Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, 3 March 2012

Khasiat Lobak Merah (Carrot)


Pasti semua dah tahu tentang khasiat lobak merah ni.. tetapi nak tulis jugak memandangkan ia salah satu pemakanan ilmuwan Islam lampau..

Saya amat berminat untuk mengetengahkan kembali kegemilangan generasi Islam dahulu untuk dikembalikan pada zaman ini.. 

Salah satu cara adalah kembali mengamalkan tatacara hidup dan kaedah pemakanan Islam yang diamalkan oleh generasi Islam zaman Rasulullah saw. kerana amalan kita pada zaman sekarang insya-Allah sekurang2nya mampu merubah generasi anak-anak kita nanti.. Insya-Allah..

Maklumat ini ambil berdasarkan penulisan Imam al-Sya'rani dalam buku Mukhtasar Tazkirah.. 


Lobak merah kaya dengan protein, karbohidrat, kalium, natrium, dan kalsium. Kadar alkalinya lebih tinggi.. Ia mengandungi iodin dalam kadar yang sedikit.

Semua jenis vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap oleh badan.

Lobak merah juga mengandungi bekalan vitamin B, C, D, F, G dan K.

Ini antara khasiat lobak merah :

♥ Amat baik untuk kesihatan gigi
♥ Mengatasi keletihan
♥ Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
♥ Menjaga sistem saraf
♥ Awet muda
♥ Mencerahkan mata
♥ Mencerdaskan akal
♥ Mencegah serangan barah
♥ Membaikkan hati dan membasmi kelupaan

Cara memakan lobak merah :

♥ Boleh makan mentah-mentah
♥ Minum segelas air lobak setiap hari
♥ Jka dimakan berlebihan terutama oleh kanak-kanak, boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakannya..



Friday, 2 March 2012

Petua Menjaga Minda


Orang yang normal dan mempunyai fikiran yang waras pasti ingin menjaga minda/ akal mereka supaya sentiasa sihat dan cerdas untuk memudahkan kita menjalankan tanggungjawab kita seoptimum mungkin..


Ini adalah petua-petua dalam menjaga minda melalui pemakanan :

 Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa. Ini merupakan pendapat Imam Zuhri.
 Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
 Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.
 Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).
 Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.
 Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa. Ini menurut Imam al-Zuhri.
 Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.
 Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.
 Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
 Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.
 Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.
 Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
 Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.
Ini antara petua-petua yang boleh kongsikan di sini.. mungkin kita boleh praktikkan untuk kepentingan generasi kita bersama 
Namun begitu, terdapat di kalangan kita yang dilahirkan tanpa minda yang sempurna.. Kehadiran mereka sebagai suatu ujian untuk kita.. untuk menguji kita sejauh mana kebersediaan kita untuk menerima dan membantu.. 
Serta sebagai wadah untuk muhasabah diri supaya lebih kenal erti syukur kepada-Nya kerana menganurahkan kita akal yang sempurna.

Khasiat Telur


Rupa-rupanya terdapat hadis yang menyatakan kebaikan makan telur iaitu riwayat daripada al-Baihaqi yang bermaksud :

"Sesungguhnya seorang nabi pernah mengadu kepada Allah tentang kelemahan dirinya, lalu Allah memerintahkan agar baginda memakan telur."[Riwayat al-Baihaqi]

Pakar perubatan sepakat mengakui bahawa telur merupakan makanan yang lengkap dan tinggi kandungan protein, lemak, vitamin, dan zat galian serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh badan.

Ia amat sesuai dimakan bagi menambahkan kekuatan badan dan menjaga kesihatan kerana mengandungi kalsium karbonat, magnesium, zat besi, sulfur dan fosforus.

Allah swt. menjadikan komposisi telur amat unik sekali walaupun berada di dalam bekas kulit telur yang bulat sejak di dalam rahim, ia mempunyai dua bahagian yang terpisah iaitu putih telur dan kuning telur di samping mempunyai fungsi yang berbeza pula.

