Wednesday 29 February 2012

Ar-Ra’d; 28


Sekuat mana pun dugaan yang kita hadapi, jangan pernah berhenti berharap dari pertolongan Allah

”Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” Ar-Ra’d; 28)

Senyum itu Ubat Segala Keperitan


“Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Andai kita tidak mampu membuat orang gembira.. sekurang-kurangnya janganlah membuat mereka sengsara.. Andai kita sengsara, derita.. janganlah sentiasa bermasam muka.. senyumlah walaupun terpaksa.. sekurang-kurangnya tidak menyakiti hati sesama kita.
.

Ceria dan senyumlah kerana keceriaan itu ubat segala keperitan. 

Kegembiraan, kebahagiaan yang terpancar di wajah itu mampu mengubati kesakitan dan kepedihan hati ibaratkan madu merawati luka.. sakit, pedih, tetapi ia merupakan rawatan paling mujarab.


"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." 

[HR Tirmizi dan Abu Dzar]



p/s : Ya Allah ya Tuhanku.. berikanlah aku kekuatan untuk tetap tersenyum.. Andai keperitan, kepedihan, kesulitan dan kesukaran ini merapatkan aku dengan-Mu berilah kekuatan padaku untuk menempuhinya.. dan andai ia menjadi asbab untuk aku semakin jauh dari-Mu, didikkanlah hatiku ini kepada-Mu.. supaya aku lebih tenang dan tabah menerusi keperitan ini.. Tiada yang lebih memahami selain dari-Mu.. hanya pada-Mu aku mengadu dan berserah.



Tuesday 28 February 2012

KESETIAAN


"Jangan anggap butiran pasir itu sesuatu yang hina kerana setiap ciptaan itu pasti ada kelebihannya. Walaupun ia tidak bersinar seperti permata tetapi butiran itu tetap setia menjadi amukan ombak dan masih berkilau dipanah cahaya matahari.

Belajarlah dari dia erti KESETIAAN. Walaupun dia sering diamuk dengan ombak yang menganas menghempas pantai tapi dia tetap kukuh berada disisi laut memuji kekuasaan Allah Yang Maha Esa."

Begitu juga dengan kehidupan kita di bumi ini, tetap SETIALAH kita terhadapNya walau hebat mana pun dugaan yangdatang menimpa. 

Khasiat Kemenyan Putih


Selalu dengar kemenyan orang gunakan sewaktu berlaku kematian dengan membakar kemenyan tersebut bersama setanggi dan kapur barus untuk mengurangkan bau mayat kerana kemenyan mampu menghasilkan aroma wangi.

Tetapi berikutan dengan perkembangan dunia Islam, tradisi pembakaran kemenyan telah ditinggalkan kerana asap amat diminati oleh makhluk ciptaan Allah yang lain.




Kemenyan sebenarnya berasal daripada getah sejenis pokok yang banyak terdapat di Oman, Afrika, India serta Malaysia. Nama botaninya adalah Styrax benzoin Dryand.

Getah daripada pohon tersebut diambil dan dikeringkan. Resin yang kering berupa kepingan-kepingan putih, bersifat keras namun rapuh, serta berbau harum apabila dibakar.

Dalam sudut lain, kemenyan yang sinonim dengan kematian sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk membantu mendapatkan kesihatan yang baik dan telah diamalkan oleh ilmuwan Islam dahulu tetapi tidak pernah diterokai kembali berikutan dengan kepesatan perkembangan ubatan moden yang jauh lebih 'berkesan'.

Antara Khasiat Kemenyan Putih adalah :
Kapur Barus

- Mengubati penyakit lupa
- Menguatkan penglihatan
- Menguatkan kisaran perut
- Menghapuskan kahak
- Mengeluarkan angin badan
- Melawaskan pembuangan air kecil
- Membersihkan hati daripada sifat dengki
- Meringankan lidah dan mudah berkomunikasi

Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:

"Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkan kepada anak-anakmu kemenyan putih dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan." [Riwayat al-Dailami]

Ibn Abbas, seorang penghafaz dan ahli al-Quran berkata:

"Memakan satu misqal bersamaan 4.2 gram gula bersama-sama satu misqal kemenyan putih selama tujuh hari berturut-turut dapat membetulkan pembuangan air kecil dan mengubati kelupaan."

