Showing posts with label India Muslim. Show all posts
Showing posts with label India Muslim. Show all posts

Friday, 7 October 2011

Sejarah Mamak ”INDIA MUSLIM” Di Malaysia

Sebelum 1786, India Muslim telah pun menjalankan operasi perniagaan di Kuala Kedah. Bandar Georgetown menjadi tumpuan 1000 peniaga India Muslim berkumpul menjalankan aktiviti jual beli.
Pulau Pinang mencatatkan sejarah unik kemasukan India Muslim pada kurun ke 18. Kemasukan mereka secara beramai-ramai direkodkan lebih awal dari kemasukan orang British.
India Muslim diwakili lebih dari satu etnik
Perkataan India Muslim membawa maksud terdapat lebih dari satu etnik keturunan India yang beragama Islam berada di Pulau Pinang dan Malaysia. Tidak ada perbezaan dari sudut kuasa, kekayaan, tingkat sosial antara satu etnik dengan etnik India Muslim yang lain.
Etnik Tamil beragama Islam dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther.
Marikar diambil maksud perkataan Tamil membawa makna penduduk dengan perahu kayu. Fakta menunjukkan Marikar wujud di bahagian tanjung laut sekitar Tamilnadu.
Rawther diambil dari perkataan Mauther yang bermaksud penduduk yang menguruskan gajah dan kuda tentera diraja.
Dari sudut amalan agama Islam. Golongan Marikar mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Imam Syafie. Golongan Rawther pula mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Hanafi.
Satu tempat berlainan etnik
India Muslim di Malaysia turut diwakili oleh etnik-etnik India kecil yang lain. Kerala Muslim datang dari selatan negara India yang dipanggil Kerala. Mereka juga dikenali sebagai Malabar Muslim. Mereka juga digelar sebagai Kaka yang bermaksud abang yang lebih tua. Bengali Muslim, Gujerati Muslim.
Kewujudan masjid Malabar di Beach Street, Pulau Pinang sebelum musnah akibat bom Perang Dunia Kedua dan perkampungan Malabar di Transfer Road menjadi bukti kewujudan mereka di Pulau Pinang.
MASJID MALABAR

Bengali Muslim pula datang dari Bengal, India. Kewujudan mereka jauh lebih lama sebelum kewujudan negara Pakistan dan Bangladesh.
Kewujudan Masjid Bengali di Leith Street dan Kampung Bengali di Butterworh menandakan kehadiran mereka ke sini.
Gujerati Muslim datang dari Gujerat, Utara India. Satu kumpulan lagi, Bombay Muslim berasal dari Maharashtra, Utara India. Jumlah mereka kecl tetapi aktif dalam perniagaan.
India Muslim di Malaysia ramai berasal dari Tamilnadu. Misalnya, bagi kawasan Thenkasi di kawasan Trinelveli, Tamilnadu mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai. Kawasan tersebut mempunyai sebuah Bandar besar bernama Kadaya Nallur. Mereka banyak berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.
Mereka dikenali dengan gelaran Thenskasi Muslim dan Kadaya Nallur Muslim.
Satu kumpulan India Muslim juga datang dari dari daerah lain di Tamilnadu. Kebanyakkan datang dari Ramnad dan Tanjore. Mereka membentuk kumpulan perniagaan Inida Muslim di Pulau Pinang. Thenkasi Muslim menggelarkan mereka sebagai Petai Muslim.
                                                              Orang India Muslim dipercayai pertama sekali tiba di Samudera (sekarang Aceh di Sumatera, Indonesia) pada awal abad ke-10, saebelum kemudiannya menetap di Semenanjung Malaysia atau Tanah Melayu.

Mengikut sejarah dari kalangan orang tua di Klebang Melaka, nama Klebang diilhamkan oleh penduduk kawasan ini yang ketika itu ada beberapa pedangang India Muslim yang datang berdagang, lalu mereka berhenti solat di sebuah masjid di kawasan ini, sampai masuk waktu untuk bersolat, lalu pedagang tersebut azan di masjid tersebut. Lalu orang kampung di sini memanggil kawasan ini "keling bang(azan)". lalu bila telah terlalu lama penduduk menanggil "Keling Bang", nama Klebang pun tercipta.


Teori Kedatangan Islam Melalui India Muslim Ke Tanah Melayu

 

 

Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.
Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.
Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.


MASJID KAMPONG KELING

 Masjid Kampong Keling terletak di Bandar Melaka, Melaka. Masjid ini dibina tidak jauh ke belakang dengan Masjid Kampong Hulu. Ia dibina seawal tahun 1152 Hijrah bersamaan 1748 Masehi. Kemudian masjid ini diperbaharui dalam tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masehi dengan bangunan batu. Dalam tahun 1908 atap masjid ini ditinggikan mengikut Kampong Hulu. Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai.
Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka.
MASJID KAPITAN KELING

Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.
Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.


Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu

 

Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa.

Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.
Bahasa Tamil
Bahasa Melayu
akka
kakak
kadai
kedai
kappal
kapal
katikam
ketika
muthu
mutiara
nagaram
negara
purva
purba
raja
raja
suniyam
sunyi
tali
tali
udayam
udaya
vakai
bagai
bhumi
bumi
Surya
Suria
Bumiputeran
Bumiputra






Pegaruh Politik India Muslim di Zaman Ke Sultanan Melayu.

