkan kesalahan orang tersebut andai ia melibatkan orang. Kerana sebagai manusia, secara fitrahnya kita tidak mahu melakukan/ melukakan hati orang yang berada di sekeliling kita. Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan kerana kita dicipta sebagai makhluk yang lemah. Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini sempurna. Dengan memaafkan kesalahan orang, tidak berdendam dan menerima kelemahan orang lain mampu mengurangkan dan menghilangkan stress. Itulah hakikatnya kejadian manusia, perlu sentiasa memaafkan kerana masing-masing tidak dapat lari daripada kesilapan. Dan mungkin kita turut menjadi penyebab kepada berlakunya konflik tersebut. Tidak salah untuk kita memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang pada kita andai tindakan itu dapat menjernihkan suasana.
Ceriakan diri
Kita perlu ceriakan diri sendiri dengan melakukan apa yang boleh membuatkan kita bahagia. Sebagai contoh mengambil gambar, membuat puisi, menulis di blog, menyanyi dan sebagainya. Alangkah baik andai kita mengambil inisiatif untuk meluangkan masa dengan orang yang mampu membuat kita ketawa, seronok seperti keluarga kita, suami/ isteri kita, anak-anak kita atau kawan-kawan sekepala. Sesungguhnya kita bukan keseorangan hidup di dunia ini. 
Luahkan
Cuba luahkan apa yang kita rasa, kita lalui. Kita boleh luahkan secara lisan, dan andai tidak mampu berbicara kita boleh menulis di atas kertas perihal yang menyebabkan kita stress. Cuba koreksi permasalahan tersebut sedalam-dalamnya. Dengan cara tersebut mampu mengurangkan stress kita. Kalau kita jenis yang tidak suka bercerita secara lisan, buatlah satu blog seperti blog saya ni untuk meluahkan tekanan yang kita rasai. Ia amat berkesan untuk menghilangkan stress. Apa yang kita rasa, kita coretkan dalam bentuk perkataan demi perkataan supaya kita rasa lebih tenang. Jadikan blog kita ini sebagai sahabat yang paling rapat dengan kita. InsyaAllah kita mampu menangani tekanan sebaik-baiknya.

Berserah kepada Allah
Kita perlu yakin dan percaya dengan takdir Allah. Allah tidak akan mentakdirkan sesuatu yang buruk kepada hamba-hambaNya. Dia sayang kepada hamba-hambaNya. Andai kita redha dengan segala ketentuan Alalh, pasti kita tidak stress lagi. InsyaAllah. :)

GADIS PALING CANTIK..~





Bunga atau mutiara?


p/s: Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: 




“Adakah anda bunga atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.


Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek. Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Kembalilah!

Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.

Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):


وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka...”
FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ

Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”

Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah,

kenapa anda tidak menutup aurat anda?

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!

Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman... daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah... yang bimbang hati anda menjadi gelap... yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan... meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia... Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku... Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”

Katakan tidak!

Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:

1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2.Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.
Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang... Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?

Bagaimana sepatutnya pakaian anda?

1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.
5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “... dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka...”

Anda di dalam SYURGA..

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: 

“Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)
 — 

Wednesday 28 December 2011

Kesulitan-Kemudahan

 Ya Allah,
Lapangkanlah dadaku,
Jernihkanlah hatiku,
Berikanlah ruang untukku membaiki diri,
Tunjukkanlah jalan untukku keluar daripada permasalahan ini..
Tenangkanlah hatiku ini daripada sebarang prasangka buruk
..Aminnn ya rabbala'lamiinnn..
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercaaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” - Surah Al-Insyirah ayat 5-6.

AKU HANYA WANITA BIASA..~


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu. Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu. Aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda khadijah, kerananya ku ingin kau tahu. Aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk bekerja di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membenihi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak. Aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang menangis, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, Aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak bertemumu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku mahu hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habis. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah. Aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajarku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. pimpin tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mula keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lalui dengan selalu jatuh cinta padamu.. Maka, cintailah aku keranaNYA, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa...~