Thursday 20 October 2011

Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya


 Masjidil Al Aqsa dan bezanya tentang Masjid Al Sakhrah. Di sini ada gambar yang simple untuk membezakan lokasi Masjid Al Aqsa dengan the Dome of Rock.

Yahudi zionis merancang untuk menyebarkan propaganda dengan mengatakan Masjid Al Sakhrah adalah Masjidil Aqsa. Dalam masa yang sama,mereka merancang untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa secara senyap,untuk mengembalikan tapak Kuil Haikal Sulaiman.

Apabila ini berlaku,generasi Muslim baru yang tidak peka dengan perkara ini,mungkin tidak mengenali salah satu Masjid terawal dibina di dalam sejarah Islam,Masjidil Aqsa. Lebih teruk lagi,jika ini berlaku,Islam tidak akan mengenali Al Aqsa.

Tambahan lagi,yahudi zionis merancang untuk membina agama songsang mereka di atas tapak Al Aqsa. Muslim yang tidak tahu,akan ditipu dan mengatakan Al Sakhrah adalah Al Aqsa,sedangkan Masjidil Aqsa hancur ditutupi agenda yahudi zionis untuk membina Haikal Sulaiman.

Tolong jangan percaya propaganda golongan zionis ini.

Kita tidak mahu perkara ini berlaku.

No comments:

Post a Comment