Monday, 7 November 2011

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG |



Bismillahirahmanirrahim...

Marilah kita sama² menghayati kisah ini... (Bacalah sampai habis..)

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah..
Buat semua,pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin
nanti, kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).
Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani
di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu
rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan
sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi
jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau
merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya
membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira
10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan
merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil
bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah:

* Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka
milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.

* Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama
adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan
5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.
Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya
dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya
untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa
mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong
masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang
juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya
dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara
lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15
ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.
Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut
hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak
rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan
hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang
lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga
dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada
adik-adik dan kakaknya.



Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton
sagayang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan
oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan
satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah
aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah
lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar
rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum
anak-anakadalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak
pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia
mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,
anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai
pengganti ibu)."

------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa
berada di sisi jenazahnya.


p/s: Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di
atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai
umat Islam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
s from her Husband
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Semoga kita mengambil iktibar & pengajaran dari kisah ini...
~~~~~~~~~~~~~~~
She should be Thankful..... She got the Forgivenes

No comments:

Post a Comment