Friday 7 October 2011

Sejarah Mamak ”INDIA MUSLIM” Di Malaysia

Sebelum 1786, India Muslim telah pun menjalankan operasi perniagaan di Kuala Kedah. Bandar Georgetown menjadi tumpuan 1000 peniaga India Muslim berkumpul menjalankan aktiviti jual beli.
Pulau Pinang mencatatkan sejarah unik kemasukan India Muslim pada kurun ke 18. Kemasukan mereka secara beramai-ramai direkodkan lebih awal dari kemasukan orang British.
India Muslim diwakili lebih dari satu etnik
Perkataan India Muslim membawa maksud terdapat lebih dari satu etnik keturunan India yang beragama Islam berada di Pulau Pinang dan Malaysia. Tidak ada perbezaan dari sudut kuasa, kekayaan, tingkat sosial antara satu etnik dengan etnik India Muslim yang lain.
Etnik Tamil beragama Islam dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther.
Marikar diambil maksud perkataan Tamil membawa makna penduduk dengan perahu kayu. Fakta menunjukkan Marikar wujud di bahagian tanjung laut sekitar Tamilnadu.
Rawther diambil dari perkataan Mauther yang bermaksud penduduk yang menguruskan gajah dan kuda tentera diraja.
Dari sudut amalan agama Islam. Golongan Marikar mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Imam Syafie. Golongan Rawther pula mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Hanafi.
Satu tempat berlainan etnik
India Muslim di Malaysia turut diwakili oleh etnik-etnik India kecil yang lain. Kerala Muslim datang dari selatan negara India yang dipanggil Kerala. Mereka juga dikenali sebagai Malabar Muslim. Mereka juga digelar sebagai Kaka yang bermaksud abang yang lebih tua. Bengali Muslim, Gujerati Muslim.
Kewujudan masjid Malabar di Beach Street, Pulau Pinang sebelum musnah akibat bom Perang Dunia Kedua dan perkampungan Malabar di Transfer Road menjadi bukti kewujudan mereka di Pulau Pinang.
MASJID MALABAR

Bengali Muslim pula datang dari Bengal, India. Kewujudan mereka jauh lebih lama sebelum kewujudan negara Pakistan dan Bangladesh.
Kewujudan Masjid Bengali di Leith Street dan Kampung Bengali di Butterworh menandakan kehadiran mereka ke sini.
Gujerati Muslim datang dari Gujerat, Utara India. Satu kumpulan lagi, Bombay Muslim berasal dari Maharashtra, Utara India. Jumlah mereka kecl tetapi aktif dalam perniagaan.
India Muslim di Malaysia ramai berasal dari Tamilnadu. Misalnya, bagi kawasan Thenkasi di kawasan Trinelveli, Tamilnadu mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai. Kawasan tersebut mempunyai sebuah Bandar besar bernama Kadaya Nallur. Mereka banyak berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.
Mereka dikenali dengan gelaran Thenskasi Muslim dan Kadaya Nallur Muslim.
Satu kumpulan India Muslim juga datang dari dari daerah lain di Tamilnadu. Kebanyakkan datang dari Ramnad dan Tanjore. Mereka membentuk kumpulan perniagaan Inida Muslim di Pulau Pinang. Thenkasi Muslim menggelarkan mereka sebagai Petai Muslim.
                                                              Orang India Muslim dipercayai pertama sekali tiba di Samudera (sekarang Aceh di Sumatera, Indonesia) pada awal abad ke-10, saebelum kemudiannya menetap di Semenanjung Malaysia atau Tanah Melayu.

Mengikut sejarah dari kalangan orang tua di Klebang Melaka, nama Klebang diilhamkan oleh penduduk kawasan ini yang ketika itu ada beberapa pedangang India Muslim yang datang berdagang, lalu mereka berhenti solat di sebuah masjid di kawasan ini, sampai masuk waktu untuk bersolat, lalu pedagang tersebut azan di masjid tersebut. Lalu orang kampung di sini memanggil kawasan ini "keling bang(azan)". lalu bila telah terlalu lama penduduk menanggil "Keling Bang", nama Klebang pun tercipta.


