Orang yang normal dan mempunyai fikiran yang waras pasti ingin menjaga minda/ akal mereka supaya sentiasa sihat dan cerdas untuk memudahkan kita menjalankan tanggungjawab kita seoptimum mungkin..
Ini adalah petua-petua dalam menjaga minda melalui pemakanan :
♥ Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa. Ini merupakan pendapat Imam Zuhri.
♥ Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
♥ Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.
♥ Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).
♥ Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.
♥ Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa. Ini menurut Imam al-Zuhri.
♥ Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.
♥ Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.
♥ Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
♥ Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.
♥ Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.
♥ Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
♥ Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.
Ini antara petua-petua yang boleh kongsikan di sini.. mungkin kita boleh praktikkan untuk kepentingan generasi kita bersama ♥
Namun begitu, terdapat di kalangan kita yang dilahirkan tanpa minda yang sempurna.. Kehadiran mereka sebagai suatu ujian untuk kita.. untuk menguji kita sejauh mana kebersediaan kita untuk menerima dan membantu..
Serta sebagai wadah untuk muhasabah diri supaya lebih kenal erti syukur kepada-Nya kerana menganurahkan kita akal yang sempurna.
No comments:
Post a Comment