Monday, 16 April 2012

Al Faatihah (Pembukaan / THE OPENING)


[#001] Al Faatihah (Pembukaan)
001:001    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
001:002    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
001:003    Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
001:004    Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
001:005    Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
001:006    Tunjukilah kami jalan yang lurus.
001:007    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
 
[#001] AL-FATIHA (THE OPENING)
001:001    In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
001:002    Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds;
001:003    Most Gracious, Most Merciful;
001:004    Master of the Day of Judgement.
001:005    Thee do we worship, and Thine aid we seek.
001:006    Show us the straight way,
001:007    The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.
 


Wanita Bahan Pameran Facebook???

Kebanyakan manusia pada zaman sekarang menggunakan laman sosial seperti FACEBOOK untuk berkomunikasi dengan orang yang berada di jarak yang jauh dengan kita. Untuk mengenali rakan-rakan lama kita di laman sosial tersebut, kita hendaklah memasukkan gambar kan ?

Tetapi kebanyakkan pada zaman modenisasi sekarang, ramai rakyat terutamanya pada golongan remaja menyalah gunakan kemudahan tersebut dan ...upload gambar mereka hanya tujuan PAMERAN. Macam-macam pose yang mereka buat untuk memastikan gambar itu perfect, kelihatan cantik, comel dan lain-lain lagi. 





   
Sebenarnya hukum meletakkan gambar di dalam Facebook tidak haram, tetapi hendaklah mengikut syarat-syarat tertentu. Contohnya gambar hendaklah wajib menutup aurat. Nawaitu itu penting bagi masalah ini.

IMAN & TAQWA

~✿..Bila hati diserah kepada Allah, Tiada resah tiada gelisah,
~✿..Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, Hilang rasa gundah hidup rasa indah...
~✿..Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa, Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba...
~✿..Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba, Di dunia ini dan di akhirat sana,
~✿..Dengan syarat Iman dan Taqwa, Kukuh disemai dan tersemat di jiwa, Amal soleh bukti setia, Seorang hamba kepada Rabbnya..

Sunday, 15 April 2012

Akibat sebab x nak tutup aurat..

inilah akibat sebab x nak tutup aurat......kan dah kena cubit...tahupun sakit.....ni baru kena cubit....kalau kena azab dalam api neraka....lagilah sakit....tak payah tunggu api neraka...nanti buka api dapur.....tunggu dalam setengah jam...lepas tu duduk atas dapur tu...TRY...tengok melecur tak ....
ada berani???

TANPA OKSIGEN untuk BERNAFAS..

~✿>> Hidup tanpa Al-Quran ibarat hidup TANPA OKSIGEN untuk BERNAFAS..

"Sesungguhnya hati-hati BERKARAT seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat
bertanya bagaimana untuk MENYUCIKANNYA, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan MEMBACA AL-QURAN dan mengingati mati."
(HR Ibnu Umar r.a)
...
p/s : Kadangkala kita menjadikan ALASAN SIBUK hingga mengabaikan al-Quran..sedangkan al-Quran itulah yang akan jadi SAKSI kita di akhirat kelak, Al-Quran yang akan membantu MELEBARKAN KUBUR kita, MENERANGKANNYA, menjauhkan dari api neraka..tapi semakin hari, kita seakan-akan semakin meminggirkannya..hati semakin sakit kerana MELUPAKANNYA, adakah kita SEDAR akan semua itu? Seperti mana kamu memerlukan oksigen untuk bernafas, kamu juga memerlukan AL-QURAN untuk memahami rahsia sebenar untuk mencapai KEJAYAAN dalam hidup kamu..♥♥

Saturday, 14 April 2012

Mereka adalah WANITA SOLEHAH..


~✿>> Wanita dunia ketika MEMASUKI SYURGA akan mampu MENGALAHKAN KEJELITAAN para bidadari syurga..siapakah WANITA DUNIA ITU? Mereka adalah WANITA SOLEHAH..

Aisyah r.a berkata :
"Wanita-wanita solehah akan berkata kepada bidadari syurga..kami MELAKUKAN SOLAT sedangkan kamu tidak, kami BERPUASA sedangkan kamu tidak..kami BERSEDEKAH sedangkan kamu tidak, kami WANITA SOLEHAH DI DUNIA mengalahkan bidad...
ari syurga.."

Inilah yang menyebabkan bidadari pun cemburu, dunia adalah PERHIASAN dan SEBAIK BAIK PERHIASAN ialah wanita solehah..di dunia lagi bidadari MENCEMBURUI KESOLEHANNYA dan di akhirat bidadari SUDI MENJADI KHADAMNYA.. 

Rahsia Solat Lima Waktu


Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

... "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.


' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

a) Dibebaskan daripada api neraka.

b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,

'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).

Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.

Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:

a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).

b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).


f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.

g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.

Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.


Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'


Peringatan !!!


"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."  
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Thursday, 12 April 2012

KISAH RASULULLAH S.A.W. DAN KUCING ♥

 Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

... Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan


Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya