Wednesday, 20 April 2016

Memahami "IBRAH" Dari Sebuah Ujian


”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada hidup penuh dengan ujian lebih-lebih kita sekarang berada di zaman fitnah yang sangat dahsyat.


Walau mungkin bukan ayat itu yang dituturkan namun lebih kurang begitulah pesanannya.
Hakikatnya, kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa hidup ini adalah untuk menguji kita. Untuk itu jugalah dunia itu dicipta. Untuk menguji.
Siapalah kita untuk menolak ujian yang diberikan. Siapalah kita untuk membenci setiap ujian yang diberikan. Tidakkah kita sedar kita hanya hambaNya, yang hidupnya kita ini pun juga atas belas ehsanNya.
Sedangkan telah termaktub bagi mereka yang mengaku Islam untuk mematuhi rukunNya yang meyakini bahawa setiap ketetapan adalah dari Allah dan atas kehendak Allah.

Apakah Sebenarnya Maksud Ibrah itu?

Ibrah itu pengajaran
Ibrah itu pengajaran dan pembelajaran, a lesson. Sesuatu yang dapat kita kutip sepanjang selusur kehidupan kita ini. ‘Lesson learnt’ itu mungkin dalam bentuk sejarah kehidupan peribadi, mungkin juga dari sejarah kehidupan orang lain.
Dan yang paling utama- ‘ibrah’ kehidupan para Nabi, Sirah-sirah peperangan serta Ulama-ulama

“Ambilah ibrah ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)” – Al Hasyr 59; 2
Diri ini harus perlu terus mengingati, bahawa Allah menguji bukan untuk menghukum. Allah menguji adalah untuk menegur.
Untuk memanggil kita kembali pada jalanNya. Mungkin ada kesalahan yang kita lakukan yang tidak kita sedari.
Mungkin ada kelalaian dalam keikhlasan hati yang kita tidak ketahui. Jadi Allah menegur. Itulah sebabnya bijak pandai menyatakan Allah menguji kerana sayang.
Jadi yakinilah bahawa diri ini bertuah kerana Allah menyayangimu.
Bagi mereka yang mampu mendepaninya dengan tabah dan sabar, akhirnya ujian demi ujian yang datang pada seseorang walau pun ujian yang hebat dan berat, mereka tetap berjaya mengharunginya.

Perkara ini bukanlah mudah!

Sesiapa yang tidak pernah melaluinya tidak akan mampu merasainya.
Dengan cuba untuk melihat segala yang berlaku pada dirinya dengan sisi pandang yang paling memberikan sinar, sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk terus memotivasikan diri.
Bila mereka berjaya menghadapinya, antara satu hikmahnya adalah mereka mampu menjadi seorang yang berjiwa besar dan lebih matang seterusnya lebih berani untuk terus meneruskan kehidupan.
Meskipun itu bukan alasan untuk hanya berserah tanpa usaha, namun menyedari hakikat ini mampu buat diri lebih tenang untuk mengatur jalan tuju ini dengan hati yang lebih lapang.
Kerana…
Jika diri ini disayang Allah. Apa lagi yang perlu dikhuatiri selain untuk menyayangiNya kembali…
Maka ingat, Ibrah & pengajaran Allah di mana-mana. kita cuma perlu celik hati untuk sedar.. =)

No comments:

Post a Comment