Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad..
KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YANG DAH BERKAHWIN)
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun...(betul ke?)
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata,fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut
terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk
Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat
Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkanpeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih
cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Semuanya ada rahsia ...
1. Peluk seorang ayah kepada anak-anaknya..
2. Peluk seorang suami kepada isterinya..
3. Peluk seorang masyaikh atau mursyid kepada muridin (murid-muridnya) .
Semuanya perkara baik ..kerana ia pada yang hak. Sebaik-baiknya dah peluk iringkan dengan ciumanlah ..itu 2 kali rahsia kalau nak 3 kali rahsia ..pada mengucup pada kedua-dua belah tangan pada pipi dan dahi ...juga pada dada si ayah khasnya pada anak dan juga di dada guru khasnya bagi seorang murid...malah sahabat juga ada yang mengucup kedua belah tangan dan lutut dan kaki baginda s.a.w.
Daripada Zari' r.a yang berada dalam rombongan Abdul Qais berkata:
لما قدمنا المدينة فجعلن نتبادر من زواحلنا فنقبل يدالنبي ورجليه
"Tatkala kami sampai di Madinah , kami pun bersegera (turun) daripada tunggangan kami (untuk mendapatkan Rasulullah s.a.w)
maka kami mengucup kedua-dua belah tangan dan kaki Nabi s.a.w " (Diriwayatkan oleh Ahmad, al Bukhari dalam al adab al Mufrad dan Abi Daud)
Buat sahajalah tahulah nanti rahsianya..semuanya ada keberkatan. Keberkatan yakni mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada diri..Mudah2an..Allahumma Amin ya Lathiff..
haiwan pun tahu berkasih sayang, tak kan manusia tidak..

No comments:
Post a Comment