Wednesday 26 October 2011

Betul dan Rapatkan



Betul dan Rapatkan Saf

Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w, sabdanya

” Betulkanlah saf-saf (barisan) kamu semasa sembahyang berjemaah, kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu (adalah ia) dari amalan mengerjakan sembahyang dengan sempurna (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Aisyah, dari Rasulullah s.a.w , sabdanya “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang merapatkan barisan-barisannya dalam solat ,” (HR Ahmad, Ibnu Majah disahkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim) Ibnu Majah menambahkan : Barangsiapa yang menutup celah dalam solat berjemaah, maka Allah akan mengangkat orang itu satu darjat .
 
Betulkan saf sebelum qamat

Nabi s.a.w. membetulkan saf sebelum Qamat. Rapatkan saf dengan
merapatkan bahu dan samakan tumit kaki iaitu belakang kaki.
Dari Anas r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku. Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya dan tumit dengan tumit.
“Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)
 
Rapat Saf, rapat perpaduan
 
Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah).
Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)
Allah terima sembahyang yang sempurna safnya.
Berikan penghormatan kepada Allah, secara zahirnya dengan meluruskan dan merapatkan saf sepertimana askar memberi penghormatan kepada ketuanya yang memeriksa perbarisan

Syaitan tidak masuk saf yang rapat
 
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97)
Saf yang rapat tidak dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Begitu juga rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak masuk), atau makanan yang ditutup dan dibaca Bismillah.

No comments:

Post a Comment