Tuesday, 29 March 2016

KONSEP AKIDAH


Akidah berasal daripada perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti mengikat atau menyimpul. Menurut Hasan al-Banna, akidah ialah hal yang berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati yang akan mendorong hati dan jiwa berasa tenang, tidak bimbang dan bersih daripada prasangka. Akidah mampu melahirkan keyakinan yang kuat dan teguh dalam menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal ibadat kepada Zat Yang Maha Berkuasa.
Akidah merupakan pokok dan di atasnya berdiri syariah Islam sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Asas akidah Islamiyyah ialah tauhid kepada Allah s.w.t. Tauhid ialah inti daripada Islam itu sendiri. Malah, sebahagian isi al-Qur’an membicarakan tentang tauhid, baik dalam ayat-ayat yang mengandungi cerita, berita tentang Allah serta sifat-sifat-Nya dan juga di dalam ayat-ayat yang menerangkan makhluk dan perbuatannya.
Bersumberkan daripada tauhid ini, lahirlah cabang-cabang lain yang berupa peraturan-peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia, dan manusia dengan Tuhannya. Dalam semua bentuk peraturan ini, tujuan utamanya adalah untuk memperkuatkan serta menanam ketauhidan terhadap Allah s.w.t. ke dalam hati setiap orang yang beriman. Tauhid kepada Allah s.w.t. dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:

Tauhid rububiyyah
Tauhid rububiyyah bermakna mengakui bahawa Allah s.w.t. adalah pencipta bagi segala sesuatu dan tiada dua pencipta yang sebanding-Nya pada sifat dan perbuatan.
Seterusnya, anda harus tahu bahawa tauhid rububiyyah bererti beriktikad bahawa Allah s.w.t. ialah Tuhan yang menciptakan alam, mentadbir, memiliki-Nya, memberi rezeki makhluk-makhluk, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaan-Nya yang tidak terhingga.
Maksud sebenar tauhid rububiyyah telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an yang bermaksud:

Ayat di atas merupakan bukti jelas bahawa naluri manusia ialah untuk mengenali dan mengakui rububiyyah Allah. Malah, manusia sendiri mengakui dan akur terhadap rububiyyah Allah seperti yang terdapat di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


Oleh sebab fitrah inilah, walau sejauh mana sekalipun seseorang itu melafazkan keingkarannya terhadap rububiyyah Allah, namun ketika dalam keadaan yang tersepit dia tetap akan kembali merayu kepada Allah s.w.t. Lihatlah keadaan manusia yang ditimpa masalah kerana pada ketika itu kita akan nampak kesan dalaman apabila mereka mula mencari-cari Allah s.w.t. sebagai Penolong yang sebenar.
Sebenarnya, kemampuan memahami wujudnya Allah, Yang Maha Pencipta, sudah secara fitrah dibekalkan ke dalam naluri manusia. Persoalannya, sama ada fitrah ini dipupuk, diseleweng atau dibanteras. Sekiranya naluri atau fitrah ini dipupuk, dididik dan dipertingkatkan, natijahnya akan terpancarlah satu keyakinan yang bulat bahawa Allah s.w.t. sahajalah sumber yang mencipta dan yang berhak menerima pengabdian yang sepenuhnya.
Tauhid uluhiyyah
Beriman kepada tauhid uluhiyyah Allah bererti beriktiqad bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang berhak dan patut disembah, dicintai dan dipatuhi. Ini bererti meletakkan seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah laku atas petunjuk dan perintah Allah semata-mata dan berkeyakinan bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang berhak membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makhluk yang dicipta-Nya.
Beriman kepada tauhid uluhiyyah bermaksud menolak segala-galanya selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah La ilaha illallah. Maka atas sebab Tauhid Uluhiyyah inilah, maka Allah s.w.t. telah mengutuskan para rasul-Nya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sepatutnya tauhid rububiyyah melahirkan keimanan kepada tauhid uluhiyyah. Kedua-dua tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah adalah asas kepada keimanan. lni adalah kerana keyakinan yang teguh terhadap tauhid Allah menjadi satu simpulan yang kukuh dalam jiwa seseorang. Simpulan yang kukuh inilah yang dinamakan iman.

