Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di
tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku
yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Ini dialog merekaIsteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang
cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang
memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan
bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh
beri bukt! i! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.
Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya ??
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai
Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan
mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap
tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si
isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika
diSebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku
mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu….
sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
tapi, aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu
ada sebab yg zahir. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak
boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati…
cukuplah sayang sebagai isteri abang dan kita sebagai hamba Allah sebagai sebabnya…”
hmmm..jika begitu kisahnye untuk manusia,bagaimana dengan perasaan ‘
cinta’ kita kepada yg Maha Esa? apekah kita cintakan Allah hanya kerana
Dia telah memberikan kita tangan? atau sekadar die telah berikan kita
anggota tubuh yg sempurna? tidak dinafikan,kita perlu mengangkat ke
syukuran kepada Allah atas kurniaanNya itu, tapi bukanlah itu sebab
utamanya…maka bagaimana sekiranya semua nikmat itu ditarek oleh
Allah? adakah terhenti perasaan cinta kita kepada Allah pada saat itu?
atau bagaimana dengan mereka2 yg tidak dikurniakan semua itu? cinta yg sejati lahir dari hati…bukanlah dari akal yg sentiasa lari…
No comments:
Post a Comment