JANGAN SAMBUT HARI IBU
Hari
ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima
oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii
Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul
periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh
dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu
yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua
atau tiga kali setahun.
ASAL USUL HARI IBU
Sejarah
hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang
Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan
sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap
Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari
atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan
berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.
Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary.
Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus
yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh
tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan
bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan
keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan
kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka
digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk
bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake
atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan
dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai
penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa
spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara
mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering
Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka
terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di
Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward
Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The
Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu
patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah"
dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan
Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun
1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk
melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church
di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari
ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam
bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di
Philadelphia.
Anna Jarvis, dan
pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan
peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di
seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun
1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah
Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah
mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada
setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar
negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi
negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium
masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?
Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day
No comments:
Post a Comment