Lalat biasanya dikenali sebagai agen penyebar mikroorganisma pelbagai jenis penyakit. Antaranya kolera, diare, disentri, tifus, dan virus penyakit saluran pencernaan. Mikroorganisma yang melekat di kaki, sayap, akan ditinggalkan pada makanan apabila lalat tersebut hinggap pada makanan yang terhidang. Disebabkan itu, kita tidak digalakkan untuk memakan makanan yang tidak ditutup untuk mengelakkan penyakit menular disebabkan oleh pembawaaan lalat. Walau bagaimanapun, terdapat hadis sahih daripada Rasulullah saw yang berkaitan dengan lalat.
"Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kalian, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya"(HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)
"Sungguh pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya obat, maka apabila ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu, sebab ia mendahulukan racunnya dan mengakhirkan obatnya"(HR. Ahmad, Ibn Majah)
Ulama Islam membolehkan meminum air itu dengan syarat lalat yang jatuh harus dibenamkan lebih dahulu. Sedangkan para doktor menolaknya, mengharuskan agar air itu dibuang saja.
Di sisi yang lain, hal ini juga menjadi isu menarik bagi orang bukan Islam untuk memperlekehkan ajaran agama Islam tentang hadis mengenai lalat ini sehingga masalah ini menarik untuk dikaji.
Pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di dalam perut lalat.
Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk koloni yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh mikroorganisma penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
Pada tahun 1947, Ernestein juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahwa Fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai jenis bakteria.
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekaligus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.
Mikroorganisma yang dapat membunuh bakteria itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh bendalir. Bendalir ini akan menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma "baik" sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.
Maka adalah logik apabila ingin mengeluarkan mikroorganisma "baik" dari badan lalat, badannya harus dibasahkan -menyelupkan lalat yang jatuh tersebut sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat.
Begitulah keistimewaan lalat diciptakan.. Lalat yang dulu terkenal dengan penyebar "kuman" jahat dan sekarang telah terbukti juga merupakan pembawa agen penawar kepada penyakit. Kalau tidak salah , sekarang penyelidik sedang membuat penyelidikan berkaitan mikroorganisma 'baik' tersebut untuk digunakan dalam perubatan moden. Semoga suatu hari nanti, ia mampu membuka mata golongan bukan Islam untuk menerima Islam.
No comments:
Post a Comment