Thursday, 27 October 2011

Kegemilangan Sejarah Gadaffi


Al Fatiha
Muammar Gaddafi adalah seorang pemimpin yang sangat hebat pada masa ini. Kehebatannya tidak dapat ditandingi oleh Yasser Arafat, Fidel Castro mahupun Hosni Mubarak yang.

Jika anda pernah membaca sejarah Muammar Gaddafi, Gaddafi adalah seorang manusia yang telah menyelamatkan Arab dari dijajah oleh Amerika Syarikat. Seorang penggerak revolusi diseluruh Arab.

Gaddafi juga adalah salah seorang manusia yang begitu berani menentang Amerika Syarikat dengan sendirinya walaupun tidak mendapat sokongan negara kuasa-kuasa besar. Antara tindakannya yang paling lantang adalah mempertikaikan kuasa VETO oleh Amerika,Perancis, Rusia, Great Britain dan China.

Mengapakah Gaddafi begitu lantang bersuara tanpa rasa takut akan kehilangan kuasanya?

Jika dilihat pada sejarah Libya dan Gaddafi, kita dapat lihat bahawa Amerika Syarikat sebuah negara kuasa besar pernah menyerang Libya pada tahun 1986 hinggakan anak Gadaffi terbunuh tetapi Gaddafi masih kekal teguh berdiri di Libya.

Jika negara-negara lain diserang oleh Amerika Syarikat, pastinya hancur berkecailah negaranya dengan pemimpinnya lari ke luar negara. Penulis ambil contoh Iraq yang telah dibom Saddam Hussein hinggakan ribuan rakyat Iraq terbunuh.

Akhirnya Saddam Hussein ditangkap oleh Amerika Syarikat untuk dihukum gantung. Mereka menuduh Saddam mempunyai senjata pemusnah besar-besaran dan menggunakan senjata kimia untuk membunuh Puak Kurdis yang menentang Saddam.

Jika difikirkan balik, siapakah yang menghantar senjata pemusnah ini kepada Iraq?

Jawapannya Amerika Syarikat sendiri, pada perang Iraq dan Iran, Mustahil Russia yang menjual senjata pemusnah kepada Iraq kerana Russia adalah sekutu kuat Iran ketika itu jadi tiada lain tiada bukan Amerika Syarikatlah yang menjual senjata ini kepada Iraq.

Berbalik kepada Libya, Libya adalah sebuah negara yang kaya dengan minyak dan menganggotai OPEC dan boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang kaya tetapi disebabkan tiada sokongan negara-negara kuasa besar mereka tidak maju.

Kebanyakkan sekutu-sekutu rapat Muammar Gaddafi adalah negara-negara yang pernah mendapat bantuan darinya. Kerana Gaddafi adalah seorang yang dikagumi negara luar kerana banyak membantu negara luar seperti Zimbabwe.

Menyentuh tentang bab pemimpin kanan ataupun orang kuat Gaddafi berpaling tadah adalah perkara biasa didalam politik. Bila keadaan huru hara dan mereka memikirkan bahawa Gaddafi tidak mungkin akan memerintah lagi dengan secepat mungkin mereka meletak jawatan.

Tindakan ini pertama adalah kerana mereka ingin menyelamatkan diri mereka daripada terus menjadi salah seorang yang bakal terkena tempias kemarahan rakyat terhadap Gaddafi. Tindakan ini bakal membuatkan menteri Gaddafi yang berpaling tadah ini bakal dipandang tinggi.

Seterusnya adalah kemungkinan menteri Gaddafi ini ingin menjadi wira sepanjang masa ataupun dipanggil Hero All The Time. Mereka ini adalah golongan manusia yang gila kuasa dan tidak patut diterima sebagai pemimpin.

Mengambil contoh adalah salah seorang pemimpin kanan Gaddafi yang telah dilantik sebagai pemerintah sementara untuk sebuah wilayah yang dikuasai oleh puak pemberontak. Ini menunjukkan bahawa mereka berubah arah mengikut masa yang sesuai.

Menteri Gaddafi ini tidak mempunyai sebuah perjuangan tetap untuk membela rakyat Libya. Bagi penulis pemimpin seperti ini tidak boleh diharap langsung. Mereka mengambil kesempatan yang ada untuk menjadi seorang yang dihormati.

