Sunday 5 February 2012

Ujian Allah Itu Indah


Masihkah kita ingat?


Sewaktu kita bergelar kanak-kanak.


Kita mengamuk apabila barang mainan yang dihajati tidak kita miliki..


Kita rasa.. itulah suatu yang paling menyakitkan seumur hidup kita..



Sewaktu kita bergelar seorang pelajar..


Failed exam itu paling memeritkan..

Lebih-lebih lagi setelah kita berusaha bersungguh-sungguh..



Kita rasa.. lebih baik x belajar andai resultnya seperti ini..



Tiada yang paling perit dan pedih bagi seorang remaja

Apabila cinta yang didamba gagal tuk dimiliki.. 

Apalah gunanya hidup apabila tiada insan dicintai di sisi..



Relaku mati daripada hidup sendiri..



Tiada nilai seorang graduan

tanpa kerja yang membanggakan..



Apalah guna belajar setinggi langit jika tidak mampu bergaji lumayan..



Apalah erti hidup andai tiada suami/ isteri di sisi..

Sakitnya hati tiada peneman di kala sunyi..

Penghibur di kala sepi..

Bagaikan di penjara ku sendiri..


Inilah manusia..

Seringkali mengeluh..

Sedangkan kegagalan dan kejayaan merupakan rencah kehidupan..

Kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada..

Dengan apa yang kita dapat..

Apa yang kita lihat hanyalah kegagalan..

Kejayaan tidak pernah kita syukuri..


Kita tidak mampu mengelak..

Apatah lagi melarikan diri..

Kerana.. tanpa ujian kita tidak akan berjaya melalui step kehidupan 

seterusnya sebagai orang yang berjaya..
Tiada kejayaan tanpa kegagalan..

Tiada kemanisan tanpa kepahitan..
Marilah kita belajar untuk melalui semua step kehidupan kita tanpa 

berkeluh resah..

Lalui dugaan dan rintangan dengan hati yang tabah..

No comments:

Post a Comment