Anugerah Syurga bukanlah berdasarkan kepada betapa kuatnya kita beribadat,
Bukan pada tingginya ilmu di dada,
Dan bukan juga kerana status darjatnya.
Tetapi anugerah Syurga adalah kerana RAHMAT Allah semata.
Jika wanita penzina memasuki syurga disebabkan oleh seekor anjing liar,
Seorang hartawan kerana sekeping roti kering,
Bagaimanakah pula nasib kita nanti,
Manusia akhir zaman yang terbatas pemikirannya dan banyak pancarobanya.
Adakah masih ada RAHMAT dari-Nya untuk kita,
Ataupun kita menolak RAHMAT Allah tanpa disengajakan?
RAHMAT Allah diberi tanpa disangka-sangka..
Mungkin disebabkan hanya kerana kita mengalihkan ranting pokok di atas jalan raya,
Mungkin juga kerana seorang peminta sedekah,
Mungkin juga disebabkan kita membelanjakan kawan kita makan..
Dan mungkin juga RAHMAT itu disalurkan melalui anak-anak, isteri, suami, rakan-rakan,
Malah mungkin melalui orang yang tidak pernah dikenali..
Atau mungkinkah disebabkan seekor binatang..
Kita tidak pernah mampu memikirkan bagaimanakah RAHMAT Allah diberikan kepada kita.
Allah maha PENYAYANG dan PENGASIH,
Dia sentiasa menyayangi hamba-hambaNya,
Dia sentiasa memberikan kita peluang untuk menerima RAHMATNYA,
Tetapi hanya kita yang tidak pernah berfikir dan mengambil peluang untuk mendapatkannya..
Adakah kita sombong dengan Allah,
Ataukah kita diBUTAkan oleh-Nya sehinggakan kita tidak nampak di manakah letak RAHMATNYA.
No comments:
Post a Comment