Putih telur kurang diperlukan dalam perubatan dan kesihatan, tetapi kuning telur lebih diperlukan oleh tubuh. Ia amat bermanfaat bagi mengatasi masalah hati, otak, saraf, jantung dan dalam perhubungan suami isteri.

Menurut Profesor Aman dalam Medical Secret of Your Food, kuning telur berkesan mengatasi masalah penyakit otak dan saraf.

Penyakit Otak dan Saraf yang Boleh Diatasi

♥ Lemah daya ingatan
♥ Lemah daya tumpuan
♥ Tumpul minda
♥ Sering tertidur (mengantuk) semasa membaca atau melakukan pekerjaan yang membosankan.
♥ Badan dan urat saraf letih kerana memerah fikiran.
♥ Sering menguap
♥ Tidak minat bekerja
♥ Benci kepada kontradiksi (pertentangan)
♥ Tidak dapat mengawal amarah
♥ Lembab atau pasif
♥ Kanak-kanak degil

Cara Makan Kuning Telur

1. Campurkan kuning telur separuh masak dengan madu lebah

2. Tumbuk tujuh biji buah badam

3. Campurkan 1 dan 2

4. Makan setiap malam sebelum tidur

Ada seorang kawan... kawan  ni ahli bina badan.. tiap2 hari dia akan mengambil sekurang-kurangnya lapan biji telur untuk membina otot-otot badannya.

Tetapi bagi orang biasa, pengambilan telur secara berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit. Setiap apepun makanan yang kita ambil perlulah berdasarkan tahap keperluan badan kita.. sederhana itu lebih baik.


Thursday, 1 March 2012

Seksanya Mulut Berbau


Susah kalau mulut berbau.. seksa bagi yang perlu sentiasa berhubung dengan orang ramai.. Kene sentiasa pastikan nafas sentiasa wangi :P.. Baru konfiden..

Kadang-kadang bau mulut tu boleh melekat pada telefon.. eiii.. x lulus.. kalau lelaki tu memang rejek tuk buat suami..

Kalau di office tu.. lady terpaksa sembur pewangi.. bukan ape.. sebab kadang-kadang lady angkat tepun ade bau rokok yang agak lama tu.. orang Terengganu panggil "kouh".. Maksudnye bukan sebab bau mulut dah.. sebab bau dari pernafasan.. dari paru-paru.. sebab baunyer terlalu kuat..

Nafas berbau ni ada dua jenis.. satu daripada rongga mulut.. dan satu lagi berpunca daripada masalah dalam sistem penghadaman kita..

Kalau dari mulut, memang secara fitrahnye mulut kita ni akan menghasilkan bau akibat daripada tindak balas antara makanan, bakteria, dan bendalir mulut.. sebab itu Rasulullah suh kita sentiasa bersugi.. 

Diceritakan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

"Jikalau tidak memberati umatku, nescaya aku suruh mereka bersiwak setiap kali mahu mengerjakan solat." [HR. Bukhari]

Dengan bersugi, kita akan terhindar daripada penyakit halitosis iaitu bau mulut. Menurut perubatan, penyebab halitosis 80% adalah disebabkan dari rongga mulut dan 20% disebabkan oleh masalah sistem penghadaman.


Di bawah di senaraikan penyebab bau mulut :

1. Makan makanan yang berbau seperti jering, petai, bawang putih, durian dan makanan lain yang meninggalkan bau. Seeloknya selepas makan gosok gigi.
2. Tambunan plak pada gigi, gusi, lidah, dan gigi palsu. Ini bagi yang malas nak gosok gigi, gosok gusi, gosok lidah.. 
3. Adanya nanah dan jangkitan pada gusi dan gigi.

4. Sisa-sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi yang berlubang.

5. Kelainan organik akibat penyakit kronik seperti gangguan hati yang teruk, gangguan fungsi buah pinggang dan kencing manis yang tidak terkawal.

6. Masalah pernafasan kronik.

7. Gaya hidup seperti kebiasaan dan diet, minuman beralkohol, rokok, dan makan secara tidak teratur serta minum kopi dan teh.