TUN ALI



Bendahara Seri Nara Di Raja bin Raja Benua Kaling Mani Purindam (TUN ALI) adalah Bendahara Melaka yang ke-4. Beliau merupakan anak kepada Baginda Mani Purindam, orang kaya dariIndia dan Tun Rana Sandari Tun Perpatih Besar . Beliau telah meninggal dunia pada pada tahun 1456 dan digantikan oleh Bendahara Tun Perak.
Sebelum menjadi bendahara, Tun Ali pernah menjadi Penghulu Bendahari kepada Sultan Muhammad Syah. Selepas isteri pertamanya meninggal, beliau telah berkahwin dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, yang sengajakan diceraikan untuknya oleh Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) . Salah seorang anaknya dengan Tun Kudu, Tun Mutahir turut dilantik sebagai bendahara .

TUN FATIMAH


 
Tun Fatimah adalah seorang serikandi Malaysia yang terkenal dan merupakan anak perempuan kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu juga adik bungsu kepada Bendahara Tun Mutahir. Beliau telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah selepas kesemua adik beradik lelaki beliau dihukum bunuh kerana difitnah oleh kalangan orang istana sendiri.
Tun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang ketiga. Beliau berketurunan Tamil Muslim, merupakan anak perempuan kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu juga adik bungsu kepada Bendahara Tun Mutahir adalah salah seorang Bendehara Melaka pada waktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Mereka adalah keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan Muzzafar Shah yang juga kakak kepada Bendehara terkenal Tun Perak).
Tun Fatimah sudahpun berkahwin apabila Sultan Mahmud cuba memperisterikannya. Disebabkan fitnah, Sultan Mahmud telah membunuh kesemua ahli keluarga Tun Fatimah termasuklah Tun Mutahir.
Sultan Mahmud yang menyesal selepas menyedari fitnah tersebut akhirnya berkahwin Tun Fatimah. Beliau juga merupakan Permaisuri Johor pertama yang membawa gelaranPermaisuri Tun Kudu.
Tun Fatimah melahirkan empat orang anak, di antaranya adalah Raja Raden Ali yang akan memerintah Johor sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.
TUN FATIMAH

Di nyatakan bahawa Tun Fatimah berketurunan Tamil Muslim, ayahnya Tun Mutahir, merupakan Bendahara (Perdana Menteri) Melaka di waktu pemerintahan Sultan Mahmud. Tun Mutahir adalah dari keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan Muzzafar Shah yang juga adik kepada Bendehara terkenal Tun Perak).
Sejarah Melayu mencatatkan bahawa  Sultan Mahmud telah lama berdendam kerana Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu beliau mempunyai seorang puteri rupawan bernama Tun Fatimah. Sultan Mahmud cuma dapat tahu apabila dijemput menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah dengan Tun Ali
.







SAJIAN MAMAK YANG POPULAR

Lazimnya menu sesebuah gerai mamak mesti mengandungi teh tarik dan Milo serta beraneka pilihan roti canai. Kebanyakan gerai mamak juga menyajikan beberapa jenis masakan nasi, seperti nasi lemak dan nasi goreng, serta masakan mi seperti mi goreng.

§                     Nasi Kandar


Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah di
gunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.

§                     Roti canai



Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

Bahan-bahan

1.     600 g tepung gandum
2.    1 camca garam
3.    1 camca gula halus
4.    2 biji telur, dipukul
5.    125 ml susu segar
6.    125-130 ml air
7.     3-4 camb minyak
8.    3-4 camb minyak sapi
9.    minyak/minyak sapi untuk menggoreng

Penyediaan

Gaulkan 3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 10 min hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi. Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak dalam mangkuk. Lumur dengan minyak dan minyak sapi. Tutup dengan tuala lembab, biar 6-8 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh (stail tersendiri). Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.

Variasi

§                     Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.

§                     Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.

§                     Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.

§                     Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.

§                     Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.

§                     Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.

§                     Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.

§                     Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.

§                     Teh tarik


Teh tarik merujuk kepada air teh bersusu yang dicurah antara dua koleh bagi menyejukkannya dan menjadikan ia berbuih. Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh tarik menjadi minuman pilihan sepanjang masa, siang dan malam bagi penggemarnya.
Teh tarik dan teh ais merupakan minuman yang dikaitkan dengan warung dan kedai mamak. Ia lazat diminum bersama-sama hidangan nasi lemak, roti canai, roti telur, roti tempayan, dll.
Teh tarik biasanya dibuat dengan menggunakan teh serbuk yang murah dan dibeli secara pukal (pada kebiasaanya). Serbuk teh ini akan dibancuh dan ditapis dengan menggunakan tapisan kain.
Teh tarik pernah diburuk-burukkan oleh khabar angin yang mendakwa bahawa minuman teh tarik dicampur dengan sabun serbuk bagi menambah buihnya.
Buih teh tarik tersebut sebenarnya terbentuk disebabkan ia dicurah diantara dua koleh dan kepekatan kandungan gula dalam air teh menyebabkan buih yang terbentuk dapat bertahan lama. Cara yang sama digunakan bagi mengekalkan buih sabun ketika bermain buih sabun. Cuma tambahkan gula kedalam larutan sabun bagi menjadikan buih sabun tahan lebih lama. [1]

§                     Rojak Mamak / Pasembur


Rojak atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gadoataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang, di mana pasembur terbaik boleh didapati di sepanjang Jalan Gurney.[perlu rujukan] Di bahagian lain Malaysia, istilah "Rojak Mamak" lebih biasa digunakan.
Secara tradisi, penjaja rojak Tamil Muslim menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil. Pasembor juga dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas.
Pasembor biasanya dimakan di waktu petang. Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut.

§                     Mee Goreng Mamak


Mee Goreng ialah satu hidangan terkenal di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Ia adalah dibuat dengan mi kuning nipis digoreng dengan bawang, udang goreng, cili, sayur-sayuran, tomato, dan telur. Ia biasanya boleh didapati pada gerai mamak