Friday 11 May 2012

Husnulzhon



Satu perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif. Husnuzon ertinya bersangka baik dan lawannya Su’uzon yang ertinya bersangka buruk.
Sifat bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus dipraktikkan dalam harian kita. Terutamanya dalam kehidupan kita, apabila kita memperolehi sesuatu informasi, tidak kiralah sama ada berita yang buruk mahupun berita yang baik, seharusnya kita selidik dahulu tentang informasi tersebut.
Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ,ayat 6 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Manusia hari ini suka bersangka-sangka


Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk 
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana sedih mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api…

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

“Tegakkan Islam dalam diri kamu..nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”
Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
 
 
YaAllah, tetapkanlah hati ku utk terus bersangka baik dengan persekitaran sekeliling ku, walaupun ia amat sukar untuk ku mengenal 'husnu-zon' setelah banyak 'perkara' yang berlaku...aku pasti ujian-Mu itu untuk 'mengajar serta memberi pengajaran kepadaku.. 
Ya Allah kekalkan aku sifat kehambaan terhadap-Mu YaAllah.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa  mereka yang aku sayangi kerana  ku tahu KAU 'penjaga' yang terbaik.....
Ameen Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment