Sunday, 26 February 2012

Rahsia Pemakanan Sunnah, Amalan Ilmuwan Islam


  • Madu
- Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • Habbatus sauda
biji habbatus sauda 

Bunga_habbatus_sauda 


- Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Antaranya merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat, berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
  • Kismis
- Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu segar
- Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • Telur
- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia
- Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • Buah Delima
- Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
  • Kurma
- Sebagai ubat penyakit lahir, penyakit minda, dan juga makanan mengenyangkan.
  • Buah Tin
- Buah tin dan buah zaitun telah diakui oleh doctor perubatan moden banyak mengandungi manfaat untuk manusia. Ia dapat membantutkan penyakit buasir dan gaut.
  • Buah Badam
- Dapat mencerdaskan akal dan menguatkan hafalan. Boleh juga mencerahkan mata bagi yang rabun.
  • Daging unta
- Bertindak sebagai tonik untuk penyakit hati, lemah jantung, buasir dan lemah tenaga batin. Jika dicampur dengan madu lebah, ia dapat mengatasi penyakit radang paru-paru lelah, batuk berkahak, sengal sendi, pendarahan sebelum bersalin, hilang selera makan, sakit kuning dan bengkak hati.
  • Garam
- Setiap kali sebelum makan, Islam menganjurkan supaya dimulai dengan merasa secubit garam. Jilatan garam itu menyebabkan air liur keluar di mana air liur mengandungi enzim yang dapat membantu menghadamkan makanan. Amalan ini akan menjauhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penghadaman makanan.



No comments:

Post a Comment