Teori Kedatangan Islam Melalui India Muslim Ke Tanah Melayu

 

 

Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.
Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.
Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.


MASJID KAMPONG KELING

 Masjid Kampong Keling terletak di Bandar Melaka, Melaka. Masjid ini dibina tidak jauh ke belakang dengan Masjid Kampong Hulu. Ia dibina seawal tahun 1152 Hijrah bersamaan 1748 Masehi. Kemudian masjid ini diperbaharui dalam tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masehi dengan bangunan batu. Dalam tahun 1908 atap masjid ini ditinggikan mengikut Kampong Hulu. Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai.
Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka.
MASJID KAPITAN KELING

Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.
Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.
Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.


Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu

 

Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa.

Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.
Bahasa Tamil
Bahasa Melayu
akka
kakak
kadai
kedai
kappal
kapal
katikam
ketika
muthu
mutiara
nagaram
negara
purva
purba
raja
raja
suniyam
sunyi
tali
tali
udayam
udaya
vakai
bagai
bhumi
bumi
Surya
Suria
Bumiputeran
Bumiputra






Pegaruh Politik India Muslim di Zaman Ke Sultanan Melayu.

TUN ALI



Bendahara Seri Nara Di Raja bin Raja Benua Kaling Mani Purindam (TUN ALI) adalah Bendahara Melaka yang ke-4. Beliau merupakan anak kepada Baginda Mani Purindam, orang kaya dariIndia dan Tun Rana Sandari Tun Perpatih Besar . Beliau telah meninggal dunia pada pada tahun 1456 dan digantikan oleh Bendahara Tun Perak.
Sebelum menjadi bendahara, Tun Ali pernah menjadi Penghulu Bendahari kepada Sultan Muhammad Syah. Selepas isteri pertamanya meninggal, beliau telah berkahwin dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, yang sengajakan diceraikan untuknya oleh Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) . Salah seorang anaknya dengan Tun Kudu, Tun Mutahir turut dilantik sebagai bendahara .

TUN FATIMAH


 
Tun Fatimah adalah seorang serikandi Malaysia yang terkenal dan merupakan anak perempuan kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu juga adik bungsu kepada Bendahara Tun Mutahir. Beliau telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah selepas kesemua adik beradik lelaki beliau dihukum bunuh kerana difitnah oleh kalangan orang istana sendiri.
Tun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang ketiga. Beliau berketurunan Tamil Muslim, merupakan anak perempuan kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu juga adik bungsu kepada Bendahara Tun Mutahir adalah salah seorang Bendehara Melaka pada waktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Mereka adalah keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan Muzzafar Shah yang juga kakak kepada Bendehara terkenal Tun Perak).
Tun Fatimah sudahpun berkahwin apabila Sultan Mahmud cuba memperisterikannya. Disebabkan fitnah, Sultan Mahmud telah membunuh kesemua ahli keluarga Tun Fatimah termasuklah Tun Mutahir.
Sultan Mahmud yang menyesal selepas menyedari fitnah tersebut akhirnya berkahwin Tun Fatimah. Beliau juga merupakan Permaisuri Johor pertama yang membawa gelaranPermaisuri Tun Kudu.
Tun Fatimah melahirkan empat orang anak, di antaranya adalah Raja Raden Ali yang akan memerintah Johor sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.
TUN FATIMAH

Di nyatakan bahawa Tun Fatimah berketurunan Tamil Muslim, ayahnya Tun Mutahir, merupakan Bendahara (Perdana Menteri) Melaka di waktu pemerintahan Sultan Mahmud. Tun Mutahir adalah dari keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan Muzzafar Shah yang juga adik kepada Bendehara terkenal Tun Perak).
Sejarah Melayu mencatatkan bahawa  Sultan Mahmud telah lama berdendam kerana Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu beliau mempunyai seorang puteri rupawan bernama Tun Fatimah. Sultan Mahmud cuma dapat tahu apabila dijemput menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah dengan Tun Ali
.







