Setiap ciptaan Allah swt. mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaan-Nya itu disertakan khasiat yang tersendiri.
Tiada suatupun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah swt. memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya.
Dengan taufik dan hidayah-Nya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah swt. lalui menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.
Seperti yang kita maklum, platinum, emas, dan perak merupakan antara bahan logam yang paling berharga. Platinum merupakan logam yang paling mahal dan antara kelebihan yang ada padanya adalah kemampuan menyingkirkan haba.
Bagi wanita pula, emas sangat tinggi nilainya. Antara logam yang bernilai tinggi dalam pembinaan pula adalah titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras dan ringan.
Cincin Emas |
Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, besi berani atau magnet adalah logam yang paling aneh dan unik.
Dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati tongkat ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit.
Kayu tas pula pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung seperti yang digunakan oleh pengendali pertunjukan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas.
Manakala kayu kokka pula merupakan kayu yang paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ia telah digunakan sejak zaman nabi-nabi terdahulu seperti nabi Nuh as. yang membuat bahteranya menggunakan kayu kokka, tongkat nabi Musa as. dan nabi Syuaib as. sendiri diperbuat daripada kayu kokka.
Kesemua ciptaan Allah swt. hanyalah menjadi perantaraan semata. Allah swt. jualah yang berkuasa mutlak atas segalanya. Yakin dan berserah hanya kepada Alalh swt. selayaknya. Percayai dan terokailah akan ciptaan-Nya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.
No comments:
Post a Comment