Kebanyakkan orang-orang kepercayaan Gaddafi yang telah meletak jawatan mungkin disebabkan ketidakpuasan hati mereka terhadap Gaddafi yang memerintah Libya semenjak sekian lama tanpa ada sedikit perubahan.

Tetapi dimata rakyatnya sendiri memang Gaddafi bukanlah seorang insan bermakna tetapi dimata pemimpin-pemimpin luar negara Gaddafi boleh dikategorikan sebagai seorang penyelamat Arab dari terus dijajah Amerika Syarikat untuk mengambil hasil bumi Arab yang kaya dengan minyak.

Bahkan rakan-rakan sejawatannya dari negara telah menghantar bantuan kepada Libya sebagai sokongan moral kepada Gaddafi dan kerajaannya terus berkuasa di Libya. Ini menunjukkan bahawa mereka masih mengangkat Gaddafi sebagai seorang pemimpin yang tersohor.

Orang-orang Gaddafi yang telah meletak jawatan tadi seperti biasa adalah kerana masa mereka sudah tiada. Hanya untuk menjadi hero sahaja jika kembali ke negara asal dan mengatakan mereka adalah salah seorang penggerak meruntuhkan rejim Gaddafi.

Antara manusia-manusia yang menunjukkan protes kepada Gaddafi adalah duta Libya ke Liga Arab, duta Libya ke PBB, duta Libya ke UNESCO, duta Libya ke Kesatuan Eropah, Duta Libya ke Australia, Bangladesh, Canada, China, India, Indonesia, Poland, Portugal, Somalia, Amerika Syarikat.

Lagi bukti yang ingin beri kepada pembaca tentang duta-duta Libya ini adalah penipu adalah kata-kata Mohammed Shalgham duta Libya ke PBB yang berkata '' PBB tolong selamatkan Libya. Tolong cegah pertumpahan darah, tolong cegah pembunuhan orang tidak bersalah. Kami meminta satu resolusi yang tegas, segera dan berani dari anda semua. "

Ucapan Mohammed Shalgham rakan baik Gaddafi dari muda ini menunjukkan bahawa dia cuba ingin menjadi hero kepada rakyat-rakyat Libya. Mengikut pemikiran penulis, Shalgham akan kembali ke Libya menjadi pemimpin sementara Libya selepas kejatuhan kerajaan Gaddafi dan mendapat sokongan PBB.

Ini kerana yang pertama adalah kerana pada masa kini di Libya, tiada seorang pun menjadi kepala pemprotes untuk ketua puak pemberontak ini memberontak di Libya. Jadi mereka ini yang mempunyai pengaruh ataupun nama bakal mencuba nasib menjadi hero.

Keduanya adalah kerana dia meminta bantuan PBB untuk menyelamatkan Libya dari berlakunya pertumpahan darah. Sebarang tindakan di PBB sudah semestinya Amerika Syarikat terlibat sama. Jika PBB membawa masuk sukarelawannya ke Libya sudah semestinya mendapat restu Amerika Syarikat. Manusia yang bertanggungjawab di Libya mestilah dipilih berdasarkan orang mereka juga.

Tentang laporan-laporan media yang menyatakan bahawa rejim Gaddafi telah membunuh ribuan rakyat Libya adalah tidak dapat disahkan kerana Gaddafi telah menyekat saluran komunikasi di Libya sekaligus merencatkan perjalanan informasi kepada dunia.

Mengikut ucapan yang diberikan oleh Seif Al Islam, anak kepada Muammar Gaddafi, tentera-tentera Libya tidak membunuh orang awam tetapi hanya memusnahkan tempat simpanan senjata sahaja.

Rakyat Libya yang memberontak tidak seperti digembar gemburkan oleh media yang dikatakan telah menguasai lebih dari separuh Libya. Jika perkara ini berlaku, sudah pastinya kerajaan Libya tidak boleh berbuat apa-apa seperti memberi arahan kerana seluruh Libya dikuasai pemberontak.