Cara Memakan Kemenyan Putih :

- Rendam kemenyan putih di dalam air pada waktu malam.

- Keesokannya sebelum makan pagi campurkan kemenyan putih dengan gula pasir nisbah 1:2.

- Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu awal pagi sebelum sarapan.

- Untuk menambah mujarab dibacakan ayat ke 27 dan 28 Surah Luqman pada 1/2 misqal (2 gram) kemenyan putih tersebut dan dicampurkan dengan madu lebah serta dimakan setiap hari.


Monday 27 February 2012

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?


Jawabnya seperti berikut:-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ
فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Ahzab 33: Ayat 59

Halia dan Kemenyan Putih [Ubat-Ubatan Islam]


Di antara ubatan tradisional yang berkaitan dengan rangsangan minda.. ini antara makanan perangsang minda supaya lebih sihat dan positif..

Halia

Terdapat pelbagai jenis halia.. Ada yang berwarna kuning dan ada yang berwarna merah (halia bara).

Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud :

"Mereka (orang yang bertakwa di dalam Syurga) diberi minum segelas air yang bercampur dengan halia." [Surah al-Insan 76:17]

Nabi saw. juga gemar makan halia. Sebuah hadis bersumberkan daripada Abu Said al-Kudri menyebut bahawa :

"Raja Rom pernah menghadiahkan satu takar kecil halia kepada Rasulullah saw. Lalu baginda memakannya dan diberikan juga kepada para sahabat yang ada bersamanya." [Riwayat al-Hakim no 7190]

Khasiat Halia

- Menyegarkan dan menguatkan urat saraf.
- Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendiran atau kahak.
- Melancarkan perjalanan darah dalam badan.
- Menguatkan ingatan.

Cara Memakan Halia

- Dihiris atau ditumbuk dan dicampurkan ke dalam masakan yang sesuai.
- Dijadikan manisan (halwa) dan dimakan pada waktu pagi. Ia amat mujarab bagi mengatasi penyakit lupa.
- Direbus atau diminum airnya. Untuk rasa enak, tambah sedikit gula atau susu.
- Dicampur dengan madu lebah
- Diminum dalam keadaan panas
- Jangan dicampur ais




Kemenyan Putih

Ia juga terkenal dengan nama kemenyan Arab dan boleh didapati di kedai-kedai rempah ratus yang biasanya dimiliki oleh orang India.

Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :
"Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkan kepada anak-anakmu kemenyan putih dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan." [Riwayat al-Dailami]

Khasiat 

- Mengubati penyakit lupa
- Menguatkan penglihatan
- Menguatkan kisaran perut
- Menghapuskan kahak
- Mengeluarkan angin badan
- Melawaskan pembuangan air kecil
- Membersihkan hati daripada sifat dengki
- Meringankan lidah dan mudah berkomunikasi



Sunday 26 February 2012

Cinta Dan Hak


(¯`*•.¸ஜMencintai Sseorang itu adalah hak kita, namun memiliki sseorang yang kita cintai tanpa ikatan resmi itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan ssuatu yang belum berhak kita miliki, dia pasti akan kembali, jika Allah mnjadikan ia untuk kau miliki, atau Allah akan mngganti,dengan yang jauh lebih baik dari yang sekarang kita cintai. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN menjadi hak kita. Jangan kau tangisi apa yang bukan milikmuஜ¸

Rahsia Pemakanan Sunnah, Amalan Ilmuwan Islam


  • Madu
- Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • Habbatus sauda
biji habbatus sauda 

