Sunday, 4 March 2012

Ganjaran pahala yang berterusan


Anas r.a berkata, "Ada tujuh pahala yang tetap diterima oleh sesorang itu apabila mati kelak," iaitu:


1. Orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh 0rang ramai untuk beribadah.

2. Orang yang mengalirkan air sungai selagi mana orang tetap menggunakannya .

3. Orang yang menulis musyaf selagi masih ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menfaatkannya.

5. Orang yang menanam buah-buahan selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia ataupun haiwan.

6. Orang yang mengajar ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh dan anak itu sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu-bapanya.

Sia-Sia, Manfaat dan Berbahaya,

Yang sia-sia.......
Ramai manusia yang mensia-siakan waktu dan tenaga mereka dalam membahaskan perkara-perkara teori yang tiada membuahkan amal melainkan menguatkan suara, menimbulkan dengki dan saling benci-membenci. Oleh itu memenuhi masa dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat di duna dan akhirat itu amat banyak dan memerlukan banyak tenaga bahkan lebih dari itu. (Hassan Al Bana)

Yang bermanfaat......
Orang yang paling bermanfaat bagimu adalah orang yang memberi engkau peluang untukmu berbuat baik kepadanya. Orang ini adalah yang paling mudah membantunmu, membawa kebaikan dan menyempurnakan dirimu. Kebaikan yang engkau dapat darinya pada hakikatnya sama banyak dengan kebaikan yang ia dapat darimu ataupun lebih lagi.
Yang berbahaya......
Orang yang paling berbahaya bagimu adalah orang yang mengambil peluang dan bertindak atas dirimu hingga engkau melakukan kederhakaan terhadap Allah swt. Dia akan menjerumuskan engkau ke dalam bahaya dan keburukan tanpa engkau sedari. Oleh itu berhati-hatilah, banyak orang banyak ragam.


Saturday, 3 March 2012

Motivasi Diri

"Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan 

dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa 

yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi 

(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang 

(sungguh-sungguh) beriman." 

[Ali Imran: 139]

"Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang yang beramal antara kamu, sama ada lelaki atau perempuan..."

[Ali Imran: 195]

"Sesungguhnya Allah swt itu apabila menyayangi sesuatu kaum maka Dia 

akan mendatangkan dugaan kepada mereka; dan barangsiapa redha dengan 

ujian itu dia akan mendapat keredhaan-Nya; dan barangsiapa membencinya maka akan memperoleh kebencian-Nya."

"Oleh itu terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah 

dirimu dari orang yang bersyukur." 

[al-A'raf: 144]

"Dan berserahlah engkau kepada Allah, Tuhan yang hidup, yang tidak mati."  

[al-Furqan: 58]


Sesungguhnya kebahagiaan itu adalah keredhaan hati, ketenangan nurani,

 kestabilan jiwa, kesenangan rohani dan kelapangan dada.

Khasiat Lobak Merah (Carrot)


Pasti semua dah tahu tentang khasiat lobak merah ni.. tetapi nak tulis jugak memandangkan ia salah satu pemakanan ilmuwan Islam lampau..

Saya amat berminat untuk mengetengahkan kembali kegemilangan generasi Islam dahulu untuk dikembalikan pada zaman ini.. 

Salah satu cara adalah kembali mengamalkan tatacara hidup dan kaedah pemakanan Islam yang diamalkan oleh generasi Islam zaman Rasulullah saw. kerana amalan kita pada zaman sekarang insya-Allah sekurang2nya mampu merubah generasi anak-anak kita nanti.. Insya-Allah..

Maklumat ini ambil berdasarkan penulisan Imam al-Sya'rani dalam buku Mukhtasar Tazkirah.. 


Lobak merah kaya dengan protein, karbohidrat, kalium, natrium, dan kalsium. Kadar alkalinya lebih tinggi.. Ia mengandungi iodin dalam kadar yang sedikit.

Semua jenis vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap oleh badan.

Lobak merah juga mengandungi bekalan vitamin B, C, D, F, G dan K.

Ini antara khasiat lobak merah :

♥ Amat baik untuk kesihatan gigi
♥ Mengatasi keletihan
♥ Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
♥ Menjaga sistem saraf
♥ Awet muda
♥ Mencerahkan mata
♥ Mencerdaskan akal
♥ Mencegah serangan barah
♥ Membaikkan hati dan membasmi kelupaan

Cara memakan lobak merah :

♥ Boleh makan mentah-mentah
♥ Minum segelas air lobak setiap hari
♥ Jka dimakan berlebihan terutama oleh kanak-kanak, boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakannya..



Friday, 2 March 2012

Petua Menjaga Minda


Orang yang normal dan mempunyai fikiran yang waras pasti ingin menjaga minda/ akal mereka supaya sentiasa sihat dan cerdas untuk memudahkan kita menjalankan tanggungjawab kita seoptimum mungkin..