Pemerintah-pemerintah tentera yang dilaporkan oleh media sudah berpaling tadah dengan tidak menyokong Libya mungkin satu penipuan yang dilakukan oleh media Barat untuk memburukkan imej Gaddafi.

Jika benar hanya askar-askar elit Libya sahaja yang benar-benar setia kepada Gaddafi, sudah semestinya mereka tewas di tangan askar Libya yang sudah berpaling tadah. Ini kerana askar Libya dianggarkan mempunyai lebih 100,000 orang.

Dan mengikut laporan media antarabangsa askar-askar Libya yang masih setia iaitu askar elit Libya hanya mempunyai askar sekitar 5,000 orang. Ini menunjukkan bahawa jika benar ramai askar Libya turun menentang kerajaan Libya, mustahil Gaddafi masih selesa berkampung di Tripoli tanpa gusar akan serangan musuh.

Gaddafi juga berani berkata kepada penyokongnya untuk membuka gudang senjata kepada penyokong-penyokongnya adalah satu hanya satu ugutan Tripoli kepada pemberontak yang memberontak di Libya.

Adakah Gaddafi cukup berani mengambil risiko untuk memberikan senjata kepada orang awam untuk menentang pemberontak jika benar rakyat Libya sudah tidak menyokong Gaddafi. Tidakkah Gaddafi terfikir bahawa kemungkinan orang-orang yang mereka berikan senjata itu bakal menentangnya kembali.

Sudah pastinya manusia-manusia yang akan Gaddafi berikan mereka senjata ini adalah pengikut yang setia kepadanya. Cuma adakah Gaddafi akan memberikan senjata itu kepada pengikutnya untuk menentang musuh.

Sudah tentunya tidak kerana mereka mempunyai tentera yang ramai untuk menghalang pemberontak ini terus memberontak. Mengapa Gaddafi tidak gunakan tentera adalah kerana Gaddafi takut untuk membunuh rakyatnya sendiri.

Gaddafi menuduh bahawa Al-Qaeda adalah dalang kepada pemberontak di Libya ini. Kata-kata Gaddafi boleh dipercayai ini kerana Gaddafi dahulunya salah seorang penggerak revolusi bawah tanah seperti Al-Qaeda.

Gaddafi mungkin sudah nampak kehadiran Al-Qaeda 10 batu lebih awal yang mungkin dihantar oleh Amerika Syarikat untuk mengeruhkan lagi situasi di Libya. Al-Qaeda seperti biasa akan menjadi alasan Amerika untuk menceroboh Libya dalam kempen " War of Terror " di Libya.

Amerika Syarikat dan Barat mengambil tindakan mengecam Muammar Gaddafi secepat mungkin antara kata-kata Obama adalah meminta Gaddafi meletak jawatan kerana sudah tidak mendapat sokongan rakyat.

Obama berkata sedemikian kerana berpegang kepada prinsip jika seorang pemimpin membunuh rakyatnya untuk memerintah. Itu menunjukkan bahawa pemimpin itu sudah kehilangan sokongan dari rakyat.

Tetapi prinsip Obama itu sebenarnya salah kerana Muammar Gaddafi membunuh pemberontak yang telah memberontak sama seperti Saddam Hussein membunuh puak Kurdis yang telah menentangnya.

Amerika Syarikat selepas itu membuat mesyuarat khas bagi membincangkan krisis di Libya ini. PBB dan Kesatuan Eropah telah bersepakat untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Libya sama seperti berlaku di Iran.

Tindakan ini sekaligus menunjukkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai kepentingan dalam Libya terutamanya dengan pemberontak yang menentang Gaddafi. Tindakan Obama yang terlalu mengambil berat terhadap rakyat Libya yang mati ini jelas menunjukkan pentadbiran double standard dan tidak mengambil kisah tentang protes di Mesir.

Apakah akan terjadi kepada Libya pada masa akan datang?

Penulis mempunyai beberapa teori iaitu yang pertama jika pemberontak di Libya masih enggan menyerah kalah, perang saudara pasti akan berlaku dimana penyokong pro-Gaddafi sudah pastinya membunuh penentang mereka.

