Tuesday 29 November 2011

Carilah cinta sejati di lautan


Carilah cinta sejati di lautan cinta berbahterakan taqwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, InsyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu CINTA kepada Allah.

Itulah cinta hakiki yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhluknya, pilihnya cinta yang hanya berlandaskan cinta kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan dan nafsu yang menggoda.

Jadikan cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk kita meraih Cinta Allah. InsyaAllah moga Cinta itu diberkati dan dirahmati Allah.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...Aminn"

No comments:

Post a Comment