Showing posts with label Firman Dan Hadis. Show all posts
Showing posts with label Firman Dan Hadis. Show all posts

Monday, 20 February 2012

berWUDHUK dengan SEMPURNA


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda :
"sesiapa yang berWUDHUK dengan SEMPURNA ,kemudian MENDIRIKAN SEMBAHYANG sama ada dua rakaat atau empat rakaat,RUKUK dengan SEMPURNA dan khusyuk pada kedua-duanya,kemudian MEMOHON AMPUN kepada ALLAH,maka dia akan DIAMPUNKAN" (Hadis Riwayat Musnad Ahmad)

*subhanallah,pemurah nya allah...maha megampuni dosa hambanya*

Sunday, 19 February 2012

IBADAH Akidah dan Kesan istighfar

.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Saturday, 18 February 2012

kata-kata hikmah (penyejuk mata) part 2

orang yang tidak minta petunjuk kepada allah adalah orang yang sombong ~


anak anak adalah amanah allah kepada ibu bapa ~ ♥
oleh itu,ibu bapa perlulah membimbing anak-anak di jalan allah 

kurang manis dalam senyuman ~ ♥
tambahkan manis dalam senyuman ~ ♥

tidak ada ternilai waktu yang engkau dapat manfaatkan untuk kebaikan.tidak ada ganti waktu yang engkau tudak manfaatkan untuk kebaikan (ibnu ataillah as-sakandari)

saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu.dia sanggup membahyakan dirinya demi kepentinganmu.setiap masa dia bekerja untuk keperluanmu.sanggup mengorbankan segala-galanya untuk keperluanmu.sangup mengorbankan segala-galanya demi kepentinganmu (ali bin abi talib)


kalau ada yang memuji kamu dihadapanmu,adalah lebih baik bila kamu melumuri mulutnya dengan debu daripda kamu terbuai oleh pujiannya (ali bin abi talib)


keadilan ityu syurga orang yang dizalimi dan neraka bagi yang dizalimi (umar al-khattab)

sifat utama pemimpim ialah beradab & mulia hati (imam al-ghazali)

kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu.kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lembut seperti sutera ~ ♥ ♥~