Saturday, 18 January 2014

Biar Buta Mata, Jangan Buta Hati


Orang kata, kalau mahu menilai, nilailah menggunakan mata hati, bukan mata kasar sahaja, dan biasa tak kita dengar...Pandangan Allah itu jatuh pada sekeping hati, bukannya pada cantiknya wajah atau hebatnya pakaian.

Hati... Pentingkah sekeping daging itu?

"Ish ish saudari..apa yang hebatnya daging tu? Bukannya ada apa-apa pun, Alah, hati je."

Siapa kata tidak penting? Dengan hati kita mampu menyayangi.. Dengan hati, kita wujud sifat ehsan.. dengan hati kita tahu menilai sesuatu... Dengan hati juga, Allah beri satu firasat pada sesiapa yang Dia kehendaki.

Hebatnya hati, hinggakan Baginda Rasulullah S.A.W bersabda :
" Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah seluruhhnya, dan apabila ia rosak ,rosaklah sekeliannya.KETAHUILAH ! Itulah dikatakan Hati." ( Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)


"Sedarlah, kau tak elok buat kerja macam ni, duit yang kau dapat tu tak berkat."

"Apa aku kisah. Asalkan aku kaya raya, hidup senang-lenang."

Hati yang dibutakan tidak akan mampu lagi melihat kebenaran. Hadirkanlah cahaya sehebat lampu spotlight sekali pun, andai tidak mahu dicelikkan hati yang ada, kegelapan juga yang datang menyapa....


No comments:

Post a Comment