Friday 7 October 2011

SAJIAN MAMAK YANG POPULAR

Lazimnya menu sesebuah gerai mamak mesti mengandungi teh tarik dan Milo serta beraneka pilihan roti canai. Kebanyakan gerai mamak juga menyajikan beberapa jenis masakan nasi, seperti nasi lemak dan nasi goreng, serta masakan mi seperti mi goreng.

§                     Nasi Kandar


Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah di
gunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.

§                     Roti canai



Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

Bahan-bahan

1.     600 g tepung gandum
2.    1 camca garam
3.    1 camca gula halus
4.    2 biji telur, dipukul
5.    125 ml susu segar
6.    125-130 ml air
7.     3-4 camb minyak
8.    3-4 camb minyak sapi
9.    minyak/minyak sapi untuk menggoreng

Penyediaan

Gaulkan 3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 10 min hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi. Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak dalam mangkuk. Lumur dengan minyak dan minyak sapi. Tutup dengan tuala lembab, biar 6-8 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh (stail tersendiri). Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.

Variasi

§                     Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.

§                     Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.

§                     Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.

§                     Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.

§                     Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.

§                     Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.

§                     Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.

§                     Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.

§                     Teh tarik


Teh tarik merujuk kepada air teh bersusu yang dicurah antara dua koleh bagi menyejukkannya dan menjadikan ia berbuih. Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh tarik menjadi minuman pilihan sepanjang masa, siang dan malam bagi penggemarnya.
Teh tarik dan teh ais merupakan minuman yang dikaitkan dengan warung dan kedai mamak. Ia lazat diminum bersama-sama hidangan nasi lemak, roti canai, roti telur, roti tempayan, dll.
Teh tarik biasanya dibuat dengan menggunakan teh serbuk yang murah dan dibeli secara pukal (pada kebiasaanya). Serbuk teh ini akan dibancuh dan ditapis dengan menggunakan tapisan kain.
Teh tarik pernah diburuk-burukkan oleh khabar angin yang mendakwa bahawa minuman teh tarik dicampur dengan sabun serbuk bagi menambah buihnya.
Buih teh tarik tersebut sebenarnya terbentuk disebabkan ia dicurah diantara dua koleh dan kepekatan kandungan gula dalam air teh menyebabkan buih yang terbentuk dapat bertahan lama. Cara yang sama digunakan bagi mengekalkan buih sabun ketika bermain buih sabun. Cuma tambahkan gula kedalam larutan sabun bagi menjadikan buih sabun tahan lebih lama. [1]

§                     Rojak Mamak / Pasembur


Rojak atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gadoataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang, di mana pasembur terbaik boleh didapati di sepanjang Jalan Gurney.[perlu rujukan] Di bahagian lain Malaysia, istilah "Rojak Mamak" lebih biasa digunakan.
Secara tradisi, penjaja rojak Tamil Muslim menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil. Pasembor juga dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas.
Pasembor biasanya dimakan di waktu petang. Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut.

§                     Mee Goreng Mamak


Mee Goreng ialah satu hidangan terkenal di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Ia adalah dibuat dengan mi kuning nipis digoreng dengan bawang, udang goreng, cili, sayur-sayuran, tomato, dan telur. Ia biasanya boleh didapati pada gerai mamak 

No comments:

Post a Comment