Ini adalah petua-petua dalam menjaga minda melalui pemakanan :

 Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa. Ini merupakan pendapat Imam Zuhri.
 Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
 Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.
 Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).
 Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.
 Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa. Ini menurut Imam al-Zuhri.
 Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.
 Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.
 Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
 Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.
 Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.
 Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
 Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.
Ini antara petua-petua yang boleh kongsikan di sini.. mungkin kita boleh praktikkan untuk kepentingan generasi kita bersama 
Namun begitu, terdapat di kalangan kita yang dilahirkan tanpa minda yang sempurna.. Kehadiran mereka sebagai suatu ujian untuk kita.. untuk menguji kita sejauh mana kebersediaan kita untuk menerima dan membantu.. 
Serta sebagai wadah untuk muhasabah diri supaya lebih kenal erti syukur kepada-Nya kerana menganurahkan kita akal yang sempurna.

Khasiat Telur


Rupa-rupanya terdapat hadis yang menyatakan kebaikan makan telur iaitu riwayat daripada al-Baihaqi yang bermaksud :

"Sesungguhnya seorang nabi pernah mengadu kepada Allah tentang kelemahan dirinya, lalu Allah memerintahkan agar baginda memakan telur."[Riwayat al-Baihaqi]

Pakar perubatan sepakat mengakui bahawa telur merupakan makanan yang lengkap dan tinggi kandungan protein, lemak, vitamin, dan zat galian serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh badan.

Ia amat sesuai dimakan bagi menambahkan kekuatan badan dan menjaga kesihatan kerana mengandungi kalsium karbonat, magnesium, zat besi, sulfur dan fosforus.

Allah swt. menjadikan komposisi telur amat unik sekali walaupun berada di dalam bekas kulit telur yang bulat sejak di dalam rahim, ia mempunyai dua bahagian yang terpisah iaitu putih telur dan kuning telur di samping mempunyai fungsi yang berbeza pula.

Putih telur kurang diperlukan dalam perubatan dan kesihatan, tetapi kuning telur lebih diperlukan oleh tubuh. Ia amat bermanfaat bagi mengatasi masalah hati, otak, saraf, jantung dan dalam perhubungan suami isteri.

Menurut Profesor Aman dalam Medical Secret of Your Food, kuning telur berkesan mengatasi masalah penyakit otak dan saraf.

Penyakit Otak dan Saraf yang Boleh Diatasi

♥ Lemah daya ingatan
♥ Lemah daya tumpuan
♥ Tumpul minda
♥ Sering tertidur (mengantuk) semasa membaca atau melakukan pekerjaan yang membosankan.
♥ Badan dan urat saraf letih kerana memerah fikiran.
♥ Sering menguap
♥ Tidak minat bekerja
♥ Benci kepada kontradiksi (pertentangan)
♥ Tidak dapat mengawal amarah
♥ Lembab atau pasif
♥ Kanak-kanak degil

Cara Makan Kuning Telur

1. Campurkan kuning telur separuh masak dengan madu lebah

2. Tumbuk tujuh biji buah badam

3. Campurkan 1 dan 2

4. Makan setiap malam sebelum tidur

Ada seorang kawan... kawan  ni ahli bina badan.. tiap2 hari dia akan mengambil sekurang-kurangnya lapan biji telur untuk membina otot-otot badannya.

Tetapi bagi orang biasa, pengambilan telur secara berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit. Setiap apepun makanan yang kita ambil perlulah berdasarkan tahap keperluan badan kita.. sederhana itu lebih baik.


Thursday, 1 March 2012

Khasiat Wangian Kasturi


Dalam Islam sendiri menyarankan agar kita sentiasa berwangi-wangian.. Kerana bauan yang indah dapat menguatkan roh.. kekuatan roh menjadi punca kekuatan mental dan anggota badan.. Insya-Allah..

Sabda Rasulullah saw. :

Sebaik-baik wangian adalah wangian daripada minyak kasturi.. [Riwayat Ahmad]

Siapa yang tahu kasturi ni berasal daripada mana?

kasturi ni berasal daripada kalenjar sejenis rusa yang hidup di kawasan terpencil. Siapa pernah tahu kan, daripada haiwan mampu menghasilkan sesuatu yang wangi.. 

Kelenjar Kijang

Selama ni ingat ape sahaja yang berpunca daripada haiwan lama-kelamaan akan membusuk.

Hebatnya Allah menjadikan sesuatu itu.. kalau difikir secara logik memang tidak mampu.. tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

Wangian kasturi ini baik untuk dibau kerana boleh menguat dan menyedapkan hati dan akal. Ia bersifat panas. Ia adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman di muka bumi ini.

Mencium kasturi menenangkan roh. Janganlah kita menzalimi diri sendiri dengan mambau bauan yang busuk.. contohnya rokok.. Ramai sungguh yang ketagih dengannya padahal ia amat merosakkan.

Ada jugak orang yang suka menghidu najis lembu.. kalau difikirkan logik kite x mampu menerima bauan seperti itu, tetapi bagi mereka yang kurang 'waras' menjadikan ia suatu ketenangan kepada mereka. Kerana bauan yang busuk akan merosakkan akal, maka disebabkan akal yang rosak menjadikan bauan yang busuk begitu hebat kepada mereka..


