Thursday, 23 February 2012

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T


Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) 

Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya : 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 
4. Orang lelaki yang melarikan diri. 
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 
9. Orang-orang yang suka makan riba'. 
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

Manfaat Positif Berwuduk


Selama ini kita mengambil wuduk setiap kali hendak menunaikan solat fardhu dan solat sunat tanpa mengetahui mengapa Allah mewajibkan kita berwuduk.
Berwuduk termasuk dalam menjaga kebersihan diri dengan membasuh anggota utama dalam aktiviti seharian.

Pada umumnya, umat Islam wajib berwuduk sebelum mengerjakan solat kerana solat tidak sah jika tidak dimulakan dengan wuduk.

Terdapat dalil yang berkaitan dengan wuduk yang terdapat di dalam al-Quran yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu hingga kedua-dua buku kaki." [al-Maidah: 6]

Muhammad Muhyidin dalam bukunya Misteri Energi Wuduk (2007:56) menyatakan wudhu' perlu disempurnakan. 

Apa yang disebut dengan istilah 'menyempurnakan wuduk' adalah melakukan hal-hal yang wajib ditambah dengan hal-hal yang sunat dalam berwudhu'.

Kadang-kadang kita mengambil wuduk sambil lewa.. walaupun kita tahu bahawa tanpa wuduk yang tidak sempurna menyebabkan solat tidak sah.

Wuduk yang diambil secara sempurna adalah memenuhi perkara-perkara yang di senaraikan di bawah :

Wajib :

1. Berniat (tak semestinya kene baca secara lisan, dalam hati pun boleh)
2. Meratakan air ke seluruh muka dari anak rambut kat atas sampai ke bawah tulang dagu, dari hujung anak telinga sampai ke sebelah yg lagi satu.
3. Meratakan air di kedua belah tangan hingga ke siku.
4. Mengusap air ke kepala
5. Meratakan air di kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib (melakukan perbuatan dr pertama hingga akhir mengikut susunan)

Antara yang Sunat :

1. Baca Basmallah
2. Basuh kedua-dua tapak tangan sampai pergelangan tangan
3. Berkumur
4. Memasukkan air dlm hidung 
5. Sapu seluruh kepala
6. Menyapu kedua telinga
7. Menyelati janggut yg tebal
8. Mendahulukan anggota kanan dari yg kiri
9. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki
10. Melebihkn basuhan tangan dan kaki dari had yg wajib
11. Mengulang perbuatan sbyk 3 kali
12. Perbuatan secara berturut2 (iaitu tak bercerai turutan anggota ke anggota lain sampai kering)
13. Menggosok2 anggota wudhu'
14. Mengadap kiblat
15. Baca doa lepas wudhu' 


Penyelidik telah membuktikan bahawa wuduk mampu mengurangkan pertumbuhan virus/ bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. 

Kita membersihkan diri sekurang-kurangnya lima kali sehari dengan berwuduk dan secara tidak langsung membuang segala kekotoran yang mengandungi virus, bakteria, kulat serta bahan kimia yang merbahaya daripada memasuki badan kita.

Dengan berwuduk kita bukan sahaja membersihkan anggota badan seperti tangan dan kaki tetapi wuduk juga dapat mencegah barah kulit.

Contohnya seorang mekanik yang seharian bekerja di bengkel yang menyebabkan anggota badannya sentiasa bergelumang dengan minyak yang boleh meresap ke bawah kulit dan mendatangkan penyakit.

Dengan berwuduk secara sempurna, minyak tersebut akan dibersihkan daripada anggota badan sebanyak lima kali sehari dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kemudaratan kepada mekanik tersebut.

Maka, dengan ini marilah kita sama-sama menyempurnakan wuduk kita.. sucikan diri sebelum menunaikan solat dengan sempurna.

Amalan yang ditanya selepas kita mati adalah amalan solat, jika wuduk tidak sempurna.. maka solat tidak sah.

Wednesday, 22 February 2012

Penggali Kubor yang..........


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam

Kekalkan Tiang Rumahmu


Kisah yang ingin dikongsikan ini adalah kisah antara Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan isteri Nabi Ismail..

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ni tinggal berjauhan.. maka hanya sesekali sahaja nabi Ibrahim berkesempatan untuk bertemu dengan anaknya..

Maka, nabi Ibrahim tidak pernah mengenali siapakah gadis yang menjadi isteri kepada anak yang tercinta. Begitu juga dengan menantunya.. tdak pernah mengenali mertuanya itu.

Pada suatu hari, nabi Ibrahim teringin sangat melawat anaknya setelah beberapa lama tidak berjumpa, apatah lagi anaknya kini telah berkahwin.. dan baginda ingin mengenali siapakah menantu baginda itu.

Berjalanlah baginda menuju ke perkampungan nabi Ismail.. Setelah beberapa lama dalam perjalanan, maka sampailah baginda di perkampungan yang ditujunya. 

Nak dijadikan cerita.. sewaktu baginda sampai di rumah anaknya itu, nabi Ismail tiada di rumah.. yang tinggal hanyalah menantu yang tidak mengenali baginda..

Terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu : Dia tiada di rumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. 
(Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.


Begitulah kisah yang  ingin kongsikan.. Jika anda sudah bergelar isteri.. anda tergolong dalam kategori isteri yang bagaimana? Adakah seperti isteri baginda Nabi Ismail yang no. 1 ataupun yang no. 2.





Tuesday, 21 February 2012

9 sebab hati tidak bahagia


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. . Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"


Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki


Terdapat beberapa jenis wanita yang tidak disukai lelaki kerana dianggap menyusahkan mereka. Siapakah wanita itu?

Jenis tuan puteri

Gayanya seperti tuan puteri. Wanita seperti ini sangat manja, ego, suka disanjung dan dilayani. Mereka mahu hidup senang. Jika menghadapi kesusahan, mereka terus down. Mereka tidak tahan hidup susah. Jika suami jenis lelaki yang suka bekerja keras sebaiknya jangan mengambil wanita jenis seperti ini untuk dijadikan pasangan hidup anda. Boleh hancur rumah tangga.

Jenis Paranoid

Wanita seperti ini sentiasa mencurigai.. Telefon bimbit suami akan selalu diperiksa, dompet suami akan dibongkar, selalu cemburu dan mungkin juga si suami akan disoal siasat seperti polis menyiasat pencuri.

Wanita seperti ini biasanya sangat posesif dan merasakan hanya dia sahaja yang memiliki suaminya. Oleh itu berhati-hatilah kerana jenis wanita seperti ini mudah menimbulkan peperangan. Hasilnya rumah tangga akan menjadi perang salib.

Jenis Pengeluh

Wanita seperti ini sangat lemah. Apabila ada sahaja masalah, dia akan menangis semahu-mahunya. Apalagi jika si suami membentaknya, pasti dia akan menangis seperti anak kecil kehilangan gula-gula. Ditambah pula dia lebih senang jika si suami menyelesaikan semua masalahnya.

Jenis Penyampai Radio

Kegemarannya adalah mengumpat dan memfitnah. Ada-ada sahaja karenahnya yang membuat suami mengeleng-ngelengkan kepala. Hidupnya menjadi sepi dan tidak berwarna jika tidak dapat memburuk-burukkan orang lain. Spesis mami jarumlah ni.. pergi sana cucuk sini, datang sini cucuk sana..

Jenis Gunung Ais

Jenis wanita seperti ini biasanya susah diajak berbicara. Bibirnya jarang tersenyum. Susah untuk mengajaknya bergurau senda apatah lagi menggodanya. Sukarnya andai terpaksa menghadapi isteri jenis ini sepanjang hayat.. Si suami terpaksa menahan sabar.. mungkin tidak lekat duk di rumah.. asyik merayap je ke luar..

Itulah sebahagian daripada ciri-ciri wanita yang tidak disukai lelaki.. 


Monday, 20 February 2012

berWUDHUK dengan SEMPURNA


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda :
"sesiapa yang berWUDHUK dengan SEMPURNA ,kemudian MENDIRIKAN SEMBAHYANG sama ada dua rakaat atau empat rakaat,RUKUK dengan SEMPURNA dan khusyuk pada kedua-duanya,kemudian MEMOHON AMPUN kepada ALLAH,maka dia akan DIAMPUNKAN" (Hadis Riwayat Musnad Ahmad)

*subhanallah,pemurah nya allah...maha megampuni dosa hambanya*

Keistimewaan Ciptaan Allah

Kayu Kokka

Setiap ciptaan Allah swt. mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaan-Nya itu disertakan khasiat yang tersendiri. 

Tiada suatupun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah swt. memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. 

Dengan taufik dan hidayah-Nya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah swt. lalui menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Seperti yang kita maklum, platinum, emas, dan perak merupakan antara bahan logam yang paling berharga. Platinum merupakan logam yang paling mahal dan antara kelebihan yang ada padanya adalah kemampuan menyingkirkan haba. 

Bagi wanita pula, emas sangat tinggi nilainya. Antara logam yang bernilai tinggi dalam pembinaan pula adalah titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras dan ringan. 

Cincin Emas
Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, besi berani atau magnet adalah logam yang paling aneh dan unik. 

Dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati tongkat ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit.

Kayu tas pula pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung seperti yang digunakan oleh pengendali pertunjukan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas.

Manakala kayu kokka pula merupakan kayu yang paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ia telah digunakan sejak zaman nabi-nabi terdahulu seperti nabi Nuh as. yang membuat bahteranya menggunakan kayu kokka, tongkat nabi Musa as. dan nabi Syuaib as. sendiri diperbuat daripada kayu kokka.

Kesemua ciptaan Allah swt. hanyalah menjadi perantaraan semata. Allah swt. jualah yang berkuasa mutlak atas segalanya. Yakin dan berserah hanya kepada Alalh swt. selayaknya. Percayai dan terokailah akan ciptaan-Nya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.