13 comments:

  1. hidup mamak allahuakbar!!!!!

    ReplyDelete
  2. apa yg perlu kita buat bukanya bangga jadi keturan india muslim tp prlukesal asal kedatngan kita untok sebarkan agama..tp hr ni keta telah menyempang dari mksd asal kita.. sibuk dgn pernigaan sehingga tinggalkan solat.. tgk la berpa ramai org india muslim x solat.. maka hr ni ummat islam kena bangit buat semula usaha dakwah yg jd punca kemulian ummat.. bkn bnga dgn asal keturunan.. perlu ingat kita adalah ummat yg dapat bantuan terus dr Allah.. bantuan itu hnya akan dpt bila kita buat kmbali kerja yg d lakukan oleh sahabat nabi. dan punya kemulian kita adalah Isla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x smua macam tu...ada tu bukan agam islam.....perkerja india beragama hindu

      Delete
  3. *punca kemuliaan kita adalah islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nathekaren...ni melayu berterima kasih la kt bangsa india muslim...kalau taw ampa melayu jadi paria sampai bila2

      Delete
    2. Punca kemuliaan kita adalah Islam =)
      sy suka tue.
      Terima kasih
      admin tomatomamak, sy suka baca.
      sy suka India, Alhamdulillah.
      generasi muda kurang tahu, xpe kita boleh share.
      cuma sy heran knp ada Muslim Melayu yg mcm anti kpd mamak even mamak pun Muslim jugak.
      ada jugak org yg sangsi,
      dulu melayu beragama Hindu,
      Sultan Iskandar Shah aka Parameswara jadi muslim & berkembang.

      Delete
  4. Allah swt created mankind in many races. So that we may interact with one another ; understand one another and spread peace and harmony among brothers and sisters in Islam. Being a mamak or a non mamak does not carry any weight in the eyes of Allah ! It's submitting strictly to the way of Islam and following fully the sunnah of our prophet pbuh. It,s time , we "mamaks" ( by the way, the hindu restoran owners are also referred to as 'mamaks' nowadays !) take a serious look at ourselves , see how far we have strayed from our original path. We are pround of our race but not of our religion. Many not saying 5 times prayers (only pray once a week on Fridays, like the Christians and Jews !) ; Spend more time accumulating wealth, but, never thinks about how to make wealth distibution even among all ; Still asking Dowry or Gifts for marrying off their sons (shameful !- would whether we are muslims or hindus) and many many more. Having said all the above, i would like to give my appreciation for a great job of creating the blog. Syabas - Brother Mohamed Hassan !

    ReplyDelete
  5. Suatu usaha yg baik tapi ada beberapa maklumat yg bercanggah dgn fakta. Bahkan kdgkala mengelirukan. Tun fatimah tu anak tun ali atau tun mutahir? Ayat bhw tun ali meninggal 1456 dan digantikan dgn tun perak bkleh merosakkan catatn sejarah.

    ReplyDelete
  6. Mudah mudahan orang Melayu kekal alpa seperti sediakala. Biarlah bangsa mamak kita ini kekal memanipulasikan segala kegiatan termasuk perniagaan, politik, pendidikan dan sebagainya. Moga dikurniakan lebih banyak peluang untuk memajukan bangsa mamak di bumi ini. Sama samalah kita kekalkan bangsa kita sentiasa tinggi darjatnya dari bangsa lain di negara ini. Hidup Mamak.

    ReplyDelete
  7. this world is short.Being a mamak or melayu will not bring your eventual success.Speak more on practicing the religion.

    ReplyDelete
  8. Hidup mamak ka, hidup melayu ka msuk kubur bkn tuhan tnya hang tu mamak ka melayu.

    ReplyDelete
  9. islam se-sama islam wajib tolong menolong untuk kebaikan. akhirnya kebaikan itu Allah s.w.t kembalikan kepada diri sendiri sebagai sebaik baik balasan. maka tak perlu nak diperbesarkan siapa canggih , pandai dll. semua saling perlukan antara satu sama lain.

    ReplyDelete