Monday 17 October 2011

PENGERTIAN KOTA SUCI


APA ITU KOTA SUCI??

Maksud dan batas2nya meliputi batas-batasnya??

Kota Suci atau Tanah Suci dalam bahasan arab Disebut 'ARDHUL MUQADDAS".
Tapi mereka lebih selesa sebut Al-Haram.......Yang bermakna Tanah Haram atau Kota Haram.


PERKARA-PERKARA HARAM DI TANAH HARAM.


Sebut Tanah Haram, Ingat Makkah dan Madinah, Kedua-dua kota di sebut kota haram atau tanah haram kerana ada perkara-perkara yang halal dilakukan ditempat lain tetapi haram dilakaukan Di kedua-dua kota ini.


Diantaranya Ialah.

  • Memburu binatang-binatang Makkah dan Madinah kecuali binatang berbahaya....HUKUM HARAM berlaku keatas orang yang sedang ihram atau tidak
  • Memotong Pokok-pokok atau tumbuhan di dalam Tanah Haram yakni yang tumbuh sendirinya...."p/s jgn ada jumpe bunga cantik, gatai tangan pulak"
  • Dilarang bawak keluar batu atau tanah..Menurut kebanyakan Ulamak Syafie hukumnya makruh sedangkan menurut Imam Nawawi seorang imam besar dalam mazhab  syafie HARAM.
  • Kafir, No entry yea meskipun untuk mukim atau sekadar lalu....Jika ada yang membawa kafir masuk, kena tangung dosa...
  • HAram hukumnya menguburkan mayat orang musyrik atau kafir di dalam Makkah dan Madinah.
Bagi Makkah, terdapat sedikit perbezaan dari Madinah. Antaranya ialah...
  • Masuk dalam keadaan Ihram, Hukumnya Mustahab ikut imam Syafie dan ulamak lain pulak kata Wajid.
  • Haram Buang air menghadap Kiblat.
  • Tidak ada Dam bagi penduduk tempatan untuk kerjakan HAJI TAMATTU dan HAJI QIRAN.
MASA PENGHARAMAN

Sebelum datang Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, Makkah Sudah Menjadi Tanah Haram. Semua penduduk dan musafir mematuhi pantang larang sejak zaman berzaman di Makkah.
Bahkah, Orang Jahiliyah pun ikut larangan ini di Kota Suci Makkah. p/s Sebab respect punya pasal, dorang takkan bunuh atau seksa orang didalam Kota Makkah.....Sebab itu kita biasa dengar Para sahabat kena seksa di luar sempadan....
Makkah Diciptakan sebaigai kawasan Tanah Haram oleh Allah sejak ciptanya langit dan bumi.
Sabda Rasulullah SAW
"sesunggunya negeri ini (makkah) telah diharamkan oleh Allah pada hari ciptanya langit dan bumi..Maka negeri ini menjadi Tanah Haram Dengan kerhormatan dari Allah sehingga kiamat."

Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
"ia (makkah) adalah negeri haram atas pengharaman Allah sehingga kehari kiamat. Tidak boleh memotong Poko-pokoknta, mengusik haiwan buruanya, mengutip barang ciciran (luqatah) kecuali bagi orang bersedia menghebahkanya dan tidak bole mencabut rumputnya" p/s handphone mak saya pernah hilang masa di mekkah but dapat balik di malaysia kerana salah sorang pertugas Tabung Haji simpanya dan menghebohkan ketika dalam pesawat pulang kemalaysia"

So, base dua hadis diatas, kita bole buat kesimpulan yang Makkah Tanah Haram atau suci sejak hazali terciptanya langit dan bumi olleh Allah dan....

Sedang Madinah pulak diisytiharkan sebagai Tanah Haram pada awal tahun ke tujuh (7) hijrah. Ini berdasakan Teori Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar. Beliau Berdasarkan pendapatnya kepada Hadis yang diriwayatkan oleh oleh Imam Bukhari ketika Perang Khaibar, Rasulullah menyuruh Abu Talhah agar mencari seorang lelaki untuk berkhidmat baginda ketika perperangan tersebut. Pada Hadis ini dikatakan bahawa apabila Rasulullah melihat Kota Madinah, 
baginda bersabda yang maksudnya "Ya Allah!, Sesunggunya aku telah mengharamkan kawasan antara kedua-dua sempadanya sebaigamana Ibrahim telah mengharamkan Makkah"

Teori Ghali Muhammad Amin asy-Syinqiti mengatakan Pengharaman Madinah telah berlaku sejak zaman azalina. Hanya Allah baru isytiharkanya memalului lisan Nabinya Muhammah SAW sebagai mana pengharam Makkah melalui Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Sejak Madinah diisytiharkan sebagai Kota Haram, Mereka penduduk tetap dan yang ziarah pun Ikut Pantang larangnya. 

Sudah menjadi kebiasan ketikan perperangan antara suku , lalu satu pihak takut akan berundur dan dikejar oleh pihak yang gagah, lalu pihak yang lemah akan berundur ke dalam Kota Makkah dan pihak yang gagah akan berhenti kejar dan tidak berperang apabila musuh berada dalam Kota Makkah. Demikianlah antara keistimewaan Kota Haram yang berguna sebagai KAWASAN SELAMAT dan tamadun moden kini jugak kawasan selamat ketikan perperangan atau wilayah bergolak.

SEMPADAN KAWASAN TANAH HARAM

Batas-Batasnya bermula Haram Di kedua-dua Kota Suci ada disebutkan dalam belbagai hadis.
Walau bagaimanapun, untuk memudahkan orang ramai, dari masa ke semasa telah DITANDA disekeliling kedua-dua kota ini yang BERMULANYA KAWAN TANAH HARAM, "MULAI BATAS INI, ORANG BUKAN MUSLIM DILARANG MASUK (FORBIDAN FOR NON MUSLIM)"..

Sempadan Kota Makkah bermulanya..


  • Utara Bermula dari Tan'im yang jauhnya 6.143km dari Masjidil Haram, dan Ji;ramah yang jauhnya 12km dari Masjidil Haram.
  • Selatan dari Udhah yang jauhnya 12.009km dari Masjidil Haram.
  • Timur bermula dari Arafah yang jauhnya 18.332km dari Masjidil Haram.
  • Timur laut bermulanya dari Wadi Nakhlah yang jauhnya 13.353km dari Masjidil Haram.
  • Barat bermula dari Asy-Syumaisyi (Hudaibiyah) yang jauhnya 15km dari Masjidil Haram.

No comments:

Post a Comment