Tauhid asma’ dan sifat
Tauhid asma’ dan sifat ialah mempercayai nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya yang agung mengikut apa yang disifatkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Dalil-dalil Tauhid Asma’ dan Sifat dapat dikesan di dalam al-Qur’an dan Sunnah.
Antara lain, firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid asma’ dan sifat menjadi asas keimanan kerana ketiga-tiganya menetapkan beberapa asas utama dalam menentukan kehidupan manusia di atas dunia ini iaitu hidup untuk tujuan beribadat hanya kepada Allah, menurut segala kepatuhan dan ketaatan yang datang daripada Allah, membina kehidupan di dunia menurut peraturan-peraturan Allah dan menegakkan masyarakat manusia berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t. Pendek kata, tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid asma’ dan sifat perlu diimani dan diamalkan serentak demi memastikan keimanan yang jati terhadap Allah s.w.t.





Friday, 18 March 2016

Dedikasi Cinta Ulang Tahun Buat Insan Istimewa




Bismillahirrahmanirrahim….


Al-Hamdulillah…ucapan syukur yang tak pernah putus di ucap oleh seorang Muslim mengingat dia pada ALLAH Yang Maha Kuasa.


Entry kali ini, ingin saya bercerita tentang seseorang yang sangat istimewa dalam jiwa saya dan isteri saya, yang membawa kami mengenal cinta ALLAH, yang membawa kami menjadi insan berguna saat ini dan membawa kami menjadi sepasang suami isteri yang diredhai oleh Allah Azza Wa Jalla. Siapakah  apa mereka? Kekasih? Dah tentu ibu & ayah kami. 



Tanggal 9 March 1995 tarikh keramat buat kedua-dua insan yang bernama Tuan Haji Abdul Rahim Bin Nahur Ghani dan Puan Hajah Isah Binti Bappu. Mereka sah bergelar suami isteri. Tarikh 09 MArch 2016 adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka yang  ke-21 bagi kedua-dua insan yang istimewa ini dan pertama kali mereka pertama kali mereka menyambut ulang tahun perkahwiman mereka buat pertama kali dengan ahli keluarga bahru mereka iaitu menantu mereka iaitu saya... syukur alhamdulillah mereka diberi kesempatan untuk terus hidup bersama hari ini dan untuk selama lamanya.. insyAllah ..




Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-21 buat kalian berdua. Kami doakan moga kalian berbahagia hingga ke syurgaNya. Moga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa bersama-sama kalian. Kami mendoakan yang terbaik untuk kalian tersayang. 

Thursday, 17 March 2016

TAJASSUS

Sebagai manusia biasa, kita memang susah nak tengok salah sendiri. Tapi, kalau salah orang lain, sepantas kilat je kita dapat detect. Terdapat manusia yang secara sengaja akan mencari kesalahan yang tak salah secara hukum hakam untuk menutup kesalahan atau kelemahan yang terdapat pada dirinya. .

Secara teorinyaa, manusia ni memang tahu macam mana nak hidup dengan cara yang perfect. Tapi, secara praktikalnya, tiada seorang pun manusia yang perfect dan apabila terdapat ingin menjadi perfect akan ada macam macam dugaan dari manusia manusai yang tidak sedar diri disekeliling dan akan cuba mencari salah walaupun ianya tidak salah.
Apa yang kita dapat lihat, manusia zaman sekarang tidak dapat membezakan antara syariat, budaya dan melebihkan budaya dari syariat yang diperintahkan oleh allah.
Jadi, kalau kita dapat kesan kesalahan orang. Tak payah nak bermegah yang kita jumpa kesalahan dia. Tapi, yang paling penting adalah kita ambil kesilapan dia, dan serapkan dalam diri kita. Supaya jadi peringatan kat kita, jangan buat kesilapan yang sama macam dia.

Wallahualam