Thursday 23 February 2012

Manfaat Positif Berwuduk


Selama ini kita mengambil wuduk setiap kali hendak menunaikan solat fardhu dan solat sunat tanpa mengetahui mengapa Allah mewajibkan kita berwuduk.
Berwuduk termasuk dalam menjaga kebersihan diri dengan membasuh anggota utama dalam aktiviti seharian.

Pada umumnya, umat Islam wajib berwuduk sebelum mengerjakan solat kerana solat tidak sah jika tidak dimulakan dengan wuduk.

Terdapat dalil yang berkaitan dengan wuduk yang terdapat di dalam al-Quran yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu hingga kedua-dua buku kaki." [al-Maidah: 6]

Muhammad Muhyidin dalam bukunya Misteri Energi Wuduk (2007:56) menyatakan wudhu' perlu disempurnakan. 

Apa yang disebut dengan istilah 'menyempurnakan wuduk' adalah melakukan hal-hal yang wajib ditambah dengan hal-hal yang sunat dalam berwudhu'.

Kadang-kadang kita mengambil wuduk sambil lewa.. walaupun kita tahu bahawa tanpa wuduk yang tidak sempurna menyebabkan solat tidak sah.

Wuduk yang diambil secara sempurna adalah memenuhi perkara-perkara yang di senaraikan di bawah :

Wajib :

1. Berniat (tak semestinya kene baca secara lisan, dalam hati pun boleh)
2. Meratakan air ke seluruh muka dari anak rambut kat atas sampai ke bawah tulang dagu, dari hujung anak telinga sampai ke sebelah yg lagi satu.
3. Meratakan air di kedua belah tangan hingga ke siku.
4. Mengusap air ke kepala
5. Meratakan air di kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib (melakukan perbuatan dr pertama hingga akhir mengikut susunan)

Antara yang Sunat :

1. Baca Basmallah
2. Basuh kedua-dua tapak tangan sampai pergelangan tangan
3. Berkumur
4. Memasukkan air dlm hidung 
5. Sapu seluruh kepala
6. Menyapu kedua telinga
7. Menyelati janggut yg tebal
8. Mendahulukan anggota kanan dari yg kiri
9. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki
10. Melebihkn basuhan tangan dan kaki dari had yg wajib
11. Mengulang perbuatan sbyk 3 kali
12. Perbuatan secara berturut2 (iaitu tak bercerai turutan anggota ke anggota lain sampai kering)
13. Menggosok2 anggota wudhu'
14. Mengadap kiblat
15. Baca doa lepas wudhu' 


Penyelidik telah membuktikan bahawa wuduk mampu mengurangkan pertumbuhan virus/ bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. 

Kita membersihkan diri sekurang-kurangnya lima kali sehari dengan berwuduk dan secara tidak langsung membuang segala kekotoran yang mengandungi virus, bakteria, kulat serta bahan kimia yang merbahaya daripada memasuki badan kita.

Dengan berwuduk kita bukan sahaja membersihkan anggota badan seperti tangan dan kaki tetapi wuduk juga dapat mencegah barah kulit.

Contohnya seorang mekanik yang seharian bekerja di bengkel yang menyebabkan anggota badannya sentiasa bergelumang dengan minyak yang boleh meresap ke bawah kulit dan mendatangkan penyakit.

Dengan berwuduk secara sempurna, minyak tersebut akan dibersihkan daripada anggota badan sebanyak lima kali sehari dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kemudaratan kepada mekanik tersebut.

Maka, dengan ini marilah kita sama-sama menyempurnakan wuduk kita.. sucikan diri sebelum menunaikan solat dengan sempurna.

Amalan yang ditanya selepas kita mati adalah amalan solat, jika wuduk tidak sempurna.. maka solat tidak sah.

No comments:

Post a Comment