Friday 7 October 2011

GERAI MAMAK



Gerai mamak, juga dikenali sebagai "mapley", merupakan sejenis tempat makan yang menyajikan masakan mamak. Di Malaysia, istilah "mamak" merujuk kepada orang Indiaberagama Islam, dan secara amnya, gerai mamak dimiliki dan dikendali oleh golongan ini. Sungguhpun lazimnya dibuka sebagai gerai tepi jalan, sebilangan pengendali gerai mamak zaman moden telah mengembangkan perniagaan mereka sehingga menjadi penubuhan seakan-akan restoran atau kafe (kedai mamak) yang mempunyai beberapa cawangan. Gerai mamak diminati rakyat Malaysia sebagai tempat istirahat, kerana makanan dan minumannya berharga murah dan lazimnya gerai sebegini dibuka 24 jam sehari.
Gerai mamak sudah sebati dengan budaya Malaysia kerana boleh didapati di merata tempat di negara ini, terutamanya di kawasan bandar raya. Budaya popular berlepak di gerai mamak telah ditanam dalam semua peringkat masyarakat Malaysia. Maka, gerai mamak menjadi gabungan pelbagai budaya, satu lambang keharmonian sesama kaum. Tanpa mengira kaum, agama dan umur, orang ramai sentiasa mengunjungi gerai mamak unutk bergosip atau menonton perlawanan bola sepak larut malam sambil meminum teh tarik panas. Gerai mamak merupakan tempat di mana adalah amat senang untuk mengenal pasti "pemburu kegemilangan" bola sepak (orang yang menyokong sesebuah kelab bola sepak kerana saiz, mutu dan/atau popularitinya dalam media). Tiada jenis tempat makan yang lain setanding dengan gerai mamak dari segi kepentingan budaya.




No comments:

Post a Comment