Friday, 6 January 2012

Wahai Muslimah, Jadilah Kamu Seperti Epal Yang Tinggi..


Wahai muslimah..sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah.. sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.. Perhatikan wahai Muslimah, perilaku sepohon epal yang rendang. Apabila musim berbuah berkunjung tiba, akan tumbuh buah-buah ranum. Merah dan gebu. Manis sekali.  Jadi pada ketika ini banyak 'tangan-tangan' yang kepingin untuk merasa, memetiknya dengan rakus. Kesemuanya berebut- rebut memetik untuk merasa kemanisan epal-epal yang  masak merah.
Suami yang soleh hanyalah untuk wanita solehah


Epal-epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan sendirinya dan dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah. Tanpa perlu bersusah payah untuk dipetik. Tatkala epal ini jatuh ke tanah, tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas mencapainya dan dimamah dengan serakusnya. Ada di kalangan epal ini, yang jatuhnya tidak dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih, lalu dibiarkan ia membusuk di tanah, sebagai habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki, tanpa perlu bersusah payah menggapainya sendiri. Bagi tangan-tangan yang bersih ini, epal yang baik dan berkualiti, letaknya bukan di tanah, digumpali dengan kotoran dan sampah. Hilang sudah tarikan warnanya, serta kemanisan buahnya. Mana mungkin epal sebegini menjadi pilhannya?

Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai. Merah dan menggebu. Sukar untuk dilihat kerana letaknya di sebalik daun-daun sebagai perlindungnya Tangkainya juga tinggi, susah untuk digapai. Hanya yang benar-benar ikhlas berhajat untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk mendapatkannya, bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya epal yang rendah akan menjadi pilihan mereka, selayaknya bagi mereka. Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak disunting mana-mana tangan manusia. Namun dia yakin, bahawa janji Allah itu pasti. Jadi, ia akan kekal di mana tempatnya berada.

Hanya tangan yang bertuah, akan berusaha mencari dan mendapatkannya. Tidak boleh direntap begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar buahnya tidak jatuh dan luka. Agar bisa dinikmati secangkir madu dari manisnya epal yang terlindung.. merah.. segar.. dan ranum.. Hanya yang bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.

renung-renungkanlah.

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Al Ahzab 33:59)

No comments:

Post a Comment