Ihsan dalam ibadat adalah antara martabat yang paling mulia dan tertinggi. Oleh itu, ibadat perlu dibina atas dua dasar yang penting agar memenuhi matlamat ihsan dalam ibadat tersebut. Pertama ialah cinta kepada Allah s.w.t. iaitu merasa tawaduk dan tunduk di hadapan Allah s.w.t. agar timbul perasan meminta dan mengharap hanya kepada Allah s.w.t. sahaja. Kedua pula ialah takwa, takut dan merasa kerdil apabila berhadapan dengan kebesaran dan kasih sayang Allah s.w.t. Ibadat seperti ini menyebabkan seseorang merasa lebih bertanggungjawab terhadap ibadatnya, dan akan melaksanakannya dengan penuh ikhlas. Keikhlasan menjadi asas penting dalam menentukan kesempurnaan amalan dan ibadat seseorang.
Uniknya ihsan dalam Islam ialah manfaat ihsan itu akan kembali kepada tuannya. Ini dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t. bermaksud:
Pendek kata, ihsan sangat penting untuk kesedaran dalaman kerana kebaikan yang dilakukan itu disebabkan Allah s.w.t. suka kebaikan, bukan untuk tujuan menunjukmenunjuk kepada orang lain. Ihsan mampu menjana keperibadian yang mulia dalam setiap diri muslim jika dilaksanakan dengan penuh kejujuran iaitu kesedaran bahawa “Allah Maha Melihat”.
Kesimpulannya, dengan memahami pengertian Islam, iman dan ihsan, anda dapat mengenali Islam dengan lebih jelas dan tepat secara ilmiah. Dengan memahami Islam, iman dan ihsan juga, anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang pengertian Islam sebenarnya menurut kehendak Penciptanya iaitu Allah s.w.t.