Dalam Islam sendiri menyarankan agar kita sentiasa berwangi-wangian.. Kerana bauan yang indah dapat menguatkan roh.. kekuatan roh menjadi punca kekuatan mental dan anggota badan.. Insya-Allah..
Sabda Rasulullah saw. :
Sebaik-baik wangian adalah wangian daripada minyak kasturi.. [Riwayat Ahmad]
Siapa yang tahu kasturi ni berasal daripada mana?
kasturi ni berasal daripada kalenjar sejenis rusa yang hidup di kawasan terpencil. Siapa pernah tahu kan, daripada haiwan mampu menghasilkan sesuatu yang wangi..
Kelenjar Kijang
Selama ni ingat ape sahaja yang berpunca daripada haiwan lama-kelamaan akan membusuk.
Hebatnya Allah menjadikan sesuatu itu.. kalau difikir secara logik memang tidak mampu.. tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.
Wangian kasturi ini baik untuk dibau kerana boleh menguat dan menyedapkan hati dan akal. Ia bersifat panas. Ia adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman di muka bumi ini.
Mencium kasturi menenangkan roh. Janganlah kita menzalimi diri sendiri dengan mambau bauan yang busuk.. contohnya rokok.. Ramai sungguh yang ketagih dengannya padahal ia amat merosakkan.
Ada jugak orang yang suka menghidu najis lembu.. kalau difikirkan logik kite x mampu menerima bauan seperti itu, tetapi bagi mereka yang kurang 'waras' menjadikan ia suatu ketenangan kepada mereka. Kerana bauan yang busuk akan merosakkan akal, maka disebabkan akal yang rosak menjadikan bauan yang busuk begitu hebat kepada mereka..
Ini antara khasiat kasturi yang ingin untuk dikongsikan bersama :
♥ Menguatkan, menenangkan dan meriangkan jiwa. Bagi yang sedang stress macam lady sesuai tuk menghidunye. :D
♥ Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak. Bagi yang masih pelajar amat sesuai mengamalkannya.
♥ Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan. Sesiapa yang lemah semangat boleh memulihkan kekuatannya dengan cara mencium kasturi atau bau-bauan harum.
♥ Menghilangkan debaran jantung. Kalau lady time nak temuduga memang jantung berdegup kencang, seolah-olah nak terkeluar.. mungkin sesuai tuk lady ketika nak ditemuduga.♥
♥ Menghilangkan sesak nafas, melegakan lelah, dan mampu menyedarkan orang pengsan.
♥ Memperkuatkan organ dalaman.
♥ Menghilangkan gementar badan. Bagi sesiapa yang tubuhnya sering gementar atau anggota badannya terketar-ketar, meminum dan mencium kasturi akan membantu memulihkan keadaan.
♥ Menghilangkan sejuk. Kasturi bersifat panas, meminumnya mampu memanaskan badan terutamanya pada musim sejuk.
♥ Membuang angin berlebihan di dalam tubuh iaitu dengan cara meminumnya.
♥ Menawarkan racun dan bisa binatang.
♥ Menjernihkan mata putih dengan menitiskan kasturi ke dalam mata. Ia dapat menjernihkan warna putih mata serta dapat mengeringkan cairan-cairan lembabnya.
♥ Melanjutkan usia. Mencium dan meminum kasturi boleh menyegarkan badan dan dapat mempertahankan kemudaannya, insya-Allah.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian.
Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama. Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.
Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
No comments:
Post a Comment