Untuk mengelakkan permasalahan tersebut, di sarankan agar kite semua ni.. pergilah check gigi kita sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Dan jagalah kesihatan aset kita tu sebaik-baiknya.. janganlah sampai orang kata muka macho/cantik.. tapi................................

Kalau kita jaga baik-baik mulut kita.. xperlulah nak sembur minyak wangi berbotol-botol kat dalam mulut tu.. Kesihatan plak insya-Allah baik.. sebab mulut yang bermasalah juga penyebab kita mendapat penyakit, bukan sekadar penyakit yang kita sentiasa dengar.. terdapat juga penyakit kelamin disebabkan oleh mulut. Maka, hati-hati.
.

Thursday, 2 February 2012

Masalah Mental = GILA?


Siapa rasa dirinya sihat fizikal dan mental 100%? Alhamdulillah.. Kalau tak sihat mesti sukar nak membaca atau membuka PC kan? 

Biasanya, kita menganggap orang yang menghadapi masalah mental adalah orang yang ditahan di pusat-pusat pemulihan mental seperti di rumah sakit jiwa.

Ramai di kalangan kita yang menganggap diri bebas daripada belengu masalah mental. Namun berdasarkan kajian oleh NHS, satu daripada empat orang mengalami masalah mental, samada disedari ataupun tidak. Salah satu tanda seseorang mengalami masalah mental adalah seperti mengalami tekanan dan kemurungan. Penyakit mental melibatkan gangguan fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. 
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif/ intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)  

Ini pula adalah definisi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyaraka.

Ciri-ciri pesakit yang mengalami masalah mental :
~Perasaan rendah diri.
~Tekanan dalam hidup.
~Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
~Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
~Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
~Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak/ pasangan, pembuli jalanraya, pembuli sekolah)   
Kebanyakan daripada kita sedikit sebanyak pasti mengalami masalah ini. Peningkatan taraf hidup dan pembangunan yang pesat negara, kadang-kala telah menyebabkan masalah kepada golongan tertentu yang menyebabkan tekanan atau stres daripada rutin kehidupan harian sama ada berpunca dari kerja, persekitaran atau individu lain. Masalah ini tidak sewajarnya dipandang mudah dan memendamkannya sehingga boleh mengganggu emosi dan rohani sehinggakan boleh menyebabkan mengalami masalah mental yang kronik.

Masih ramai rakyat Malaysia yang enggan mendapatkan kaunseling apabila menghadapi tekanan. Akhirnya ada yang mengambil keputusan drastik; dan paling membimbangkan ialah membunuh diri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang lelaki berusia 25 tahun terjun bangunan Wisma Persekutuan (Terengganu) daripada tingkat 5 dan dijangka terjun dengan sengaja dan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Jangan memandang enteng dengan masalah mental, andai terasa diri mengalami masalah, tertekan, rasa rendah diri.. jangan sesekali biarkan diri hanyut sebaliknya cuba dapatkan nasihat daripada kaunselor. Andai malu, cukuplah sekadar meluahkannya pada teman-teman yang boleh dipercayai, menulis di blog, berblogwalking,  melakukan aktiviti fizikal, dan melibatkan aktiviti bermasyarakat secara aktif. Elakkan diri daripada menyendiri dan menyalahkan diri sendiri. Di bawah ini merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan kesihatan mental yang baik.
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
  • Menerima kenyataan diri secara realistik.
  • Mengendali masa dengan baik (time management)
  • Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
  • Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
  • Menjaga kesihatan fizikal.
  • Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
  • Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
  • Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
  • Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
  • Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu. 
Pegangan agama penting. Dengan melakukan ibadah atau meditasi boleh mengurangkan stres. Dengan meletakkan tubuh badan dalam keadaan tenang, stres dapat dikurangkan. Berdoa, beribadah atau bermeditasi adalah latihan kerohanian yang boleh dilakukan di rumah dengan bersyukur kepada Tuhan atas segala kebaikan dan rahmat yang anda perolehi.  Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, pasti masalah mental dapat diatasi.