~Hukum berpurdah@ berniqab sebenarnya sunat kerana ia adalah pakaian isteri para Nabi.
Kisah Sorang Wanita
Pada mulanya ibu saya tidak mengizinkan saya memakainya kerana ibu risau saya terlibat dengan gerakan al-Arqam.
Namun saya menjelaskan pada ibu bahawa saya tidak terlibat dengan gerakan seumpama itu.
Saya memakainya untuk keselamatan dan keselesaan saya sendiri. Saya perlu akur dengan ibu kerana mentaati ibu adalah wajib sedangkan memakai purdah cuma sunat.
Saya berdoa agar ibu saya faham dan membenarkan saya memakainya suatu hari nanti. Dan Alhamdulillah, Allah telah perkenankan doa saya kerana tidak lama selepas itu ibu mengizinkan saya memakainya.
Pernah saya berjalan di kedai semasa keluar bandar saya dipandang pelik seolah-olah saya nak mencuri pula di kedai mereka, namun saya tidak hiraukan pandangan sedemikian kerana saya tahu niat saya bukan begitu dan saya sentiasa memohon agar Allah melindungi saya walau di mana saya berada.
“Ihfazhillaha yahfazhka”, Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu..InsyaAllah saya akan cuba istiqamah dengan niqab selagi situasi mengizinkan. Mudah-mudahan Allah tetapkan hati saya dalam beramal dan menjauhi segala sifat mazmumah yang boleh menggugurkan pahala amalan.
Kepada muslimah yang ingin berpurdah di luar sana, teruskan niat antunna. Jangan takut atau bimbang kerana Allah akan bantu siapa yang ingin berbuat kebaikan. Wallahua’lam

No comments:
Post a Comment