Showing posts with label Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah. Show all posts

Friday, 17 August 2012

"HEBAT NYA HAMNAH"


Selepas perang Uhud,Nabi pun pulang dgn para sahabat..Nabi saw jumpa sorang wanita bernama Hamnah..Nabi saw ucap takziah..

Ayah kamu syahid Hamnah.. Abang kamu syahid Hamnah.. Pak cik kamu syahid Hanmah... Hamnah tenang.. dia ucap Innalilla hiwainnailahi ro'jiun.

Lalu sahabat jumpa lagi sorang wanita.. sahabat bagitau suami dia syahid.. adik dia syahid.. ayah dia pun syahid... wanita tu kata, sekarang ni aku nak tau keadaan Muhammad dulu.. Rasulullah ok tak.??s ahabat kata Naam.. Rasulullah okay.. baik-baik aje..dia tak percaya.. dia suruh buktikan..

Sahabat bawak dia jumpa Nabi saw.. bila dia nampak Nabi baru dia kata :Aku redha walaupon semua keluarga ku syahid, salkan Muhammad s.a.w selamat.. Masya'Allah..n ampak tak kecintaan mereka pada Nabi saw...

Subhanallah..hebat keimanan mereka saat mendapat kabar kematian..Nabi di utamakan..!!!

Sollualan Nabiy..Ya Rasulullah..Ya Habiballah...

Perbanyakkan selawat pada hari jumaat yang mulia ini wahai ahli syurga sekalian... Allahummasolli ala amuhammad

Tuesday, 21 February 2012

Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki


Terdapat beberapa jenis wanita yang tidak disukai lelaki kerana dianggap menyusahkan mereka. Siapakah wanita itu?

Jenis tuan puteri

Gayanya seperti tuan puteri. Wanita seperti ini sangat manja, ego, suka disanjung dan dilayani. Mereka mahu hidup senang. Jika menghadapi kesusahan, mereka terus down. Mereka tidak tahan hidup susah. Jika suami jenis lelaki yang suka bekerja keras sebaiknya jangan mengambil wanita jenis seperti ini untuk dijadikan pasangan hidup anda. Boleh hancur rumah tangga.

Jenis Paranoid

Wanita seperti ini sentiasa mencurigai.. Telefon bimbit suami akan selalu diperiksa, dompet suami akan dibongkar, selalu cemburu dan mungkin juga si suami akan disoal siasat seperti polis menyiasat pencuri.

Wanita seperti ini biasanya sangat posesif dan merasakan hanya dia sahaja yang memiliki suaminya. Oleh itu berhati-hatilah kerana jenis wanita seperti ini mudah menimbulkan peperangan. Hasilnya rumah tangga akan menjadi perang salib.

Jenis Pengeluh

Wanita seperti ini sangat lemah. Apabila ada sahaja masalah, dia akan menangis semahu-mahunya. Apalagi jika si suami membentaknya, pasti dia akan menangis seperti anak kecil kehilangan gula-gula. Ditambah pula dia lebih senang jika si suami menyelesaikan semua masalahnya.

Jenis Penyampai Radio

Kegemarannya adalah mengumpat dan memfitnah. Ada-ada sahaja karenahnya yang membuat suami mengeleng-ngelengkan kepala. Hidupnya menjadi sepi dan tidak berwarna jika tidak dapat memburuk-burukkan orang lain. Spesis mami jarumlah ni.. pergi sana cucuk sini, datang sini cucuk sana..

Jenis Gunung Ais

Jenis wanita seperti ini biasanya susah diajak berbicara. Bibirnya jarang tersenyum. Susah untuk mengajaknya bergurau senda apatah lagi menggodanya. Sukarnya andai terpaksa menghadapi isteri jenis ini sepanjang hayat.. Si suami terpaksa menahan sabar.. mungkin tidak lekat duk di rumah.. asyik merayap je ke luar..

Itulah sebahagian daripada ciri-ciri wanita yang tidak disukai lelaki.. 


Saturday, 5 November 2011

Makanan Larangan Kepada Pegantin Wanita

 ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah
menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah
dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak
bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada
Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah
berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana
baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin
perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)
tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)
membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila
kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (
70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang
sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga
sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu
dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam
rumah tersebut"

Laranglah pengantin itu daripada
memakan dan meminum tiga ( 3 ) jenis makanan ini pada
minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Cuka

2. Coriander (Ketumbar)

3. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,
mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering
dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada
perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di
dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."

Tuesday, 25 October 2011

MuslimahKu



Jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yg bijaksana itu,

Tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan,
Senyuman,

bicara manja yang menggoda,

Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkanimannya,

Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita,

Andai belum sampai juga rezekimu,

Anggaplah bahawa lelaki yg dinantikanitu,

Sedang membina sahsiah kepimpinannyabg memimpin dirimu,

Kerann pd wanita itu pasti ada kekurangannya,

Dan lelaki yg benar2 layak pasti hadir,

Utk melengkapkan kekurangan pd dirimu..