Friday 7 October 2011

APA ITU MAMAK?





MAA-MA  "MAMAK" = BAPAK SAUDARA SEBELAH IBU.

Perkataan MAMAK berasal dari bahasa TAMIL (MAA-MA) mempunyai pelbagai maksud berdasarkan budaya, amalan, lokasi geografi dan bangsa. Pelbagai maksud mamak dalam konteks dalam dan luar negara menjadikan ia menjadi perkataan yang universal yang difahami melalui kaca mata masyarakat setempat.

Istilah MAMAK merujuk kepada masyarakat INDIA MUSLIM. Perkataan MAMAK diguna secara meluas oleh orang tempatan kerana kecenderungan penutur bahasa Tamil di kalangan INDIA MUSLIM yang menggunakan perkataan maama. Perkataan ini digunakan sebagai panggilan untuk orang yang lebih tua. Perkataan mamak bermaksud bapa saudara sebelah ibu. Apabila perkataan ini diserap masuk ke dalam bahasa tempatan, istilah mamak membawa maksud baru iaitu panggilan hormat untuk orang yang lebih tua dan tidak dikenali.ketika ditemui untuk berurusan atau menemuinya.
Dalam konteks di Malaysia, kanak-kanak pelbagai kaum semuanya diajar untuk memanggil jiran dewasa, pemilik kedai dan orang yang tidak dikenali sebagai "pakcik" (uncle) atau "makcik" (auntie) untuk menunjukkan hormat dan taat kepada orang yang lebih tua. . Istilah Mamak ini turut dipakai sungguhpun seseorang dewasa itu bukanlah seorang ahli keluarga, puak atau kaum kanak-kanak tersebut. Asal-usul istilah "gerai mamak" barangkali dipetik daripada amalan kanak-kanak meggelar si penjaga kedai sebagai 'uncle', atau ”MAMAK”, dalam bahasa Tamil, sebagai tanda hormat ketika berinteraksi dengannya dan mengunjungi tempatnya.

Hari ini, panggilan MAMAK di Malaysia merujuk kepada komuniti INDIA MUSLIM. Bagi sesetengah INDIA MUSLIM, panggilan MAMAK dianggap merendah-rendahkan dan label yang tidak elok digunakan.

Maksud perkataan mamak telah diasimilasikan dengan budaya tempatan. Perkataan MAMAK merujuk kepada konsep operasi perniagaan secara terbuka ala al fresco yang didominasi oleh INDIA MUSLIM. Perkataan MAMAK juga digunakan sebagai gambaran maksud budaya makan di luar secara terbuka pada waktu malam.

MAMAK atau INDIA MUSLIM mempunyai catatan panjang sejarah kemasukan ke Tanah Melayu yang sehingga kini mempengaruhi sosio budaya dan ekonomi masyarakat tempatan.

4 comments:

  1. Thank sfor this post...very informative..!!!!

    ReplyDelete
  2. adakah mamak berhak dapat status bumipitera,cnth '100% milik bumiputer'-Jakel

    ReplyDelete
  3. Mamak still india..bukan melayu

    ReplyDelete