Bunga_habbatus_sauda 


- Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Antaranya merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat, berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
  • Kismis
- Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu segar
- Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • Telur
- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia
- Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • Buah Delima
- Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
  • Kurma
- Sebagai ubat penyakit lahir, penyakit minda, dan juga makanan mengenyangkan.
  • Buah Tin
- Buah tin dan buah zaitun telah diakui oleh doctor perubatan moden banyak mengandungi manfaat untuk manusia. Ia dapat membantutkan penyakit buasir dan gaut.
  • Buah Badam
- Dapat mencerdaskan akal dan menguatkan hafalan. Boleh juga mencerahkan mata bagi yang rabun.
  • Daging unta
- Bertindak sebagai tonik untuk penyakit hati, lemah jantung, buasir dan lemah tenaga batin. Jika dicampur dengan madu lebah, ia dapat mengatasi penyakit radang paru-paru lelah, batuk berkahak, sengal sendi, pendarahan sebelum bersalin, hilang selera makan, sakit kuning dan bengkak hati.
  • Garam
- Setiap kali sebelum makan, Islam menganjurkan supaya dimulai dengan merasa secubit garam. Jilatan garam itu menyebabkan air liur keluar di mana air liur mengandungi enzim yang dapat membantu menghadamkan makanan. Amalan ini akan menjauhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penghadaman makanan.



Saturday 25 February 2012

'MANAR ISLAM'


Di ambil dari majalah Iskandariah 

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu
gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata
kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik
di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang
wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang
yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di
dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati
hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba
tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan
kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak
disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga
orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita
jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.
Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya
saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah
teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi
kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam
barzakh. 

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan
suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda
tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan
undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di
bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang
itu. 

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman
larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara
yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

10 Pendedahan Tentang Yahudi


Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom ld nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Friday 24 February 2012

Ayat-ayat Pembatal Sihir


Cara amalan ialah niatkan ayat yang kita baca dan sedekahkan untuk badan kita. Jadikan ia sebagai pendinding dan pantulan. Mudah-mudahan sihir yang datang kepada kita akan terpantul semula kepada si penghantar. Amin.
 

Kesihatan dan Perubatan [Hadis]


Allah swt. mencipta setiap penyakit ada ubatnya kecuali sakit tua dan mati.

Kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh majoriti masyarakat kita hari ini adalah berpunca daripada tabiat pemakanan.

Pemakanan yang baik penting untuk pembentukan otak dan perkembangan organ dalaman badan serta pertumbuhan fizikal.

Kekurangan atau kelebihan gizi makanan penyebab utama sistem badan kita merosot dan tidak dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya menyebabkan penyakit berantai yang serius.

Badan kita ini amanah Allah untuk kita menjaganya.. badan yang sihat membolehkan kita menguruskan kehidupan seharian di samping dapat beribadat kepada Allah.. Pencipta kita..


 Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

“Siapa berpagi-pagi dengan badan yang sihat, dengan hati yang baik (ikhlas dan tenang) dan dengan pasak seribu (makanan pengenyang) untuk hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki sebuah dunia (memperolehi segala keperluannya).”

[HR. Tirmizi dan Ibnu Majah]

Oleh sebab itu, kita hendaklah menjaga kesihatan kita dengan sebaik-baiknya kerana perkara yang pertama yang akan ditanyakan kepada hamba-Nya tentang kesenangan adalah berkaitan nikmat kesihatan.

Abu Hurairah ra. Memberitakan bahawa Nabi saw. Bersabda yang bermaksud :

“Perkara pertama yang akan ditanyakan kepada seorang hamba mengenai kesenangan(kesentosaan) di Hari Kiamat ialah dia akan ditanyakan : ‘Tidakkah telah diberi kesihatan pada badan engkau untuk (kepentingan) engkau, dan engkau telah dipuaskan (daripada dahaga) dengan air yang dingin?’”

[HR : Tarmizi, Al-Hakim, (sahih dan direstui oleh adz-Dzahabi) dan Ibnu Hibbaaan]

Setiap apa yang diturunkan di bumi ini berpasang-pasangan.. malam diberikan siang.. lelaki diberikan perempuan.. sihat diberikan sakit.. dan sakit diberikan ubatnya..

Dan sebagai fitrah kejadian, setiap yang sihat pasti akan sakit..

Allah tidak zalim terhadap hamba-hamba-Nya.. Setiap penyakit disertakan ubatnya..
Abdullah Bin Masud ra. menceritakan, Nabi saw. Bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidaklah menurunkan penyakit melainkan dia menurunkan ubatnya, ia diketahui oleh orang yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak mengetahuinya (tidak mempelajari atau memperoleh) nya.”

[HR. Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim]

Dalam Islam, terdapat beberapa ubat-ubatan yang telah tercatat di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai panduan manusia sejagat.

