Wednesday, 19 October 2011

Sepucuk Surat buat Solehah ( Mesti Baca! ) - Jannati Baiti-


Setiap kali aku berjalan dihadapan rumahnya, aku tidak pernah bertegur dengannya. Bila aku melihat dia sedang mengemas laman, cepat2 aku tundukkan pandanganku lalu aku bersuara "..maaf, tumpang lalu.." Aku perasan dia hanya memandangku. Tapi apa daya, aku berasa malu. Waktu itu pulak, hanya itulah satu2nya jalan untuk laluan aku menuntut ilmu. Terasa dalam hati nak je aku berlari sekuat hati, tapi aku takut dia rasa pelik..lalu aku buat mcm xde apa2 yg berlaku..


Tibalah suatu hari, aku bertekad untuk berdepan dengannya. Dia yg memakai niqab berjubah hitam setiap kali bila aku lalu di depan rumahnya membuatkan aku tertarik dengan keindahan ahlaknya. Namanya Solehah. Seindah budi pekertinya. Dia seorg yg rajin walaupun dia hidup dalam keadaan kemiskinan. Dia merupakan anak yatim yang tinggal bersama dengan neneknya. Ibunya meninggal dunia setelah mendapati kematian bapanya akibat kemalangan jalanraya. Dari kecil lagi, Solehah dididik oleh neneknya. Itu je yg aku tahu pasal dia.Aku: "Assalammualaikum, Solehah ke?" aku sengaja bertanya namanya.Solehah : "Wa'alaikumsalam..Ya. Nama saya Solehah."Aku: "Maaf..ini surat untuk kamu.." aku cepat2 menghulurkan surat kepadanya.Solehah: "Surat untuk saya?"Aku: "Er..hari ini hari terakhir saya tinggal disini. Saya akan berpindah" aku hanya menundukkan pandanganku.Solehah: "Oh..awak yang selalu lalu dekat sini ya?"Aku: "er..Ya. Maaf klu saya mengotorkan laman awk" berdebar2 hati aku.Solehah: "Xpe2..saya x kesah. Kenapa x guna jalan sebelah sana? Kan dah siap?"Aku: "Hari ni saya lalu kat sini sbb nak hantar surat ni pada awk."Solehah: "Awk x faham kmsud saya ye?"Aku: "Ha? ape maksud awk?" aduh..apa ye dia maksudkan.Solehah: "Nanti awk akan faham."Aku: "er..saya x boleh lama. Saya minta diri dulu. Assalammualaikum!" aku pun terus blah dari rumah dia. Terketar2 jugak mcm nak demam rasanya. Tapi, hajat aku nak sampaikn surat pada dia tercapai. harap dia faham. Solehah, mungkin sekarang ni kau tengah buka surat aku. Dalam surat itu aku tidak tulis apa2. Mungkin kau tertanya2 kenapa surat itu kosong. Aku harap kau x berasa pelik. Sebab aku juga ada maksudkan sesuatu pada surat yg kosong itu. wahai Solehah, seharian aku hanya memegang pen dan sepucuk surat itu. Namun, sepatah ayat pun aku tidak mampu menulis. Aku terbayangkan kau Solehah, kalau surat aku tulis sesuatu. Aku bimbang. Akan meninggalkn kesan kedalam hatimu dan dalam hidupmu. Biarlah sekadar kosong surat itu, tanda suci bahawa aku tidak mahu menyentuh hatimu sekalipun dengan kata2.Kalau engkau halal buatku sekalipun, yang hanya mampu aku coretkan surat buatmu hanya sekadar peringatan buat kita berdua. "..wahai insan yang menyayangi diriku, sungguh aku tidak mampu menyayangi dirimu sebagaimana engkau mengasihiku, dan sayangnya aku tidak boleh hidup lama bersamamu, kelak jasadku akan punah..Wahai insan yang dikasihi Allah, sungguh Allah menyayangi dirimu melebihi dari apa yang kau tahu, kerana Allah itu Maha Menyayangi & Maha Mengasihi hamba2nya. Kasih sayang Allah itu kekal dan tidak pernah akan ada pengakhiran..Sanggupkah kau untuk mengasihi ku lebih dari Allah & Rasul? Aku Mencintaimu kerana Allah..dan Cintailah Allah pasti Allah membalas kasih sygmu.....sampai sekarang aku masih lg belum memahami maksudnya Solehah.."..Kenapa x guna jalan sebelah sana? Kan dah siap?"

No comments:

Post a Comment