Di persinggahan inilah aku berdiri. Masa berlalu, aku masih berdiri kekeliruan disitu. Hanya melihat persimpangan di penghujung jalan ini. Disitu aku terdiam membisu berteka-teki sendiri. Apakah aku patut terus melangkah ke satu persimpangan yang mulia dengan membawa dua harapan yang berbeza dasarnya?. Sungguh, aku keliru… Disitu aku sendiri menyepi. Termenung dalam keresahan yang tidak bertepi. Umpama mencari ketenangan dalam kerisauan. Membiarkan batas waktu akhir hidupku mengejarku tanpa sedikit kerisauan.
Ya Allah, Ingin sekali aku menangis menyesali diri akan segala yang terjadi kini. Kurniakanlah ku sebahagian daripada titisan rahmatMu buat penyubur akar keimananku. Engkau segarkanlah kembali daun-daun kerinduan padaMu. Moga pohon keIslaman ku ini mampu membuahkan amal yang isinya semanis kurma biarpun ia tumbuh di tengah gurun jahiliyyah. Sungguh, itulah lebih berharga daripada keindahan setiap ciptaanMu di dunia yang hanya menggembirakan hatiku hanya seketika cuma.
Dalam pergolakan hati yang membunuh ketenangan, ada terselit satu kebenaran yang pasti. Namun sinarannya malap ditimbuni sampah jahiliyah. Sudah lama aku berjalan bersama bekalan dunia yang bahagia. Kau cakapkan sahaja. Daripada sekecil-kecil nikmat kelalaian dunia sehinggalah sebesar-besar kemungkaran yang mengundang kemurkaan penciptaKu telah ku perbuat dengan tanganku sendiri. Semua itu telah lama menghiasi laman kenangan kehidupanku. Tiada satu pun yang tidak membahagiakanku. Namun entah mengapa di persimpangan ini lahir satu perasaan yang aneh.
Semuanya bermula tatkala kisah akhir hidup manusia terhinggap di telingaku. Anehnya, perasaan itu sungguh menyentuh hatiku yang telah lama bersarangkan jahiliyyah. Tika itu, titisan genangan air mata yang terkumpul tidak mampu lagi ku tahan. Lalu, turunlah ia membasahi pipi yang ketika itu terketar-ketar menahan sebak di dada. Tanpa diduga, esak tangisan yang tulus dari sudut hati yang terbunggar meruntuhkan ego seorang lelaki yang dulunya tidak menyangka yang dia hidup bertuhan. Inilah hidayah. Sentuhan agung daripada penciptaKu kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Bermula dari sujud tundukku di hamparan usang sejadah yang lama terbiar disudut kamar mewahku, sehinggalah kepada tangisan di sepertiga malam pada hari-hariku yang berbaki. Entah mengapa dalam kelipan mata yang dulu, sapaan Al-Haq ini tidak pernah lagi kubiarkan ia pergi. Sapaan yang menyentuh hati yang keliru kusambut sehingga kini, malah jauh sekali membiarkan aku melepaskannya kembali. Seandainya hidayah itu pergi, izinkan aku pergi dahulu. Kerana hati yang dibasahi rahmatMu ini tidak mahu lagi terbiar kontang tandus tanpa kebahagian dariMu. Engkau biarkanlah lapangan hatiku ini, terhias indah dengan pohon keislaman yang berakarkan keimanan yang teguh. Amal ibadahku (Solatku, puasaku, zakat dan hajiku mahupun amal kebaikan) yang tidak seberapa ini ku yakin tidak mampu membeli keindahan syurgaMu, lalu dengan tunduk aku bergerak d iatas muka bumiMu menunaikan syahadahku kepadaMu. Kerana ku takut hujahku padaMu menuju syurga Allah tersangkal dek kerana kealpaanku. Lalu dengan mudah aku tersungkur dipintu mahligai syurgaMu.
Akulah saksi kebenaran itu. Saksi dicelah kebutaan mata manusia sekeliling yang ada. Inilah persimpangan yang kumaksudkan dahulu. Samada ingin berdiam atau terus membenarkan kebenaran ini. Saat itu sudah berlalu. Mengajar hati yang tidak bermata untuk melihat kebenaran pasti tidak semudah kita mengajarnya melihat dan membenarkan kejahilan. Tidak percaya?… Maka izinkan hatimu merasai kesakitan kekeliruan dipersimpangan. Namun, kerana kemanisan hidup bertuhan aku membiarkan hatiku larut dalam kekeliruan. Membiarkan masa untuk mentafsirkan untukku kebahagiaan yang sebenar. Lalu, hadirlah aku kini, penyambung mata rantai perjuangan kekasihMu Muhammad.
Ketika saat langkah diatur ke persimpngan berduri, aku berkata pada diriku.
Cukuplah disini kusimpan segalanya. Biarkan ku hidup dengan nafas yang baru. Kerana tidak mampu lagi kukendong dua harapan yang berbeza akhirnya. Ku tinggalkan jahiliyyah ku di persimpangan ini. Dan ku tidak mampu berdiri selamanya dipersimpangan ini. Kerna ku yakin adanya batas waktu hidupku. Aku hanyalah insan kerdil hamba kepada Tuhan. Dalam kenangan segala kesedihan yang telah berlalu.
Disaat ku melangkah, telahku teguhkan bahtera diriku kerana kutahu lautan yang bakal ku lalui sungguh dalam dan pastinya gelora badainya mampu memecahkan dinding setiap bahtera yang rapuh. Kukayakan bekalanku kerana kutahu yang perjalananku sangat jauh. Dan telahku ringankan belakangku kerana kutahu akan ada tempat kudaki teramat curam bagiku. Lalu, dengan tenang aku lepaskan jahiliyyah itu pergi dari diriku. Terakhir bagiku ialah keikhlasan amalku hanyalah untukMu Ya Allah… Sungguh, inilah pesanan Rasulku Muhammad pada setiap ummatnya dalam menempuh perjalanan di atas muka bumi ini.
Maka dengan lafaz bismillah, aku melangkah ke persimpangan Dakwah dan Tarbiyyah.
Semoga persimpangan ini memberikan pencerahan yang baru dalam diri hidupku yang masih berbaki. Juga kepada mereka yang membaca post ini, perubahan ini tidak susah dengan bantuanNya. Maka kepadaNya jua kita berdoa dan bertawakkal..kerana Allah lah yang memegang hati-hati manusia itu dan Allah sahajalah yang berhak memberikan hidayahNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

No comments:
Post a Comment