Satu
perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa
berfikiran positif. Husnuzon ertinya bersangka baik dan lawannya Su’uzon
yang ertinya bersangka buruk.
Sifat
bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus
dipraktikkan dalam harian kita. Terutamanya dalam kehidupan kita,
apabila kita memperolehi sesuatu informasi, tidak kiralah sama ada
berita yang buruk mahupun berita yang baik, seharusnya kita selidik
dahulu tentang informasi tersebut.
Janganlah
mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana
boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh
orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah
Al-Hujuraat ,ayat 6 :
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak
diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana sedih mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
“Tegakkan Islam dalam diri kamu..nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”
Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.
"Demi
Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
YaAllah,
tetapkanlah hati ku utk terus bersangka baik dengan persekitaran
sekeliling ku, walaupun ia amat sukar untuk ku mengenal 'husnu-zon'
setelah banyak 'perkara' yang berlaku...aku pasti ujian-Mu itu untuk
'mengajar serta memberi pengajaran kepadaku..
Ya
Allah kekalkan aku sifat kehambaan terhadap-Mu YaAllah.. Ya Allah
ampunilah dosa-dosa mereka yang aku sayangi kerana ku tahu KAU
'penjaga' yang terbaik.....
Ameen Ya Rabb..
No comments:
Post a Comment