Sunday, 2 October 2011

PERATURAN DAN UNDANG UNDANG
PERTANDINGAN STREET SOCCER
SEMPENA TILAWAH Al-QURAN 
IMIM

1. UNDANG – UNDANG PERMAINAN
1.1. Setiap pasukan mampunyai minimum 4 orang dan maksima 5 orang.
1.2. Perlawanan berlangsung dalam 2 separuh masa, setiap satu 5 minit.
1.3. Hanya 4 pemain termasuk penjaga gol dalam satu pasukan dibenarkan dalam gelanggang. Pemain simpanan boleh bertukar bila bila masa dgn memberitahu kepada pengadil bertugas.
1.4. Pasukan diberi masa 2 minit untuk berada di dalam gelanggang, jika pasukan dipanggil gagal berada di dalam gelanggang dalam masa tersebut, pasukan yang berada di dalam gelanggang dikira menang.
1.5. Jika perlawanan berkesudahan dengan seri, tendangan penalti secara sudden death akan dilakukan bagi menentukan pemenang. Maksimum 3 sepakan diberikan dan jika seri lambungan syiling akan menentukan kemenangan. Hanya 4 orang pemain termasuk penjaga gol dibenarkan berada di dalam gelanggang.
1.6. Pemain yang bertindak aggresif akan diberi amaran. Sekiranya mengulangi kesalahan yang sama, pemain akan dikeluarkan dari gelanggang/dibuang padang tanpa pengganti.
1.7. Pemain yang menerima kad merah akan digantung satu perlawanan.
1.8. Hanya penjaga gol dibenarkan memegang bola tertakhluk di dalam kawasan D sahaja.
1.9. Hanya sepakan percuma satu langkah dibenarkan. Sepakan percuma ini mestilah dilakukan semasa bola terletak di atas padang. (Satu sepakan sahaja selepas pengadil memberi isyarat)
1.10. Penjaga gol dibenar meleretkan bola kepada pemain. Hanya penjaga gol dibenarkan berada di dalam kawasan D. Jika penyerang pasukan lawan memasuki kawasan D tersebut, sepakan percuma akan diberikan kepada pihak yang bertahan. Jika pemain pertahanan sengaja memasuki kawasan D, sepakan penalti akan diberikan kepada pihak lawan.
1.11. Jika bola terkeluar di sebelah kiri atau kanan gelanggang, leretan masuk diberikan di tempat terakhir bola tersebut keluar kepada pasukan yang tidak mengeluarkannya.
1.12. Jika bola terkeluar ke arah belakang tiang gol, sepakan gol diberikan kepada pihak yang mengeluarkannya. Sepakan gol boleh diambil dari mana-mana titik dalam kawasan D. Tiada had pertukaran pemain dalam semua perlawanan, Tiada off side.
1.13. Selepas gol dijaringkan, perlawanan diteruskan dengan pengadil melontar bola ke tengah padang.
1.14. Undang-undang hantaran ke belakang diguna pakai, penjaga gol tidak dibenarkan menangkap bola hasil sepakan tersebut kecuali dari tandukan.
1.15. Penjaga gol tidak dibenarkan menjaringkan gol secara terus.

2. PENGADIL
2.1. Jika berlaku sebarang kekeliruan dan pertelingkahan, pasukan yang berkenaan dikehendaki merujuk kepada pengadil yang mana keputusan beliau di atas perkara berkaitan dengan undang – undang dan lain – lain adalah muktamad.

3. BANTAHAN
3.1. Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis dan ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan dan hendaklah diserahkan kepada Urusetia dalam masa 15 minit selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM 500.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja) Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu berjaya atau gagal.
3.2. Bantahan terhadap status pemain hendaklah dikemukakan dengan bukti.

4. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR DAN PERKARA - PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
4.1. Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan ini hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
4.2. Jawatankuasa penganjur berhak membuat sebarang keputusan berkaitan pertandingan dan keputusan adalah muktamad.

5. HADIAH
..........

No comments:

Post a Comment