Ini antara khasiat kasturi yang ingin untuk dikongsikan bersama :
 Menguatkan, menenangkan dan meriangkan jiwa. Bagi yang sedang stress macam lady sesuai tuk menghidunye. :D
♥  Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak. Bagi yang masih pelajar amat sesuai mengamalkannya.
♥ Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan. Sesiapa yang lemah semangat boleh memulihkan kekuatannya dengan cara mencium kasturi atau bau-bauan harum.
♥ Menghilangkan debaran jantung. Kalau lady time nak temuduga memang jantung berdegup kencang, seolah-olah nak terkeluar.. mungkin sesuai tuk lady ketika nak ditemuduga.♥ 
♥ Menghilangkan sesak nafas, melegakan lelah, dan mampu menyedarkan orang pengsan.
♥ Memperkuatkan organ dalaman.
♥ Menghilangkan gementar badan. Bagi sesiapa yang tubuhnya sering gementar atau anggota badannya terketar-ketar, meminum dan mencium kasturi akan membantu memulihkan keadaan.
♥ Menghilangkan sejuk. Kasturi bersifat panas, meminumnya mampu memanaskan badan terutamanya pada musim sejuk.
♥ Membuang angin berlebihan di dalam tubuh iaitu dengan cara meminumnya.
♥ Menawarkan racun dan bisa binatang.
♥ Menjernihkan mata putih dengan menitiskan kasturi ke dalam mata. Ia dapat menjernihkan warna putih mata serta dapat mengeringkan cairan-cairan lembabnya.
♥ Melanjutkan usia. Mencium dan meminum kasturi boleh menyegarkan badan dan dapat mempertahankan kemudaannya, insya-Allah.

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian. 
Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama. Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.
Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.





Seksanya Mulut Berbau


Susah kalau mulut berbau.. seksa bagi yang perlu sentiasa berhubung dengan orang ramai.. Kene sentiasa pastikan nafas sentiasa wangi :P.. Baru konfiden..

Kadang-kadang bau mulut tu boleh melekat pada telefon.. eiii.. x lulus.. kalau lelaki tu memang rejek tuk buat suami..

Kalau di office tu.. lady terpaksa sembur pewangi.. bukan ape.. sebab kadang-kadang lady angkat tepun ade bau rokok yang agak lama tu.. orang Terengganu panggil "kouh".. Maksudnye bukan sebab bau mulut dah.. sebab bau dari pernafasan.. dari paru-paru.. sebab baunyer terlalu kuat..

Nafas berbau ni ada dua jenis.. satu daripada rongga mulut.. dan satu lagi berpunca daripada masalah dalam sistem penghadaman kita..

Kalau dari mulut, memang secara fitrahnye mulut kita ni akan menghasilkan bau akibat daripada tindak balas antara makanan, bakteria, dan bendalir mulut.. sebab itu Rasulullah suh kita sentiasa bersugi.. 

Diceritakan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

"Jikalau tidak memberati umatku, nescaya aku suruh mereka bersiwak setiap kali mahu mengerjakan solat." [HR. Bukhari]

Dengan bersugi, kita akan terhindar daripada penyakit halitosis iaitu bau mulut. Menurut perubatan, penyebab halitosis 80% adalah disebabkan dari rongga mulut dan 20% disebabkan oleh masalah sistem penghadaman.


Di bawah di senaraikan penyebab bau mulut :

1. Makan makanan yang berbau seperti jering, petai, bawang putih, durian dan makanan lain yang meninggalkan bau. Seeloknya selepas makan gosok gigi.
2. Tambunan plak pada gigi, gusi, lidah, dan gigi palsu. Ini bagi yang malas nak gosok gigi, gosok gusi, gosok lidah.. 
3. Adanya nanah dan jangkitan pada gusi dan gigi.

4. Sisa-sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi yang berlubang.

5. Kelainan organik akibat penyakit kronik seperti gangguan hati yang teruk, gangguan fungsi buah pinggang dan kencing manis yang tidak terkawal.

6. Masalah pernafasan kronik.

7. Gaya hidup seperti kebiasaan dan diet, minuman beralkohol, rokok, dan makan secara tidak teratur serta minum kopi dan teh.

Untuk mengelakkan permasalahan tersebut, di sarankan agar kite semua ni.. pergilah check gigi kita sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Dan jagalah kesihatan aset kita tu sebaik-baiknya.. janganlah sampai orang kata muka macho/cantik.. tapi................................

Kalau kita jaga baik-baik mulut kita.. xperlulah nak sembur minyak wangi berbotol-botol kat dalam mulut tu.. Kesihatan plak insya-Allah baik.. sebab mulut yang bermasalah juga penyebab kita mendapat penyakit, bukan sekadar penyakit yang kita sentiasa dengar.. terdapat juga penyakit kelamin disebabkan oleh mulut. Maka, hati-hati.
.