Tuesday, 14 February 2012

Penyakit Tidur...


Penyakit tidur merupakan masalah yang sangat serius kerana ia boleh menyumbang kepada masalah lain seperti tekanan darah tinggi, strok dan diabetes.

Ada di antara mereka yang berasa mereka tidur nyenyak tetapi apa sebenarnya yang berlaku ialah otak mereka masih dalam keadaan sedar walaupun pada lewat malam.

Mereka bangun dengan rasa letih, dan lebih cenderung untuk tidur semasa siang hari.

Banyak daripada kemalangan jalan raya di negara ini mungkin berkaitan dengan masalah tidur.

Masalah utama di Malaysia ialah penyakit ini masih belum diiktiraf sebagai masalah kesihatan.

Rawatan bagi penyakit tidur bukan murah dan pesakit daripada kumpulan berpendapatan rendah memerlukan bantuan kewangan, terutama daripada syarikat insurans atau kerajaan.

Di Malaysia masalah penyakit tidur dianggap sebagai masalah sikap. Para pekerja ditegur oleh majikan kerana tidur semasa waktu kerja dan kanak-kanak sekolah ditegur kerana mengantuk di dalam bilik darjah oleh guru dan ibu bapa mereka. Jika tiada perhatian serius diberikan terhadap isu ini oleh pihak yang berkenaan, masalah ini akan berterusan.

Ini merupakan antara masalah-masalah tidur yang telah dikenalpasti sering melanda masyarakat kita dewasa ini : 

Obstructive Sleep Apnea (OSA)

Mereka yang mempunyai masalah OSA berhenti bernafas berulang kali semasa tidur, oleh kerana bahagian atas saluran udara tersekat disebabkan oleh faktor seperti lidah yang besar, tisu berlebihan atau otot yang membuka saluran udara tidak lagi kuat. 

Antara simptom penyakit tidur ialah dengkuran yang kuat, tercungap-cungap atau berasa lemas semasa tidur dan selain rasa mengantuk keterlaluan pada siang hari.

Tanda-tanda lain mungkin termasuk pening kepala di sebelah pagi, hilang ingatan sementara atau kesukaran untuk belajar, terasa jengkel, sukar untuk menumpukan pada kerja, perubahan mood dengan mendadak atau perubahan personaliti.



Sleeping Sickness atau African trypanosomiasis

Penyakit tidur ini disebabkan oleh gigitan lalat Tsetse dengan parasit yang menyerang sistem saraf pusat dan kebiasaannya membawa kepada kematian.

Pesakit yang digigit lalat ini akan rasa mengantuk yang teramat pada siang hari dan mengalami insomnia pada malam hari. 

Tidur menjadi tidak terkawal dan jika sudah ke tahap kritikal boleh menyebabkan koma.
Pesakit juga sering tercedera akibat tertidur secara tiba-tiba tanpa mampu dikawal.

Amat merbahaya jika pesakit tertidur sewaktu melakukan kerja-kerja yang melibatkan mesin dan memandu kenderaan.

Ketika seseorang terkena jangkitan akibat gigitan lalat Tsetse akan terasa sakit dan menyebabkan bengkak merah di tempat gigitan.

Jangkitan ini kemudian menyebar ke darah yang membuatkan pesakit demam, sakit kepala, berkeringat dan keradangan nodus limfa.
Jika infeksi sudah menyebar ke sistem saraf pusat, menyebabkan gejala mengantuk yang berlebihan.

Ketika jangkitan telah sampai ke bahagian otak, pesakit akan mengalami perubahan perilaku seperti rasa takut dan selalu tidak bermaya, sakit kepala, demam, lemah dan boleh menyebabkan keradangan jantung.



Insomnia

Insomnia pula adalah suatu gangguan tidur yang dialami oleh pesakit dengan gejala-gejala seperti selalu merasa letih dan lelah sepanjang hari dan secara terus menerus (lebih dari sepuluh hari).

Mengalami kesulitan untuk tidur atau selalu terbangun di tengah malam dan tidak dapat kembali tidur. 

Seringkali pesakit terbangun lebih cepat dari yang diinginkannya dan sukar untuk meneruskan tidur.

Ada tiga jenis gangguan insomnia, iaitu:

1. Susah tidur (sleep onset insomnia),
2. Selalu terbangun di tengah malam (sleep maintenance insomnia), dan ;
3. Selalu bangun jauh lebih cepat dari yang diinginkan (early awakening insomnia). 

Insomnia merupakan gangguan yang belum serius jika anda alami kurang dari sepuluh hari. 

Untuk mengatasi gangguan ini kita dapat menggunakan teknik-teknik relaksasi dan pem'program'an bawah sadar. 

Yang penting kita harus dapat menjaga keseimbangan frekuensi gelombang otak agar sering berada dalam keadaan relaks dan meditatif sehingga ketika kita harus tidur kita tidak mengalami kesulitan untuk menurunkan gelombang otak ke frekuensi delta. 



Hipersomnia (Oversleeping)

Pesakit sentiasa dalam keadaan mengantuk walaupun telah tidur melebihi lapan jam sehari.

Pesakit mengalami perasaan yang sentiasa mengantuk dan menyebabkan mereka sentiasa tidur dan boleh tidur di mana sahaja mereka berada samada di tempat kerja, di dalam kelas ataupun di perhentian bas/ teksi. 

Hipersomnia juga menyebabkan mereka tertidur untuk jangka waktu yang lama pada malam hari. 

Kebanyakan pesakit hipersomnia mengalami gejala-gejala seperti sentiasa cemas, lemas tidak bertenaga, dan mengalami gangguan ingatan sebagai akibat dari perasaan ingiun sentiasa tidur.

Narcolepsy

Narcolepsy adalah gangguan tidur yang diakibatkan oleh gangguan psikologi dan hanya boleh disembuhkan melalui bantuan daripada pakar psikiatrik.

Penyakit ini berbeza dengan insomnia yang terjadi secara terus menerus. 

Justeru penderita narcolepsy ini terkena serangan secara mendadak pada saat yang tidak tepat, seperti sedang melakukan aktiviti/ tugasan – biasanya terjadi serangan apabila individu dalam emosi yang tegang seperti marah, takut atau jatuh cinta. 

Serangan narcolepsy dapat melumpuhkan seseorang dalam beberapa minit ketika dia masih sedar dan secara tiba-tiba membawanya ke alam mimpi.

Apnea

Apnea merupakan salah satu gangguan tidur yang cukup serius. 

Ciri utama pesakit ini sentiasa berdengkur.

Ia merupakan penyakit tidur yang paling merbahaya. Boleh menyebabkan gangguan pernafasan, dan gangguan fungsi jantung sehingga boleh menyebabkan strok.

Penyakit ini biasa menyerang golongan yang mempunyai masalah berat badan (overweight), lelaki dan wanita yang berumur antara 40 ke atas dan golongan warga emas yang pernah mengambil ubat-ubatan secara berterusan.

Apnea adalah penyakit yang disebut juga 'to fall asleep at the wheel' kerana sering dialami ketika pesakit sedang membawa kenderaan.

Apnea terjadi akibat tekanan yang tidak teratur kepada salur darah dan kadar denyutan jantung.

Ketika diserang, pesakit seketika merasa mengantuk teramat sangat dan terus tertidur.

Pesakit apnea mengalami kesulitan bernafas bahkan berhenti bernafas pada saat tidur ketika diserang gangguan ini.

Ketidak seragaman denyut jantung dan tekanan darah yang tinggi dapat menyebabkan kematian seketika pada pesakit.

Gangguan Tidur

Gangguan tidur lainnya seperti berbicara atau berjalan dalam keadaaan tidur, ataupun menggeser gigi merupakan gangguan tidur yang tidak berbahaya. 

Namun berbahaya jika berjalan dalam tidur menemui objek yang berbahaya (benda tajam, api, dll) atau terjatuh. 

Gangguan berbicara dalam tidur hanya akan mengganggu teman sebiliknya. Sedangkan menggeser gigi dapat merosakkan gigi. Penyakit menggeser gigi ini disebut dengan bruxism.

Dengan mengetahui dan memahami berbagai jenis gangguan atau penyakit tidur kita dapat mengambil langkah yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment