Friday 10 February 2012

Ungkapan.. Janji..


Manusia perlu berpegang pada janji.. Seseorang yang tidak menepati janji dan berbohong merupakan salah satu ciri-ciri munafiq.. Nauzubillah.. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya :
"Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah)". [Riwayat Ahmad]
Beringatlah wahai sahabat.. janganlah sesekali memungkiri janji dan menipu walaupun melibatkan hal-hal yang kecil..

Jangan kerana kesilapan kita menyebabkan sahabat kita terpaksa berkorban masa menunggu sedangkan mereka boleh mengisi kekosongan waktu dengan perbuat sesuatu yang lain.

Janganlah kerana kita tidak berani berkata benar.. situasi yang mudah boleh menjadi rumit.. kita tidak mengetahui situasi orang lain.. jadi belajarlah untuk memahami..

Belajarlah untuk meletakkan diri di tempat orang lain.. janganlah menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri..  



"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Sentiasa Dalam Kerugian, Kecuali Mereka Yang Beriman dan Beramal Soleh Serta Berpesan-Pesan Dengan Kebenaran dan Kesabaran." 
[Surah al-Asry]


No comments:

Post a Comment