Thursday 22 December 2011

MANISNYA MENAHAN PANDANGAN..~


Abu syura' al-karmani berkata : "sesiapa yang mengamalkan tingkah laku yang mengikut sunnah Rasulullah seperti menahan dirinya daripada godaan hawa nafsu, memelihara pandangannya daripada segala yang haram dan biasa memakan makanan yang halal, tidak mudah tergoda dengan hasutan hawa nafsu"

Allah menceritakan kisah nabi Luth dan tragedi yang menimpanya : 
"Sesungguhnya apa yang berlaku itu benar-benar membuktikan tanda-tanda kekuasaan Allah yakni bagi mereka yang mmerhatikan kekuasaanNya"

Sesudah Allah memerintahkan orang yang beriman supaya menahan pandangan dan menjaga kemaluannya, Allah menjelaskan lagi, maksudnya :
"Allah merupakan cahaya langit dan bumi"

Sesiapa yang menahan pandangan daripada melihat apa yang di haramkan Allah, sudah pasti Allah menggantikannya PANDANGAN yang LEBIH BAIK daripada apa yang di haramkan itu. Apabila mereka berjaya menahan pandangan yang di haramkan itu, Allah melepaskan cahaya mata hatinya sehingga dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Sesungguhnya HATI adalah seperti cermin dan hawa nafsu seperti karat yang melekat padanya. Apabila cermin bersih daripada karat dan debu, ia memantulkan gambaran yang jelas. Tetapi apabila cermin itu berkarat, semut yang kecil sekalipun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sekiranya ini terjadi, bermakna apa yang dilihatnya tu sekadar andaian sahaja..~

No comments:

Post a Comment