Monday 27 February 2012

Halia dan Kemenyan Putih [Ubat-Ubatan Islam]


Di antara ubatan tradisional yang berkaitan dengan rangsangan minda.. ini antara makanan perangsang minda supaya lebih sihat dan positif..

Halia

Terdapat pelbagai jenis halia.. Ada yang berwarna kuning dan ada yang berwarna merah (halia bara).

Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud :

"Mereka (orang yang bertakwa di dalam Syurga) diberi minum segelas air yang bercampur dengan halia." [Surah al-Insan 76:17]

Nabi saw. juga gemar makan halia. Sebuah hadis bersumberkan daripada Abu Said al-Kudri menyebut bahawa :

"Raja Rom pernah menghadiahkan satu takar kecil halia kepada Rasulullah saw. Lalu baginda memakannya dan diberikan juga kepada para sahabat yang ada bersamanya." [Riwayat al-Hakim no 7190]

Khasiat Halia

- Menyegarkan dan menguatkan urat saraf.
- Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak.
- Melancarkan perjalanan darah dalam badan.
- Menguatkan ingatan.

Cara Memakan Halia

- Dihiris atau ditumbuk dan dicampurkan ke dalam masakan yang sesuai.
- Dijadikan manisan (halwa) dan dimakan pada waktu pagi. Ia amat mujarab bagi mengatasi penyakit lupa.
- Direbus atau diminum airnya. Untuk rasa enak, tambah sedikit gula atau susu.
- Dicampur dengan madu lebah
- Diminum dalam keadaan panas
- Jangan dicampur ais




Kemenyan Putih

Ia juga terkenal dengan nama kemenyan Arab dan boleh didapati di kedai-kedai rempah ratus yang biasanya dimiliki oleh orang India.

Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :
"Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkan kepada anak-anakmu kemenyan putih dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan." [Riwayat al-Dailami]

Khasiat 

- Mengubati penyakit lupa
- Menguatkan penglihatan
- Menguatkan kisaran perut
- Menghapuskan kahak
- Mengeluarkan angin badan
- Melawaskan pembuangan air kecil
- Membersihkan hati daripada sifat dengki
- Meringankan lidah dan mudah berkomunikasi



No comments:

Post a Comment