Namun begitu, kebanyakan daripada kita tidak mempercayainya malah lebih mengagung-agungkan perubatan secara moden yang kebanyakannya mengandungi dadah yang bersifat ‘bertahan’ terhadap penyakit, dan bukan bersifat ‘mengubati’ penyakit. Malah ubatan moden turut memberi kesan negatif terhadap badan dalam jangka waktu panjang.

Salah satu perubatan secara Islam adalah berubat dengan menggunakan madu :

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

“Jika ada pada sesuatu ubat antara ubat-ubat kamu itu kebaikan, atau akan mewujudkan kebaikan, maka dia adalah berada pada gurisan pisau pembekam atau berada pada minuman madu.”

[HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad]

Allah mempermudahkan kita untuk memperolehi madu menerusi binatang bernama lebah.

Allah memberi keistimewaan kepada lebah untuk menghisap minuman (madu) daripada beraneka bunga-bungaan sepanjang pengembaraan antara pokok-pokok yang berlainan untuk mengumpul madu-madu kerana kombinasi madu yang didapati daripada pelbagai bungaan itu merupakan ubat bagi manusia.

Abu Said al-Khudri ra. menceritakan :

“Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi saw. Seraya berkata yang bermaksud:

“Sesungguhnya saudaraku telah mengalami sakit perut (memulas).”

Maka Rasulullah saw. Pun bersabda yang bermaksud :

“Berilah dia minum madu.”

Maka lelaki itu pun memberi minum madu kepadanya. Kemudia dia (datang lagi lalu) berkata :

“Sesungguhnya saya telah memberi dia minum madu, tetapi dia semakin memulas sakit..”

Maka Rasullullah sekali lagi menyuruhnya memberi minum madu lagi.

Lelaki tadi (pulang dan ) memberi minum lagi kepada saudaranya, tetapi masih membawa khabar yang sama sehingga Rasulullah saw. tetap bersabda seperti yang pertama pada kali ketiganya. Tetapi lelaki tadi tetap datang kembali pada kali keempatnya dan Rasulullah tetap menyuruhnya memberikan madu.

Untuk kali kelimanya lelaki itu kembali lagi sambil berkata :

“Sungguhnya saya telah memberinya minum, tetapi dia semakin memulas sakit.”

Mendengar demikian, Rasulullah saw. bersabda yangbermaksud :

”Benarlah Allah dan dustalah perut saudara engkau”.

Maka lelaki tadi (pulang) memberinya minum madu lagi, dan dia sembuh.”

[HR. Bukhari, Muslim, Turmizi, dan Ahmad]

Dalam peristiwa ini, apa yang berlaku adalah disebabkan oleh tindak balas madu terhadap penyakit.

Pada mula tindak balas, ia akan menyebabkan pesakit akan merasa bertambah sakit buat sementara waktu sebelum sembuh sepenuhnya.

Ia merupakan cara atau dasar perubatan.

Mengikut kajian, didapati madu merupakan satu-satunya ubat penyembuh hampir bagi seluruh penyakit manusia terutama penyakit dalam perut, sakit dalam dada (lelah, batuk, lemah jantung).

Digalakkan untuk menyimpan stok madu di dalam rumah dan digunakan untuk keperluan membina kesihatan, kesuburan, menahan daripada serangan penyakit dan dapat pula mengubati pelbagai penyakit yang berhubung dengan mental (mengingat) dan fizikal.

Allah swt. menganugerahkan kesihatan sebagai suatu nikmat yang perlu disyukuri oleh setiap insan.

Begitu juga Allah jadikan penyakit sebagai suatu ujian yang harus dihayati bahawa betapa besarnya erti kesihatan dalam diri kita.

Kita dianjurkan berikhtiar berubat agar kesihatan yang diperolehi dapat digunakan untuk mengabdi diri kepada Allah swt.

Rasullullah saw. juga memberikan berbagai panduan dalam mengubati penyakit. Kaedah yang digunakan oleh baginda adalah berdasarkan wahyu dan panduan Ilahi.

Para sahabat mengakui tentang kemujaraban pengubatan yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

Maka selayaknyalah kita mengambil pedoman yang ditunjuk oleh Rasulullah saw. Di samping ikhtiar lain yang diberkati Allah swt.

Allahua’lam.