Sunday, 23 October 2011

MENGENALI LELAKI SINGLE ^__^



Workaholic- Bagi lelaki yang menjadikan pekerjaan adalah keutamaan di 


dalam kehidupan, mereka pasti akan menganggap hubungan adalah 


halangan kerana perlu memperuntukkan masa atau tenaga terhadap 


pasangan. Berkemungkinan juga mereka telah menetapkan bahawa tujuan 


bekerja adalah untuk mereka sendiri. Selain daripada itu, ada sesetengah 


lelaki juga telah menetapkan beberapa matlamat yang hendak dicapai 


didalam kehidupan mereka. Soal hubungan, mereka akan ketepikan untuk 


sementara kerana ingin memberi seratus peratus fokus mengejar matlamat 


yang diimpikan. Ini yang membuatkan mereka untuk memilih kehidupan 


bersendirian buat sementara waktu.



Kaki party- Pada kebiasaannya, lelaki yang suka untuk berfoya-foya lebih 


gemar untuk single berbanding mempunyai hubungan. Ini adalah untuk 


mengelakkan mereka daripada terikat dengan mana-mana wanita. 


Berkemungkinan juga mereka telah menetapkan satu peringkat umur untuk 


mereka menjalinkan hubungan yang betul-betul serius. Sebelum sampai ke 


peringkat umur yang telah ditetapkan, mereka lebih gembira untuk 


menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebelum memberi komitmen 


terhadap perhubungan.Lelaki yang pemalu- Seorang lelaki yang pemalu 


juga akan sukar untuk mendapat pasangan. Ini adalah kerana untuk 


mengenali seseorang wanita perlu dimulakan dengan perbualan. Sekiranya 


seseorang lelaki takut untuk berbual dengan wanita, agak mustahil untuk 


mereka mengenali wanita itu dengan lebih rapat. Lelaki seharusnya lebih 


yakin untuk berbual dengan wanita. Jika sikap malu ini terus membelenggu 


diri, pasti lelaki ini akan terus single. Anda perlu bijak untuk mengeluarkan 


diri daripada sifat malu ini. Sifat malu juga adalah penting untuk menilai 


adab atau tingkahlaku seseorang, tetapi ia haruslah bertempat dan sesuai 


dengan keadaan.Terlalu memilih- Adakah keutamaan sesuatu hubungan itu 


untuk mencari kesempurnaan atau saling melengkapi kelemahan masing-


masing? Ia terpulang terhadap individu untuk membuat pilihan. Tetapi 


perlu diingatkan, untuk mencari sesuatu kesempurnaan itu adalah agak 


mustahil. Lelaki yang telah menetapkan terlalu banyak kriteria-kriteria 


yang perlu dipenuhi oleh seseorang wanita sebelum menjadi pasangan 


mereka agak sukar untuk mendapat pasangan. Ini adalah kerana mereka 


sendiri telah meletakkan terlalu banyak halangan untuk seseorang menjadi 


pasangan mereka.Selesa dengan kehidupan sendirian- Ada juga sesetengah 


lelaki yang sengaja tidak mahu untuk mencari pasangan. Ini adalah kerana 


mereka berasa selesa terhadap kehidupan yang mereka lalui sekarang. 


Mungkin juga mereka hendak menikmati kehidupan secara bersendirian 


dahulu sebelum mereka berkongsi hidup bersama pasangan. Pada 


kebiasaannya lelaki seperti ini bijak untuk memilih pasangan yang mereka 


rasakan sesuai untuk mereka kerana mereka tidak gelojoh dalam memilih 


pasangan.

No comments:

Post a Comment