Thursday 9 February 2012

Seekor Ulat & Sehelai Daun Hijau


Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin di celah dedaunan hijau.

"Apa khabar daun hijau!" sapa ulat kecil tersebut.

Tersentak daun hijau lantas menoleh ke arah suara yang datang.

"Oh kamu, ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" soal si daun hijau.

"Aku hampir tidak daun untuk dijadikan makananku, bolehkah engkau membantuku wahai sahabat!" tanya si ulat kecil.

"Boleh! Boleh! Datanglah ke mari!" kata daun hijau.

Daun hijau terfikir, jika dia memberikan sedikit daun ini untuk makanan si ulat, dia akan tetap hijau. Hanya akan kelihatan berlubang-lubang.. tetapi tak mengapalah!

Perlahan-lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau. Setelah makan dengan kenyang, ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.

Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yang penuh kasih dan pengorbanan itu ada rasa kepuasan mendalam dalam diri daun hijau.

Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini, namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.

Tidak lama kemudian, ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Demikianlah kehidupan kita.. hidup hanya sementara, kemudian kita akan mati. Jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.

Yang manakah, yang sering kita lakukan, menjadi ulat yang sanggup berkorban apa sahaja?

No comments:

Post a Comment