Keduanya adalah kerajaan Gaddafi berjaya menangani konflik ini bakal tidak menjejaskan apa-apa kuasa Gaddafi. Gaddafi sudah memerintah Libya selama 40 tahun jadi Gaddafi sudah semestinya mengetahui selok belok rakyat Libya.

Bagaimana Gaddafi ingin mengawal pemberontak ini adalah dengan mengerahkan semua pasukan tenteranya untuk menghalang pemberontak ini terus melakukan pemberontakan. Tindakan ini mungkin berjaya jika puak pemberontak bersetuju berhenti menentang kerajaan.

Teori seterusnya adalah rejim Gaddafi akan tumbang dengan syarat pertumpahan darah bakal berlaku dahulu. Perkara ini amat sukar dan amat rumit untuk dilaksanakan oleh puak pemberontak ini kerana puak pemberontak perlu berdepan dengan tentera Libya dahulu.

Gaddafi hendak tumbang itu agak sukar, jika ia pun rejim Gadaffi tumbang dengan-dengan Gaddafi sekali mati ini kerana Gadaffi bukannya seorang manusia yang lembut. Gadaffi tetap mempunyai prinsip dan prinsipnya bukan senang untuk diubah.

Bukan mudah untuk menumbangkan manusia seperti Gaddafi ini. Di Iraq, dari George H.W. Bush hingga George W. Bush iaitu dua generasi Amerika baru dapat menggulingan Saddam Hussein.

Di Libya, Amerika Syarikat pernah mengebom Tripoli hingga anak Gaddafi sendiri mati tetapi Gaddafi tidak gentar dan masih berdiri teguh memerintah Libya untuk lebih 20 tahun. Adakah suatu masalah bagi Gaddafi untuk menyelesaikan masalah Gaddafi dengan pemberontak ini. Sebuah negara kuasa besar mengebom negerinya masih Gaddafi boleh memerintah inikan pula puak-puak yang menentangnya. Rasanya bagi Gaddafi ia bukan masalah besar.

Teori terakhir penulis adalah kemasukan negara kuasa besar sudah semestinya Amerika Syarikat. Tetapi teori ini mungkin tidak berhasil kerana kebanyakkan rakyat Libya tidak akan menerima Amerika Syarikat.

Yang pertama, Libya telah diperintah oleh seorang pemimpin selama 40 tahun dan pemimpinnya itu memang anti-Amerika. Penulis yakin 90% bahawa rata-rata rakyat Libya pun benci akan Amerika Syarikat.

Mungkin jika perkara ini berlaku, Muammar Gaddafi akan kembali mendapat sokongan dari rakyatnya kerana rakyat Gaddafi takut diperintah oleh Amerika Syarikat. Mereka mungkin lebih rela berada dibawah rejim pemerintahan Gaddafi.

Kesimpulan penulis adalah puak pemberontak ini akan terus memberontak tetapi peluang untuk puak pemberontak ini untuk menjatuhkan kerajaan Gaddafi adalah amat sukar sekali kerana Gaddafi bukanlah seperti Hosni Mubarak di Mesir ataupun Zine Al Abidine di Tunisia.

Gaddafi boleh berdiri dengan sendirinya tanpa ada bantuan dari negara-negara Barat malahan banyak membantu negara-negara jirannya. Sikap berdikari kerajaan Gaddafi ini bakal menyusahkan kuasa luar untuk masuk campur ke dalam urusan dalaman Libya.

Jika difikirkan balik, puak pemberontak ini memberontak tanpa ada sebab yang kukuh, jika di Tunisia mungkin boleh dikatakan ada sebab oleh kerana kadar inflasi yang tinggi selain tiada hak kebebasan bersuara.

Di Mesir juga begitu rakyat ke jalanan untuk menjatuhkan Hosni Mubarak yang dikatakan membalun duit rakyat berbilion-bilion dolar selain krisis ekonomi di Mesir yang kian meruncing mungkin dijadikan isu.

Tetapi di Libya tiada apa yang ingin disuarakan oleh pemberontak ini yang hanya bangun memberontak untuk menjatuhkan Gaddafi. Siapa yang menghasut pemberontak ini untuk memberontak sudah semestinya Amerika.
Al-Fatiha

No comments:

Post a Comment