Sunday 12 February 2012

Gelas, Tasik dan Hati


Tasik dan Gelas.. 

Apakah perkaitannya..

Antara gelas dengan tasik..

Gelas terlalu kecil berbanding tasik.. 

Andai dimasukkan sesuatu ke dalam gelas yang berisi air tulen, terlalu cepat ia akan bertukar sifatnya dan menjadi tepu..

Jika dimasukkan sedikit garam, dengan hanya sesudu mampu memasinkan air di dalam gelas tersebut.. dan dengan hanya beberapa sudu boleh membuatkan air tersebut tidak mampu lagi untuk melarutkan garam..

Tetapi andai dicurah sebanyak mana pun garam ke dalam tasik, air tasik tetap tawar sifatnya.. ia tidak akan mampu menjejaskan keadaan air tasik tersebut.. malahan tidak mampu menjadikan air di dalam tasik menjadi tepu.. ia tetap menjadi tasik yang cantik dan utuh.

Kerana tasik itu bisa menampung dan menerima limpahan air yang banyak, serta mampu menampung pelbagai hidupan.

Tasik, Gelas, dan Hati..

Hati kita ini fleksibel sifatnya..

Jika kita sempitkan ia, maka sempitlah pemikiran kita..

Dengan hanya sedikit masalah yang membelengu diri, kita sudah melatah.. sudah hilang kerasionalannya..

Hanya dengan sedikit "cuitan" mampu menyemarahkan api kemarahan kita..

Tetapi jika luaskan hati kita umpama tasik yang luas,

Maka ia mampu menampung pelbagai jenis keadaan tanpa menjejaskan kerasionalan kita.. tanpa menerbitkan reaksi luar kawal kita.. tanpa menjejaskan orang-orang sekeliling kita.

Apa jua keadaannya, apa jua permasalahannya, apa jua ujiannya.. kita akan mampu menghadapinya dengan tenang..

Luaskan hati itu umpama tasik yang luas, bukan gelas yang sempit.
Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.. Jika rasa sedih, pandanglah ke dalam hatimu, akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu..



No comments:

Post a Comment